Car Boot Sale Taman Ixora

Assalamualaikum....

Apa khabar? Sekarang ni belajar mengira kalori.... Kalau boleh tak nak lebih 1000kalori dalam 1hari.... Semalam dengan kelmarin dah terlajak... Lebih 100-200kalori...Takpe la baru nak mulakan... Tapi sangat jenuh sebab kena tulis kita makan apa tiap kali lepas makan dan kira kalori... Bila dah asyik kena kira rasa jenuh lak.... Tapi yang bestnya kita boleh limitkan kita makan sampai takat mana... Kalau dah over target leh stop makan tapi kena la cover dengan buah atau yogurt kan... Hari ni waktu pagi dah gila punya heavy... Pagi tadi makan Kuah Lontong dengan sayurnya, Blueberry cheese cake dan carbonara (ni ambil sikit sangat) tu pun dah 660kalori tau.... Tengahari ni makan karipap 2ketul dah jadi 916kalori so kita stop makan... Malam nanti ambil epal je atau yogurt...huhuhuhu

Saya ada join Car Boot Sale... Ada lagi kosong... Kalau ada siapa-siapa nak join just call je no phone yang akan saya bagi nanti...

Ada 4 lagi yang kosong....

Persatuan Penduduk Taman Ixora akan menganjurkan aktiviti Car Boot Sale di Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 1 Mei 2014 (Khamis)
Masa : 7.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
Tempat : Jalan Laluan Masuk (2) Taman Ixora

Semua penduduk Taman Ixora dijemput menyertai aktiviti Car Boot Sales ini. Bawa bersama seisi keluarga memeriahkan aktiviti ini.

Sedikit bayaran akan dikenakan kepada peniaga iaitu RM10 untuk ahli PPTI dan RM15 bukan ahli PPTI. Borang pendaftaran Ahli PPTI disediakan, peserta berminat boleh mendaftar menjadi ahli dan secara automatik bayaran yang dikenakan hanya RM10 sahaja. Penyertaan adalah terhad kepada 50 peserta/ tapak/ kereta sahaja.

Barangan yang boleh diniagakan adalah barangan terpakai, barangan kering, pakaian dan selainnya. Menjual makanan, minuman dan barangan basah tidak dibenarkan sama sekali.

Pendaftaran boleh dibuat kepada Puan Raja Saadiah (0111-12313372) atau Puan Noor Ashiken (019-2924456). 
 
Tu je untuk hari ni

Wassalam

Comments

  1. wahh rajin nye kire kalori...dulu penah buat tak tapi tak larat... so buat atkins...syok sikit sbb makan tak catu asalkan tolak carbs....

    skrang pemes dah kan car boot sale nie...selalu kat overse jek pemes....

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya

Popular Posts