Kelab Blogger Ben Ashaari

My Lovely Friends

03 June 2014

Innalillah Adik Muhammad Izz Rizzqi Telah Kembali Kepada Pencipta-Nya.... Al-Fatihah

Assalamualaikum....

Alhamdulillah sangat-sangat Adik Izz dah selamat menjalani pembedahan jantung berlubang, salur darah tersumbat dan injap tersumbat... Dikhabarkan risiko antara 40-50% tapi kami semua terus berdoa supaya Adik Izz selamat, sihat dan aktif seperti kanak-kanak yang lain.... Masih belum dapat berita lagi hasil dari pembedahan Adik Izz semalam.... Harap khabar berita tu kita akan tahu nanti....In sya Allah.... Dan perkhabaran berita itu adalah yang baik-baik belaka... Ameen... Cepat sembuh tau Izz... Jadi anak yang soleh, bijak, cergas, hormat ibu dan ayah, patuh pada perintah Allah ye... Ameen

- Ini status saya nak sampaikan perkembangan mengenai Izz dan nak cerita something tapi tak jadi bila tengok status FB Ibu Izz - 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Baru je pukul 10.30pagi saya dapat berita yang Adik Izz telah kembali kepada ALLAH jam 10.20 pagi tadi..... ALLAH bagi pinjam Adik Izz hanya untuk seketika.... Untuk berikan kebahagiaan buat Ibu dan Ayah Izz...

Semoga Izz bahagia disana dan menanti Ibu dan Ayah di syurga.... Anak syurga kamu Izz... Ibu dengan Ayah Izz sangat beruntung kerana kamu adalah zuriat dari meraka yang telah dimasukkan ke syurga....

Allahhu rabbi....

Buat Ika dan Suami kuatkan semangat...... Tabahlah dengan dugaan hidup.... In sya ALLAH, ALLAH akan gantikan sinar yang lebih baik....

Terima kasih kepada sesiapa yang membantu arwah.....

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya