CinTA......

Aku cinta kamu,
kamu cinta aku,
adakah semudah aku pegang tanganmu,
kita pergi jalan jalan?

Aku cinta kamu,
kamu cinta aku,
adakah semudah aku dan kamu ambil foto sama sama muncung bibir,
duduk dekat dekat?

Aku cinta kamu,
kamu cinta aku,
adakah semudah aku dan kamu pakai T-shirt yang sama warna?

Aku cinta kamu,
kamu cinta aku,
adakah semudah aku berdiam sahaja melihat kamu menyalakan rokok,
sedang hakikat aku teramat benci perokok?

Aku cinta kamu,
kamu cinta aku,
adakah semudah berhabisan kredit bertelefon dan berSMS?

Aku cinta kamu,
kamu cinta aku,
adakah semudah kamu harus memujuk aku tatkala aku merajuk
dan aku harus berdiam tatkala kamu emo dan marah?

Aku cinta kamu,
kamu cinta aku,
adakah semudah itu?

Aku cinta kamu,
kamu cinta aku,
sebenarnya harus bagaimana?
Aku pernah percaya akan ‘cinta’. Dan, aku mula jelik dengan “aku cinta kamu, kamu cinta aku”.
kerana kamu cuma ingin permainkan aku...
kerana itu bg aku cinta itu menyakitkan...
cinta itu memeritkan...

aku cuma ingin mencari cintaMU
kerana cintaMu tak pernah curang
tak pernah kecewa....
aku cuma inginkanMU...
ingin cinta sejatiMu
Ya ALLAH...
Izinkan aku menyintaiMU....

“In life, ALLAH doesn’t give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life...”

Comments

Popular Posts