Kelab Blogger Ben Ashaari

My Lovely Friends

20 July 2016

Selamat Hari Raya

No comments:
Assalamualaikum... Selamat Pagi

Dah lama jari-jemariku tidak menaip... Sebenarnya ada menaip masa baru naik kerja selepas bercuti raya tapi itulah tiap kali upload gambar pc jadi jem... Lambat... Jadi entry kali ni tiada gambar....

Saya balik cuti raya awal sebab suami tak dapat cuti raya tahun ni. Jadi kami memulakan destinasi pulang kekampung pada hari Khamis malam Jumaat... Cadangan asal berbuka dirumah adik dahulu dan kalau boleh tidur sana dan akan gerak selepas Subuh tapi itulah rancangan manusiakan Allah yang tentukan... Cadangan asal telah bertukar... Kami gerak dari Subang hampir jam 11malam dan sampai kekampung jam 8pg... 3tempat kami berhenti tidur... Jarak Selangor-Kelantan bukan jarak yang dekat lagi-lagi bila suami bukan jenis tahan mengantuk... Kesian juga tengok dia....

Sepanjang berada dikampung sempat juga la saya buat Tempeyek, Tumpi dan Popia Nestum untuk bekal kuih raya diSelangor... Tapi pengalaman buat Popia Nestum memang menguji kesabaran sungguh... Nak buatnya sikit punya lama dapat sikit je,,,,hahahahaha... Pengalamankan.. Kalau tak buat takde la pengalamannya.. Yang penting rasa sedap... Memang sedap sampai rasa nak buat bisnes Popia Nestum... Sebab Popia Nestum bukan tunggu raya je tau... Bila-bila boleh buatkan...

Suami balik Selangor pada hari Ahad.... Start dari hari tu hati rasa kosong je rasa serba tak lengkap bila tiada suami disisi... Anak pun siap demam seharian sebab rindu mungkin....

Raya pertama kami cuma beraya dirumah dengan Abah dan Umi serta anak-anak... Adik-adik tak dapat balik... Seorang beraya dirumah mertua seorang lagi beraya diperantauan (Madinah)... Sampai ketengahari kami dirumah baru kami kerumah Opah rumah mak dan ayah Umi saya... Kemudian beraya dirumah Toksu pula... Itu je rumah yang sempat kami kunjung... Petang tu sepupu saya sebelah Abah pula berkunjung ke rumah... Seronok sangat rasa meriah rumah dengan adik-beradik sepupu yang ramai... Memang adik-beradik ramai ni ukhwah diaorang kuatkan... Suka tengok...

Raya kedua cadang nak pergi ke kampung Abah pula tapi Maksu call Umi pergi rumah dia di Kuala Krai ada buat makan-makan sikit... Kami kesana jalan ke Kuala Krai tak jem tapi jalan menghala ke Kota Bharu yang jem... Plan kami nak ke kampung Abah tak jadi sebab jem dan ramai sedara-mara Abah ke rumah Maksu... Malam tu kami dikunjungi Maksu sekeluarga dan Sepupu sebelah Abah (Kakak Abah)... Ramai juga sampai tak cukup Mee Goreng kami sediakan siap ada #takbolehtambah... hahahahaha.... Penangan cerita Assalamualaikum Cinta.... Adik kedua saya sampai rumah malam tu... hehehe....

Raya ketiga tak kemana sebab tambah stok Tempeyek dengan buat Popia Nestum.....Belah malam kami ramai-ramai balik rumah Opah tolong Maksu Na bungkuskan Tepung Bungkus.. Pukul 2pagi baru balik rumah tu pun tak siap bungkus 100lebih lagi... Maksu Na dapat tempahan 500bungkus Kuih Tepung Bungkus...

Raya keempat baru balik kampung Abah tu pun pagi-pagi kami ke Pasir Puteh untuk tolong Maklong saya sebab ada majlis merisik sepupu saya... InsyaALLAH majlis Raya Haji ni.... Dah selesai proses merisik terus ke Rumah Terbuka kawan Abah... Lepas tu ke Labok ada rumah terbuka masuk rumah baru sedara Abah juga... Kemudian baru balik ke kampung Abah di Pulai Chondong.... Kami gerak balik rumah pukul 6petang... Jalan balik ke Kuala Krai - Gua Musang - Kuala Lumpur jem dah... Dari hari Khamis dah jem....

Raya kelima saya dan adik balik Selangor... Tempoh jem 13jam... Itu pun kami tak ikut pun laluan jem sebab ada je jalan pintas atau jalan dalam kami masuk.... Kami masuk 3jalan dalam dari Kuala Krai - Gua Musang, Bentong - Mempaga - Karak, Karak - Pelangai - Negeri Sembilan.... Pukul 2pagi Isnin baru sampai rumah... Lepas tu tunggu anak-anak tidur semua dekat pukul 4pagi baru tidur.. Saya terjaga dalam pukul 7pagi terus mesej Boss kata masuk lambat... Alhamdulillah lambat 20minit je dan dekat office tak banyak kerja lagi jadi releks la sikit bekerja... Cuma balas email dan hantar email ke bahagian kewangan je untuk proses seterusnya....

Sekarang dah raya ke limabelas dah..... Ada lima belas hari lagi untuk Puasa Syawal.... Harap-harap sempat la ye... Ameen...

Tu je celoteh hari ni... InsyaALLAH line internet dah ok saya akan selitkan gambar dekat sini...

Jaga diri, jaga kesihatan....

Wassalam

10 June 2016

Nasib Baik

2 comments:
Assalamualaikum.....

Nak cerita al-kisah awal pagi tadi masa bersahur... Biasa saya akan bangun pukul 4.30 pagi untuk masak nasi sebab makan nasi panas-panaskan sedap.... Nak dijadikan cerita hari ni bangun 4.53 pagi bangun dalam keadaan terkejut dengar telefon Suami berdering-dering.... Cek jam dah lambat kelam-kabut masak nasi.... Huhuhu....

Nasi masak 15minit sebelum imsak kami cepat-cepat makan dengan nasi yang baru masak berasap-asap.... Siap makan 5.22 pagi.... Tak menambah nasi dan lauk... Nasib baik lauk tergerak hati masak siap-siap malam tu..... Haih...... Telefon kena letak dalam bilik la satu kalau dua-dua kat luar jadi la macam hari ni.....

Siap-siap nak kerja saya pening sampai tak boleh nak buat apa... Bimbang tak boleh drive saya mc je hari ni tapi tu la kalau boleh Jumaat tak elok mc sebab macam mengambil kesempatan pula... Tapi dah pening sangat saya ambil keputusan mc je..... Huhuhuhu

Sekarang saya berada trimester ke-2 semalam jumpa Doktor Pakar mengenai Asthma saya.... Saya kena pakai balik ubat Symbicot tu... Sebelum ni Doktor klinik panel tak bagi pakai takut memberi kesan kepada bayi dalam kandungan tapi Doktor Pakar kata ubat tu untuk paru-paru sahaja.... Takde apa-apa masalah kalau nak pakai masa mengandung... Saya dah konpius dah... Nak pakai ke tak... Hahahaaha... Ada juga cerita masalah sakit pinggang dia kata kena bawa bersabarlah insyaAllah lepas bersalin akan baik semula....

Alhamdulillah sepanjang puasa ni saya takde masalah... Rasa bertenaga dibulan puasa... Cuba la amalkan kurma setiap malam sebelum tidur atau minum rendaman kurma ketika bersahur ye....

Itu sahaja rasanya untuk hari ni....

InsyaAllah akan lebih rajin menaip... Inipun menaip dalam keadaan pening-pening lagi.....
Doakan saya cepat sembuh ye

Wassalam

Salam Sayang
- Nadiah -

27 May 2016

Dah Tukar Domain

No comments:
Assalamualaikum.... Selamat Tengahari...

Saya baru je lepas tukar domain... Dulu saya guna sysygawk.blogspot.com tapi atas nasihat senior blogger suruh saya tukar domain kepada nadiahyunus.blogspot.com....

Lama tak update blog.... Saya nak sangat-sangat update blog... Saya suka menaip... Saya suka syok sendiri taip je apa yang saya rasa sampai bila baca balik eh apakah yang aku melalut ni.... Tapi ada masalah sikit...

Saya mabuk ketum mengandung.. Anak no.2 asyik tak sihat... Mula dengan demam berpanjangan, lepas tu hmfd pula dah elok seminggu tu semput... Bulan May ni memang banyak gila cuti EL dengan MC....

Check up pregnant alhamdulillah baby ok... Berat badan tak naik kena refer Doktor hari ni.... 9June ni kena pergi jumpa Doktor lagi untuk refer dengan Doktor Pakar pula berkenaan Asthma.... Bertabah la ye...

Pregnant kali ni saya rasa macam tak mengandung... Tapi badan PENAT sangat..... Tak boleh nak bayangkan penat tu macam mana... Masih lagi menyusukan Ajwad... Mungkin sebab tu badan jadi penat sangat walaupun susu dah kurang..... Mabuk mengandung kali ni ikut mood... Time dia nak keluar tu selalu tiba-tiba tak sempat nak pergi bilik air... Kalau kat office paling dekat adalah bakul sampah la sebab bilik air jauh..... Kalau kat rumah sempat la sampai bilik air... Kalau tak sempat kena lap la lantai....

Nak kongsi gambar family day tapi phone tertinggal kat rumah... InsyaALLAH ada masa nanti saya update lagi ye...

Wassalam

30 March 2016

Seqy Beauty Cantik Berseri Setiap Hari

12 comments:
Assalamualaikum...

Nak cerita pengalaman aku pakai Seqy Beauty....

Sebelum aku cuba Set Skin Care aku beli Sakura Mask, BB Cream Natural dengan Cleanser...

1st time try Sakura Mask bestnya sejuk je rasa kulit dan bila lepas bilas rasa kulit muka lembut sangat, licin..... Hari tu Umi datang rumah dia cakap kulit muka dia panas dan pedih aku pun bagi la Sakura Mask dekat dia biar dia rasa selesa sikit kulit muka...

Inilah rupa Sakura Mask Seqy Beauty
Harga RM80 tidak termasuk kos pos

Aku memang suka sangat-sangat Sakura Mask sebagai pengguna...
Lagi la tengah terik panas sekarang ni Sakura Mask la selalu dengan aku....
Pakai hari-hari pun takde masalah..

Melecur ke accident ke letak je pada luka tu insyaALLAH sembuh....
Dia ajen penyembuh yang bagus...
Fungsi dan Kebaikan Sakura Mask by Seqy Beauty

  1. Sesuai untuk semua jenis kulit.
  2. Menyegar serta melembapkan kulit.
  3. Mengurangkan bekas jerawat
  4. Mengecilkan pori-pori 
  5. Mencerah dan menghaluskan kulit wajah
  6. Membantu re-generasi kulit
  7. Mengurang dan mencegah kedutan pada wajah
  8. Mengeringkan jerawat
  9. Mengurangkan kemerahan dan ruam pada kulit
  10. Boleh digunakan untuk kulit terbakar
  11. Kaya dengan vitamin B
  12. Mengurangkan selulit
  13. Menghilangkan flek hitam pada wajah
  14. Memperbaiki kulit secara keseluruhan
  15. Merangsang pembentukan kolagen
  16. Anti-penuaan, anti-radang, anti-septik, anti-fungal
Cara Penggunaan :
1. Sapu secara merata di seluruh wajah dan leher (15-20minit). Bilas. (boleh digunakan pagi atau malam)
atau
2. Sebelum tidur, sapu secara merata dan bilas pada keesokkan pagi.

*Boleh digunakan setiap hari.
*Jika anda memakai krim malam, boleh menggunakan Sakura Mask 2 atau 3 kali seminggu.

Lepas tu aku pakai BB Cream dia pula... BB Cream Natural dia buat muka aku jadi flawless sangat... Kawan aku tengok muka sebelum dan selepas diaorang impress... Eh malu pula... Diaorang kata glowing je muka.... Yang penting BB Cream tak melekit.... Sedap je pakai....

Tak payah pakai bedak tau....
Best sangat

Muka tak pakai apa-apa
Nampak pucatkan

Muka pakai BB Cream Natural...
RM55 tak termasuk kos pos

Nampak lain kan bila pakai BB Cream...
Bibir pakai Body Shop Color Natural je..
Nampak macam pakai lip gloss je...
BB Cream by Seqy Beauty

  • Teksturnya lembut dan ringan.
  • Sesuai bagi mereka yang tidak sukakan mekap tebal, cuma mahu melindungi kulit solekan nipis, natural dan ringkas.
  • Sangat praktikal, diratakan menggunakan jari sahaja.

Fungsi dan Kelebihan BB Cream

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Menutupi cela di muka
  • Sebagai bedak asas
  • Lebih ringan dari foudation
  • Sebagai essential krim, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit
  • Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30+)
  • Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya
  • Wajah tidak berminyak sepanjang hari
  • Berfungsi melawan sinar Ultra Violet dan pencemaran udara sehingga menjadikan kulit tetap sihat
  • Melambatkan penuaan
  • Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia

Set Skin Care dia pula ada 4... Cleanser, Toner, Serum, dengan Krim 2 dalam 1 iaitu Krim Siang dan Malam... Aku suka sangat sebab set dia memang menjaga keseluruhan kulit muka... Sebab tak payah susah-susah cari toner dengan serum dah... Biasa produk lain kita campur jenama sebab ada jenama yang pakai takde Toner atau Serum kan... Yang ni semua ada tinggal pakai dengan tak pakai je la....

Ini la rupa set dia...
Boleh tahan dalam 1bulan hingga 2bulan ikut penggunaan kita..
Harga RM130 percuma kos pos

Aku memang suka pakai set skin care ni...
Krim 2in1 dia best sebab sejuk je bila pakai...
Malam-malam panas macam ni letak krim ni kat muka rasa boleh tidur nyenyak ni...
Sejuk je rasa...
Ini apa yang aku rasa la...
Lepas tu tak rasa melekit tu yang penting sebab aku rimas rasa melekit macam tu...
Cleanser dia bila pakai rasa bersih muka... suka sangat...
Toner dengan serum memamg buat muka aku jadi lembut...
Dia agen membasmi masalah kulit kita tau...
Aku pegang sendiri muka aku pun rasa sedap je.....
Fungsi dan Kelebihan:

Cleanser

  1. Sebagai pelembap wajah (Vitamin E) 
  2. Membaik pulih sel kulit (Vitamin C)
  3. Membuang kotoran padan wajah
  4. Anti-Oxidant
  5. Mencerahkan kulit (sumber dari alam semulajad)
  6. Anti penuaan. Menegangkan kulit sekaligus mengurangkan kedutan di wajah
  7. Penyejukkan wajah (cooling agen, sumber dari cucumber)
  8. Memudarkan jeragat dan bintik hitam.
  9. Mengurangkan masalah kulit berminyak (sumber lemon citrus)
  10. Anti-microbial
Toner

  1. Membantu menstabilkan pH kulit
  2. Meminimalkan ukuran pori-pori dengan penggunaan yang tepat (menepuk-nepukkan toner pada wajah dengan menggunakan telapak tangan)
  3. Memberikan perlindungan dengan mengangkat mineral yang terdapat pada air disaat anda membersihkan wajah.
  4. Bertindak sebagai humektan, mengunci kelembaban sehingga mengurangi kekeringan saat kulit terkena sinar matahari.
  5. Mengurangkan risiko berjerawat dan berkedut.
  6. Mengawal sebum (kelenjar minyak)
  7. Mengurangkan radang (kemerahan).
Serum

  1. Membuatkan struktur kulit lebih tegang dan anjal.
  2. Melembapkan kulit wajah yang kering akibat jerawat.
  3. Mengurangkan kedutan pada wajah (Anti penuaan)
  4. Menghalus serta mencerahkan kulit.
  5. Menutrisikan kulit.
  6. Mencegah kegatal (iritasi) atau kemerahan akibat jerawat.
  7. Menghilangkan flek pada wajah.
  8. Mencegah pertumbuhan bakteria dan jerawat,
  9. Mengawal sebum.
Day / Night Krim

  1. Menghilangkan jerawat dan parut bekas jerawat.
  2. Memudarkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam dan putih di wajah (pigmen)
  3. Mengecilkan pori-pori
  4. Menegangkan dan menghilangkan kedutan pada wajah.
  5. Menghilangkan parut di wajah
  6. Menyegarkan kulit wajah.
  7. Mengawal minyak
  8. Mengurangkan kegatalan dan kemerahan (akibat jerawat)
  9. Melicinkan tekstur kulit
  10. Melindungi kulit dari sinaran UV
Kesan Awal dan Reaksi : 

  1. Boleh melihat kesan seawal 3 ke 7 hari), untuk kesan maximum perlu memakai set secara berterusan selama 3 bulan.
  2. Tiada pengelupasan (normal)
  3. Kulit terasa sejuk selepas meratakan krim kerana terdapat ejen penyejuk.
Disebabkan kesukaan aku kepada produk ni aku dah jadi agen dropship.... Ala dropship je la dulu buat kecil-kecilan sambil pakai untuk diri sendiri.... Siapa berminat hendak mencuba boleh la beli dengan aku..

Oh ye setiap pembelian RM100 keatas kos pos adalah PERCUMA tau... Jadi bagi yang berminat boleh la hubungi atau whatapps di 0196008952....

Tak rugi cuba produk ni sebab dia sesuai semua masalah kulit even yang ada jerawat, jeragat pun InsyaALLAH akan cantik muka kawan-kawan kat luar sana.... Serius tak tipu ni....

Wassalam...

28 March 2016

Resepi Bihun Goreng Senang

6 comments:
Assalamualaikum...

Nak cerita pengalaman berniaga.... Tidak mengapalah berniaga kecil-kecilan je tapi nak cerita juga... hehehe....

Sebelum ni saya mula dengan bazar ramadhan jual bubur lambuk je... Tahun selepas tu saya tak join sebab saya akan ada baby pada hari raya pertama.... Tahun berikutnya saya join balik dan kemudian dah tak join dah sebab dah pindah rumah lain...

Kemudian tahun 2014 saya join geng pasar malam dekat belakang Tesco, Nilai... Masa tu saya dah hampir nak bersalinkan Ajwad... Gagahkan juga buat bila dah minat ni kan... Saya buat sampai saya bersalin saya cuti 2bulan dan sambung balik... Tapi sambung sekejap je memandang anak masih kecik dan takut anak senang dapat sakit saya berenti terus berniaga....

Tahun 2015 sampai sekarang saya jual bihun goreng dekat tempat kerja... Jadi la untung RM3-RM4 sehari untuk belanja hari-hari saya..... Sebab saya tak keluarkan duit dari bank dah sebab yang ada tu akan ditolak dengan asset yang saya ada...


Bihun Goreng yang selalu saya jual dekat Office

Bihun Goreng Senang

Bahan-bahan :
1 Bungkus Bihun - Saya guna bihun Faizah
3 Biji Bawang Besar - 2kisar 1Potong halus
3 Ulas Bawang Putih - Kisar
3 Sudu Besar Cili Kering yang dah dikisar
1 Setengah Sudu Besar Udang Kering - rendam, toskan dan kisar
1 Setengah Sudu Besar Ikan Bilis - rendam, toskan dan kisar
1 Sudu Besar Sos Tiram
4 Sudu Besar Kicap Manis
2 Sudu Besar Sos Cili
2 Sudu Besar Sos Tomato
2 Sudu Kecil Maggie Cukup Rasa - tak letak pun takpe
3 Sudu Besar Minyak
Garam Secukup Rasa
Sayur

Cara-caranya

1. Kisar dulu bahan yang saya taip kisar tu ye... Lepas kisar ada 1bawang besar yang kena potong halus-halus...
2. Masukkan minyak dan tunggu sampai minyak panas.. Masukkan bawang besar yang dipotong halus dan tumis sampai keluar bau harum bawang bukan bau perfume pulok =)... Tujuannya tumis bawang potong ni nak bagi aroma sedap....
3. Dah ada bau harum bawang tu bukan tunggu bawang tu dah garing tau maksudnya dah ada bau je terus masukkan bahan kisar... kira tumis dalam seminit-dua je
4. Dah masuk bahan kisar biar sekejap dalam 3-4minit masukkan cili kering yang dah dikisar... Saya buat siap-siap.. Cili kisar masak dulu lepas tu kisar tahan hingga 2minggu... Gaul rata bawang dengan cili dan selalu la kacau bagi bahan tumis masak elok.. Kalau tak masak elok takut bau bawang... Tak sedap nanti
5. Dah masak elok bahan tumis masukan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap, maggie cukup rasa, garam... Rasa dulu sebelum letak bihun
6. Masukkan bihun ( rendam semalaman dan toskan....) Gaul rata... Letak sikit air dalam setengah cawan... Gaul lagi sampai rata dan lembut...
7. Masukkan sayur dan gaul lagi sampai sayur tu layu... Dah boleh tutup api...

Siap....

Selamat mencuba...

Tata

Wassalam