Kelab Blogger Ben Ashaari

My Lovely Friends

01 February 2012

Baru Naik Kerja Lepas Cuti Raya Cina

Assalamualaikum..Selamat Pagi...

Hai korang...Sihat ke?Harap sihat selalu...

Saya baru start kerja hari ni secara officially...Hari Isnin tu saya cadang nak EL tapi disebabkan saya kena masuk meeting so terpaksa la masuk dah alang2 pergi Office untuk sattlekan KPI saya tu....Siap bawak anak masuk bilik meeting..

Sebenarnya saya tambah cuti sebabkan keadaan Rizqin amat membimbangkan... Dia keracunan makanan...Kesian sangat...Muntah dan cirit birit tak kira masa....habis basah baju, seluar, kain saya untuk tampung muntah n cirit birit dia...Risau toksah cerita la..macam-macam dalam kepala dok pk...takut ada benda buruk jadi kat dia...Walaupun dia dalam keracunan makanan dia masih aktif berjalan, berjoget....

Saya sebenarnya tak hantar Rizqin pergi Hospital tapi saya refer dengan homopathy...Alhamdulillah berkesan... Bila saya refer dengan klinik kesihatan pun dia kata Rizqin memang dah ok...Air dalam badan dia pun tak kering..Dan doktor ada bagitahu budak yang food poisoning ni akan cirit-birit dan muntah-muntah dalam masa seminggu untuk dia baik..Kita sebagai ibu bapa amik peranan untuk jaga dia betul-betul..

Contohnya bagi air glukos dan air garam tu...Rizqin tak minum sangat air garam tu, dia takat minum 2 hingga 3 teguk je pastu dia dah taknak.....Memang pengalaman jaga anak food poisoning ni pahit sebab kita sentiasa risau yang teramat sangat dan rasa nak nangis bila tengok perut dia yang buncit kepada kempis...kesian sangat...suami saya sampai tak tido malam menjaga Rizqin..Dia cakap dia tak boleh tido bila tengok perut rizqin kempis macam tu..Dia susah hati...betul..memang susah hati sesangat...

Hari ni baru saya boleh lepaskan Rizqin dekat pengasuh...saya suruh dia masakkan bubur nasi, bagi air masak banyak n air glukos untuk tambah tenaga....

Dan ada sedikit gambar Rizqin yang susut itu kat bawah nanti...Kami ada rancang nak pergi bercuti diterengganu tapi tak sampai 5jam kami balik semula ke Kelantan dah hari Ahad terus balik Sepang....

Jom kita tengok gambar dia...





Sejak dia sakit ni manja dia Ya ALLAH manja yang amat.....huhuhuhu..tapi serik la....tak leh nak makan bukan-bukan padahal tiap kali balik Kelantan macam-macam nak makan....

k la tu je..tata...

Saya akan update blog lagi lepas tu....

Wassalam

3 comments:

  1. tulah. adah perasan gambar dia dalam fb kurus sangat. kesian anak buah makngah ni :(

    ReplyDelete
  2. ADAH: tu la akak kesian sgt2...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya