Mari Panjangkan Berita ini Supaya Dapat Bantu Adik Faris

Assalamulaikum...Selamat Petang...

Bismillah....

Dengan linangan air mata *sambil menaip nih* marilah kita sama-sama membantu meringankan beban keluarga adik Faris yang berusia 6tahun akibat jangkitan HLH ( Hemophagocytic Lymphohistiocytosis ) di kenali sebagai barah darah....


 kanak-kanak berusia 6tahun terpaksa menanggung kesakitan....
Ya ALLAH sembuhkanlah penyakitnya Ya ALLAH...
KAU MAHA PENYEMBUH Ya ALLAH.....
Comelnya anak ini....

"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar anak kelahiran Jawi, Seberang Prai, Pulau Pinang itu.

Faris Nur Daniel, 6 tahun disahkan mengidap HLH (Hemophagocytic Lymphohistiocytosis)ringkasnya, barah darah. Penyakit dilaporkan mampu mengancam nyawanya. Kini dirawat secara intensif di Subang Jaya Medical Center.

Menurut doktor yang merawat paru-paru adik Faris tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak.

Bapa kepada adik Faris iaitu Shamrulismawi Ismail dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka.

Bapa kepada 3 orang anak iaitu 13 tahun, 10 tahun dan 6 tahun ini amat memerlukan sumbangan kepada sesiapa yang sudi & bermurah hati. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun



Maybank milik ayah Faris 1628-5200-2738
(Shamrulismawi Ismail).



Kesian sangat dengan kanak-kanak yang terpaksa menanggung sakit pada usia muda....sepatutnya dia sedang bergembira bermain dan sedang belajar mengenai kehidupan sekililing..disayangi, dibelai manja oleh ibu bapa, kakak dan abang...tapi adik Faris....kesian sangat....jom kita sama-sama berdoa dan menolong adik Faris supaya cepat sembuh....

 *sebenarnya saya tak pasti apa yg saya tulis...NIAT saya cuma satu untuk MEMBANTU Adik Faris....dan gambar saya dah delete*

Comments

  1. Semoga dia dapat disembuhkan. Anak sepupu saya pun tengah menempuh dugaan barah darah, leukimia. Masih di hospital.

    ReplyDelete
  2. kan...kesian sangat bila anak-anak kecil ada penyakit yang begitu hebat ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya

Popular Posts