Kelab Blogger Ben Ashaari

My Lovely Friends

20 November 2012

3 Hari 2 Malam di Cameron Highland

Assalamualaikum.... Selamat Pagi....

Aktiviti berjalan-jalan di musim cuti sekolah dah pun bermula... Korang yang ada anak-anak sekolah bawa diaorang pergi mana ye? Mesti best kan bawa anak-anak untuk release kan tension anak-anak dan tension kita sebagai ibu bapa juga....

So aktiviti cuti sekolah tahun ni kami sekeluarga pergi ke Cameron Highland... Kali ni bawa keluarga mertua bersama-sama.... Tanpa banyak menulis mari la kita tengok gambar yang saya sediakan ni.... Dasar pemalas kan nak ketuk-ketuk keyboard....



 Naik je terus singgah Lata Iskandar...
Tengok si Rizqin mandi sampai menggigil tapi takmo naik-naik atas darat ni....

Gambar kenangan di Lata Iskandar

 Sampai dalam pukul 2 petang... 
Kami ke kuarters MARDI amik kunci apartment dekat kawan mak.
Pukul 4 ke MARDI terus... Gambar kat atas tu gambar yang saya ada..
Gambar lain dengan mak... Yg atas tu kat MARDI ye...

 Ni hari kedua kami ke Brinchang... Cuci mata je pun....
Sebelum tu ke Cactus punya tempat....
Beli la cactus 6jenis RM10

Gambar atas ni pun masih dekat Cactus... Takde gambar kat Brinchang...

Hari terakhir di Cameron Highland....
 Rizqin bangun awal sangat jadi kami bawa dia ke MARDI untuk beli strawberry...
Pukul 8.30pg dah ada sana... Dan dapat beli strawberry dalam pukul 9.30 pagi...

Gambar sekitar MARDI dan ladang teh...
Kami ngadap ice-cream strawberry awal pagi tu.. 
Sambil tunggu strawberry yang sedang dikutip jalan-jalan dan sarapan dalam MARDI...
Gambar ladang teh sebelum kami turun balik Nilai...

tu je la untuk takat ni.... sekarang ni nak dekat hujung tahun jadi sibuk sikit.. tengah berlari-berkejaran dengan tenant yang degil tak bayar rental... Hujung tahun ni saya kena jaga KLIA, LCCT, CPM, IPOH, KOTA BHARU, ALOR SETAR, TAWAU, LAHAD DATU dan LIMBANG AIRPORT... Doakan saya berjaya mengclearkan semua hutang-hutang yang ada.... Ameen....

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya