Kelab Blogger Ben Ashaari

My Lovely Friends

21 May 2013

Carrot Cake Resepi

Assalamualaikum

2hari lepas sampai je rumah saya terus buat Carrot Cake.... 3malam balik tidur rumah Umi... Si Rizqin ni taknak balik "dadong" a.k.a Gadong hahahaha... Ok dibawah ada resepi dan gambar... Harap maaf ye gambar tu hasil tapau pagi semalam...hehehehe





Moist Carrot Cake
sumber: Sleepless In KL
terjemahan: Azie Kitchen

Bahan bahan
4 biji telur
1 ¼ cawan vegetable oil
1 cawan gula
2 sk vanilla extract
2 cawan all purpose flour
2 sk baking soda
2 sk baking powder
½ sk garam
1 sk serbuk kayu manis - rumah saya takde
3 cawan carrot – parut
1 cawan walnut – cincang - takde gak
Sedikit kismis - pun sama takde
 
Cara cara
Panaskan oven 175C. Lenser 2 loyang bulat yang diletakkan baking paper bawah dan keliling.
Dalam mangkuk besar, putar telur, oil, gula dan vanilla extract. 
Satukan tepung, baking soda, baking powder, garam dan serbuk kayu manis. Masukkan ke dalam adunan yang diputar tadi.
Masukkan karot. Kacau rata dan masukkan pula walnut dan kismis.
Tuang ke dalam loyang. Bakar selama 40-50 minit atau sehingga kek tidak melekat di lidi yang dicucuk di tengah kek.
Biarkan sejuk di dalam loyang dalam 10 minit sebelum disejukkan di atas wire rack.
Bolehlah dihiaskan dengan frosting sebelum dipotong dan dihidangkan.

Tq kak Azie for this resepi

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya