Kelab Blogger Ben Ashaari

My Lovely Friends

15 July 2013

Menu Berbuka di Hari ke-5 dan Resepi Tauhu Sumbat Ayam

Assalamualaikum..... Selamat Pagi....

Kembali menyihatkan diri...... Alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab dah sihat dapat la update blog kan..

Seperti yang dijanjikan saya akan upload gambar atau menu berbuka puasa saya serta resepi baru (yang saya belum letak lagi dalam blog) akan saya siarkan kat sini... Sumber yang saya ambil semua dari internet dan dengan bernafsunya saya sampai tak tahu nak masak apa untuk berbuka sebab menu yang saya pilih adalah sedap dimata saya...... DANG!!!!!

Meh tengok gambar dulu ye....

Telur goreng dadar plus baki tauhu sumbat ayam.....

Jiran bagi Udang masak lemak umbuk kelapa..


RESEPI TAUHU SUMBAT AYAM / STUFFED TOFU

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
  • 3-4 keping tauhu (digaul bersama sedikit garam)
  • 2-3 ekor udang basah (direbus dan dicincang) - saya letak ayam
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • sedikit lobak merah (dihiris dadu kecil)
  • 1/2 sdt serbuk lada hitam
  • 1/2 biji cili merah (dibuang biji dan dihiris dadu) - tak letak pun
  • 2 helai daun bawang (dihiris)
  • 1 sdt lada sulah
  • garam secukupnya
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
Cara-cara
  1. Goreng tauhu sehingga keperangan tetapi jgn sampai masak. Kemudian dibelah 2 dan keluarkan isinya. Lenyek2kan isi tauhu tersebut.
  2. Gaulkan isi tauhu bersama semua bahan di atas kecuali telur dan sumbatkan semula ke dalam tauhu tadi. 
  3. Celupkan tauhu ke dlm telur dan gorengkan sehingga masak. 
  4. Hidangkan bersama sos cili. 
  5. Siap

 Mudah dan cepat siap......


K la tu je.... jumpa esok pula ye...


Wassalam

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya