Kelab Blogger Ben Ashaari

My Lovely Friends

29 July 2013

Resepi Koay Teaw Kungfu..... Waaaccchhhhaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum....

Dah sampai kita ke 10 malam terakhir Ramadhan... Pasti ramai yang berlumba-lumba untuk mencari malam Lailatul Qadar.....

Semalam berbuka puasa dengan Koay Teaw Kungfu... Tanpa berlengah lagi mari tengok resepi....


Inilah rupa kuah kungfunya...... 
Tak perlu nak berkungfu di dalam dapur sebab senang je benda ni...
sedap pulak tu


Koay Teaw Kungfu
Sumber : Tak ingat kat mana..hehehe
  • kuey teow
  • 2 biji telur
  • lada hitam / lada putih
  • mix seafood
  • lobak
  • 1~1setengah sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan air
  • sayur-sayur lain (optional) (sayur2 kat rumah dah abis la pulak)
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
  • sos tiram
  1. Pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas.
  2. Masukkan kuey teow hingga 3/4 gelas.
  3. Tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. Ratakan kuey teow supaya menjadi sedikit nipis.
  4. Balikkan supaya kedua-dua belah masak. Dah masak, masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.
  5. Untuk kuah: Tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix.
  6. Tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
  7. Masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.
  8. Biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kuey teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)


Ini homemade kuih raya dari jiran...
Semalam lepak sampai pukul berapa ntah depan rumah tu...
Sampai Rizqin pergi rumah jiran sebelah takmo balik...grrrrr

K la tu aje untuk hari ni... Nak masak apa ye... Dah buntu... Rasa teringin nak makan laksa pula....

Wassalam....

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya