Kelab Blogger Ben Ashaari

My Lovely Friends

19 July 2013

Resepi Nasi Lemak Halba

Assalamualaikum.... Selamat Pagi...
Macam biasa la gambar masakan berbuka saya semalam bersama resepinya sekali..... Kalau ikutkan saya main buat aje tapi tengok la juga resepi dalam internet apa lagi bahan yang diperlukan untuk mewangikan nasi lemak tu....
Nasi Lemak Halba
Sumber rujukan : http://www.azlitamasammanis.com/2012/04/nasi-lemak-kampung.html
Olahan : http://sysygawk.blogspot.com
Bahan-Bahan:
  • 3 cawan beras basmathi - Pakai beras biasa dan toskan air
  • 2 cawan santan ~ dari 1 biji kelapa
  • sedikit minyak untuk menumis- saya tak guna
  • 2 helai daun pandan ~ disiat 2 dan disimpul
  • 1 batang serai ~ dititik- tak letak
  • 2 sudu teh halba
  • 1 sudu teh garam
  • 2 inc halia ~ dihiris kasar atau dititik
  • 3 ulas bawang merah ~ dihiris- tak letak
Cara-Cara:
  1. Mula-mula kita pijarkan minyak dalam periuk
  2. Tumiskanlan bawang, serai, halia, daun pandan dan halba hingga wangi
  3. Masukkan air dan santan
  4. Masak hingga mendidih
  5. Tambahkan garam dan kacau rata.
  6. Dalam periuk nasi kita tuangkan beras yang telah kita toskan airnya tadi
  7. Kemudian kita tuangkan pula santan yang telah kita masak diatas tadi
  8. Tanaklah nasi seperti biasa.
  9. Bila dah masak kacau nasi dengan menggunakan chopsyik supaya beras tak patah
  10. Nasi lemak sedia dihidangkan bersama sambal tumis, telur rebus atau telur dadar, timun, kacang goreng dan ikan bilis
Olahan dari saya sebab tak buat sama macam kat atas :
  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak ke dalam periuk nasi dan masak macam biasa....
  2. Sedia dihidang dengan sambal, telur rebus, timun dan lauk-lauk lain...
Rasa dia sangat sedap macam makan nasi jual tu tau... Memang sedap dan terangkat walaupun saya tak tumis dulu pun takde hal sebab memang sedap... Husband siap request letak nasi banyak siap-siap.... Sahur kami pun makan ni juga... Sebabnya dah masak banyak semalam sayang lak kat nasi tu..

Ok tu aje la ye..

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya