Kelab Blogger Ben Ashaari

My Lovely Friends

18 July 2013

Resepi Sosej Roll dan Bihun Rebus

Assalamualaikum.... Selamat pagi....

Harap semuanya sihat dan berada dibawah perlindungan ALLAH s.w.t.... Alhamdulillah bersiaran saya di hari ni ye... Berkongsi resepi yang saya masak semalam... Dan saya akan bagi juga resepi Ayam Masak Kicap dan Cucur Pisang yang saya masak kelmarin...


Bihun Rebus (untuk makan 2orang)
Sumber : http://sysygawk.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • Bihun
  • Minyak dalam 4sudu untuk menumis
  • 6-7 ulas bawang putih diketuk kasar
  • Sedikit ikan bilis - agak-agak la ye
  • Ayam potong kecil-kecil
  • Sayur Kobis/Sawi kecil
  • Garam dan perasa
  • Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Tumis bawang putih dahulu sekejap terus masukkan ikan bilis yang dah dibasuh untuk ditumis bersama.
  2. Bila bahan tumis dah naik bau dan bawang putih dah coklat-coklat sikit masukkan ayam dan biarkan sekejap.
  3. Lepas tu masukkan air dan biar sampai menggelegak.
  4. Dah menggelegak tu masukkan bihun... Biarkan sampai mendidih lagi sekali
  5. Baru masukkan sayur, garam dan perasa....
  6. Sedia dihidang bersama sambal kicap
Bihun sup ni elok la masak lagi 20minit sebelum berbuka... Makan panas-panas sedap tau.....


Sosej Roll
Sumber : http://sysygawk.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 6keping roti
  • 6ketul sosej
  • 1biji telur
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  1. Penyekkan roti dengan kayu gelek la kan... Kalau tak buang tepi pun takpe sebab saya tak buang pun tepi tu.
  2. Pastu letak sosej dan bulatkan ikut size sosej tersebut.. Semalam saya beli sosej ayamas cheese dan mushroon.
  3. Pukul telur dan kacau rata then panaskan minyak...
  4. Celup roti kedalam telur yang dah dipukul terus masuk dalam minyak panas... Masak sekejap je tau dah agak-agak coklat angkat kang rentung lak nanti
  5. Sedia dihidang dengan sos dan mayonis...


Ok itulah makanan berbuka saya semalam....

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya