Rizqin Bakal Bersekolah Tahun Depan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah walaupun last minit daftar Rizqin ke sekolah (TASKI). Nasib baik ada lagi kosong untuk budak 4tahun... Rizqin pelajar ke-24... Diaorang nak ambil 25orang pelajar sahaja untuk budak 4&5 tahun... Sebenarnya nak daftarkan Rizqin sekolah lain tapi call katanya dah penuh untuk 4tahun.. Takpe la tahun 2015 kita tukar sekolah lain ye... Rizqin ambil pengalaman bersekolah dahulu....

Apa perasaan Mak Rizqin?
Of kos la kan maknya terlebih nerves... Dah la Rizqin tido lambat, bangun pun lambat... Nak mandikan dia lagi pagi-pagi... Ini memang kena mandi dengan air suam la jawabnya kan... Pampers pun tak berapa nak lepas lagi ni.... huhuhuhuhu....

Rizqin akan mulakan sesi persekolahan dia 7hb Januari ni... So saya dah apply cuti la untuk persediaan dia ke sekolah... hahahaha... Excited!!!! Transport takpe nenek dia mengajar petang sahaja so boleh minta neneknya ambil dan hantar.. Pukul 2 hantar Rizqin pergi rumah pengasuh dekat area rumah neneknya... Tahun 2015 Rizqin kena masuk Nursery la kalau nenek & atok nak pindah balik kampung... Atok pencen dah tahun 2015... sobsobssob... *Sedihnya tak lama lagi nak berpisah dengan mak ayah pula*

----------------------------------------------------------------------------------------

Saya sengaja hantar Rizqin sekolah awal supaya dia pandai berdikari sendiri.. Takmo dah manja-manja sangat... Saya nak dia behave kalau dapat adik nanti.... Harap dia tak bosan la 3tahun sekolah pra ni....

Saya berharap sangat Rizqin jadi anak yang pintar, patuh pada suruhan ALLAH, patuh pada kedua ibubapa dia.... Tak mudah terpengaruh dengan rakan-rakan... Pandai cari kawan yang baik....

Semua ibubapa nak yang terbaik untuk anak dia kan... Saya pun sama.... Saya nak dia jadi orang yang Berjaya... Bukan setakat Berjaya di dunia tapi Berjaya di akhirat juga....

Apa-apa doakan yang terbaik buat keluarga kami ye......

Wassalam.....


Comments

Popular Posts