Kelab Blogger Ben Ashaari

My Lovely Friends

31 December 2013

Selamat Tinggal 2013

Assalamualaikum

Hari ni last tahun 2013... Esok tahun 2014... Kejap je kan masa berlalu... Pahit Manis Masam semua kita dah harung dalam 2013... Tak kisah suka atau duka....

Macam saya juga banyak pengalaman manis atau pahit dalam 2013 ada yang dikongsikan disini dan ada yang tidak....

Cuma saya nak minta maaf andai saya ada buat salah silap sepanjang tahun 2013 tanpa saya sedar... Saya cuma insan biasa... Insan yang lemah..... Insan yang tidak sempurna... Maafkan saya....

Tahun 2013 ni juga saya dapat ramai kawan blogger baru saya kenal yang best-best dan baik hati... Seronok BW diaorang..... Seronok tengok persediaan pernikahan diaorang, seronok tengok keletah anak-anak mereka seronok tengok resepi baru seronok tengok persediaan mereka menerima khalifah baru dalam family mereka seronok bila mereka berkongsi pengalaman menjaga anak-anak.... Semua seronok.... Walaupun ada berita yang sedih tapi mereka tabah hadapinya... Mereka kuat....

Jadi tahun baru anda apa azam anda?

Saya pun tak pasti lagi apa azam baru saya... Yang ada dalam fikiran saya sekarang nak menyimpan dalam jumlah tertentu.... Tapi kena target betul-betul jumlah tu salah target tak terkejar pula nanti kan... Kita tengok gaji bulan Januari ni macam mana... Tahun 2013 saya tak dapat nak menyimpan jadi tahun ni memang kena menyimpan... Kalau nak tambah ahli keluarga baru memang perlukan penyimpanan.....

Selamat Tinggal 2013 - ambil pengalaman 2013 jadikan tauladan dan sempadan.....

Selamat Datang 2014 - semoga apa yang di impikan terlaksana dan berjalan dengan lancar.....

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya