Kelab Blogger Ben Ashaari

My Lovely Friends

14 March 2014

Happy 5th Anniversary

Assalamualaikum.....

Hari ni cukup 5tahun bernikah, hidup bersama, suka dan duka bersama, gaduh, gelak, masam muka, merajuk pun sama... Tapi kalau saya merajuk dia pun merajuk juga... So takde orang nak pujuk saya... Pujuk je hati sendiri... Diam tak diam, pejam celik dah 5tahun... Kejap je... Walaupun masih tidak sempurna disisi suami tapi tetap cuba untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami... Walaupun kadang-kadang datang angin puting-beliung tak tentu arah tapi still bersama-sama...

Betul la bila dah berumah-tangga memang kena banyak sabar, kena ada give and take, terima seadanya.. Telan keburukan dia , terima kelemahannya.......

Hari ni saya cuti dan bercuti.... Doakan rumahtangga kami baik-baik saja ye.... Aman damai, sentosa, murah rezekinya, permudahkan untuk mendapat zuriat ke-2, anak2 yang bijak dan cergas, anak yang soleh/solehah..... amen....

In sya ALLAH saya akan terbang ke Labuan... Melawat kawasan berpulau... Doakan perjalanan kami ye....

 
Itu saja
 
Wassalam

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya