Kelab Blogger Ben Ashaari

My Lovely Friends

16 April 2014

Jalan-Jalan 2014 - Labuan (PART 1)

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah dapat juga buatkan entry ni... Dah lama berkepam.... Percutian kali ni sempena Ulang Tahun Pernikahan kami yang ke-5...

Jom layan gambar...

Hari Pertama : 

Kami bertolak pada 14.03.2014 iaitu Hari Ulangtahun kami. Saya ambil tiket petang dalam 3.30pm sampai sana 5.55pm tapi lajak sampai pukul 6.15pm... Sana dah gelap so sampai je anak buah suami dah tunggu... Terus ke rumah dia, makan malam dan lepak-lepak... Ada la keluar sekejap cari barang sikit....

 Muka budak excited nak naik kapal terbang
'Peace yo' itu yang mulut dia 'O'...hehehehe

 Sengih-sengih je... Pastu minum air sampai basah....
Kena salin baju..

 Sambil dengar zikir...
Dia lena dalam pelukan...

 Dah nak sampai waktu boarding saya gerakkan dia...
Muka baru bangun tidur nak ambil gambar dengan kapal terbang..
Tapi kabur sebab jerebu tengah teruk...

 Aktiviti dia dalam kapal terbang...
Tengok majalah, tengok list makanan & souvenir 

Hari ke Dua :

Takde la bangun awal tapi dalam 6.30pagi macam tu kat sini dah cerah ye.... Saya kebetulan uzur memang syok la bangun lambat sikit... Sebab malam pertama sampai sana saya tak boleh tido sebab peralihan suasana.... Ye la jam baru 3.30 pm dah rasa macam 5.30pm.... huhuhuhu...

Hari ke dua kami pergi Muzium Chimney... Hari ke Dua ni kira jalan-jalan satu Labuan. Satu hari pun dah boleh habis jalan.... hehehehe

 Tempat pertama kami membuat lawatan....
Muzium Chimney

 Muzium ni kira menceritakan tentang tapak yang dipercayai bekas penempatan pekerja lombong arang batu semasa era kepesatan perlombongan sumber berkenaan di Labuan di antara 1847 hingga 1911.

 Tempat melombong arang batu...

 Seronok mereka pusing-pusing dalam muzium ni...
Takde orang pun... Kitaorang je dalam ni

 Sejarah pelombongan arang batu...

 Sekarang waktu melawat menara Chimney

 Mari.... 1 2 3 .....

 Lari.....
Tu je la kerja diaorang
 Saya melayan cucu yang baru dapat kaki....







 Dah lama dah menara ni... 
Masih berdiri teguh...

 Tempat ke 2 kami ialah Taman Burung...
Tak tahu la burung apa ni...
Unik

 Ini kalau tak tahu burung apa memang parah...
Burung Unta....
Rizqin dah cuak dah... Dia takut...

 hahahaha

  Muka cuak Rizqin...

 Dah start nak memberanikan diri...

 Nak ambil gambar pun tak boleh...
Tengok tangan dah buat peace tapi badan dok teleng menengok Burung Unta...

 Makin burung tu datang dekat makin kuat bau "wanginya"

 Muka muncung je

 Boleh ambil gambar dekat

 Burung hantu...

Menghilangkan penat berjalan 2 tempat...
Kitaorang biarkan diaorang main kat sini...
Kitaorang rehat sekejap....

Perjalanan hari ke-dua bukan habis kat sini je tau... ada lagi tempat yang kitaorang pergi cumanya ada tempat-tempat yang saya tak ambil gambar... Muzium sangat banyak kat Labuan ni.... Best...

Ok la sambung kemudian ye...

Babai

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya