Kelab Blogger Ben Ashaari

My Lovely Friends

17 April 2014

Jalan-Jalan 2014 - Labuan (PART 2)

Assalamualaikum

Ini sambungan dari PART 1 iaitu hari ke 2 kami kat sana... Dua tempat kami pergi waktu pagi iaitu Muzium Chimney dan Bird Park... Lepas tu kitaorang makan tengahari dekat dengan Muzium Labuan... Orang Kedah berniaga.... Ramainya orang Labuan ialah bukan orang tempatan... Ramai orang semenanjung kat sini lagi-lagi orang yang berniaga makanan.... Oh makanan kat situ memang best sebab makanan-makanan semenanjung bukan setakat makanan je yang meriah air pun sama... Macam-macam jenis air ada....

Lepas makan kami masuk dalam Muzium Labuan... Dalam ni banyak patung-patung jadi saya tak ambil gambar... Kiranya dia tunjukkan pakaian orang Brunei bernikah atau pakaian semasa majlis pernikahan... Dari orang Brunei-Melayu, Kadayan, India, Kadazan-Dusun, Sikh, dan Cina... Ada 6 Kategori perkahwinan yang ada dalam Labuan di mana berlaku social-economy dan social-cultural yang ada dalam Labuan ni.... Saya ada ambil 1 je gambar kat sini...

 Replika Rumah Kaum Kadayan
Rizqin dengan Qaisara dok main jual-jual kat sini...

Kemudian kami pergi Muzium Marin... Muzium ni sangat-sangat best sebab suasana kat sana dan ada menyediakan play area untuk kanak-kanak....

 Ayah Rizqin dok mengejar Rizqin...
Qaisara dah lepas masuk kedalam....

 Masuk je terus boleh tengok Ikan Yu...
Sorry gambar kabur dia dok bergerak je kan...

 Diaorang berdua tengah seronok tengok Ikan Yu tu..

 Kusyuk je dia...
Topi tu masa pergi jalan-jalan kat shopping kompleks..
Ada pameran Toyota... Isi nama semua dapat la give tu...

 Ikan Ayam ada kat situ...

 Cantikkan kat batu karang dia....

 Ikan...

 Nemo... Comel sangat...

 Ini rangka Ikan Paus...

 Pandangan dari luar Muzium... Penuh dengan kapal laut...
Kitaorang teruja nak tengok padangan kat luar sana pula....

 Hasil peninggalan cengkerang yang ada di Labuan...
Kat rumah anak buah pun ada... Cantik-cantik...Besar-besar pulak tu cengkerangnya....

 Tengkorak Ikan Paus... Besar sangat...

 Ini Belut ye.... Aktif sangat... Kalau ikutkan dulu anak buah ada pergi dia diam je...
Agaknya tak sihat kot... Ini dah aktif balik... *buat andaian sendiri*
hahahaha

 Ini pemandangan dari luar...
Kalau dari dalam Kapal Terbang kita boleh nampak tengah-tengah laut ada
kawasan perlombongan minyak... Kapal sekeliling area tengah laut tu...

 Cantik suasana kat sini... Macam dekat je dengan daratan tapi sebenarnya dekat kawasan
Kapal Laut tu dah dalam tau....

 Macam dekat je kan

 Kasi can diaorang berlari kat sini... Pastu penat nak air sejuk...
Sabo je la...

Budak tak puas lagi berlari... Time ni tengah panas sangat.... 
Masa tengok Kapal Laut tu la mati-mati saya ingat dah pukul 5.30ptg
rupanya baru 3.30ptg

Last tempat kitaorang pergi petang tu ialah Gerai Sayap Ayam Panggang.... Sebenarnya anak buah berniaga Roti John dengan Burger kat sini, berkongsi kedai dengan Kak Rose... Pendapatan sampingan Kak Rose... Husband dia kontraktor binaan ye... Besar rumahnya.... Kalau pergi Labuan wajib tau korang singgah sini....

 Sedap sangat...
Sambal dia pun best....

Gerai Sayap Ayam Panggang Kak Rose
Ada tertera no phone untuk tempahan...
Sape-sape nak try boleh la jalan-jalan area sini....
Dekat kawasan taman perumahan.... Area Kg. Sg. Keling
Orang-orang Labuan memang best peramah...
Air kelapa kat sini sedap sangat.....*Tetiba*

Habis dah kisah jalan-jalan kami di hari ke 2... Memang penat sangat... Kawasan Memorial Park War II tu saya lalu je masa anak buah beli sarapan dalam Kem Tentera Labuan *ini masa beli sarapan hari ke 3*.... Dua kali lalu kawasan tu sebab sarapan memang kami beli kat sana... Sedekahkan Al-Fatihah bagi yang beragama Islam dan berikan Salam dekat "mereka"....

Malam tak kemana ke? Kami keluar juga cari bahan-bahan untuk hari ke 3 kami.... Nak tahu apa dia??? Tunggu.... Hari esoknya kami memang kena bangun awal...  Next entry sambung hari ke 3 pula...

Babai

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya