Kelab Blogger Ben Ashaari

My Lovely Friends

21 May 2014

Cake Chocolate Moist

Assalamualaikum...

Lama tak kongsi resepi... Disebabkan last weekend ada try buat kek coklat buat kali pertamanya menjadi.... Jadi saya nak la kongsikan resepinya... Kek ni boleh kukus dan bakar ye

 


RESEPI KEK COKLAT MOIST 
resepi oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan Kek
  • 5 biji telur gred A - 3 biji gred B
  • 2 cawan tepung superfine@tepung kek - tpg gandum pon boleh - 1 cwn
  • 1 cawan serbuk koko - 1/2 cwn
  • 2 cawan gula halus - 1 cwn
  • 1 1/4 cawan susu pekat - 1/2 cwn + 1sb
  • 2 1/2 cawan susu segar@susu cair@susu coklat@air biasa- 1 1/4 cwn
  • 1 1/2 cawan minyak - 3/4 cwn
  • 1 1/2 baking powder - 1sk
  • 1 sk soda bikarbonat - 1sk
  • 1 sk esen vanila - 1sk
  • 1 sk garam - secubit
Bahan Topping @ Ganache Coklat
  • 100ml whipping cream/fresh cream
  • 250g coklat masakan gelap (dark chocolate)
  • 1 sudu besar golden syrup (utk kurangkan pahit coklat)
  • 1 sudu besar butter (utk topping yg berkilat)
Cara-cara
  • Ayak tepung, serbuk koko, baking powder, garam dan soda bikarbonat.Ketepikan.
  • Pukul telur dan juga gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila. Putar lagi sebati. (Guna blender pon tak mengapa)
  • Masukkan susu segar@susu cair. Kemudian masukkan bahan ayak tadi. Gaul sebati.Akhir sekali masukkan minyak.
  • Oleskan loyang dengan sedikit butter/marjerin, tuang adunan kek dan kukus lebih kurang 1 jam atau sehingga masak. kek nih boleh juga dibakar di oven dengan suhu 170.
  • Sejukkan kek. Sementara itu buat topping/ganache coklat.Panaskan whipping cream/fresh cream sebentar (tak perlu hingga mendidih). Jika tiada boleh sub dgn susu segar/susu cair tapi kurangkan sukatan 50ml. Masukkan coklat masakan. Kacau hingga cair dan licin. Kemudian masukkan syrup dan juga butter. Kacau sebati. Tuang ke atas kek yang dah sejuk tadi.
  • Masukkan peti ais kemudian baru potong dan hidang.
  • Nota Dari Kak Hana : Untuk topping coklat seperti gambar, hana curah ganache dua kali. Sekali utk salut kek, dan sekali lagi utk topping yg meleleh. Untuk salut kek hana buat satu adunan topping di atas. Lebihan ganache hana simpan dan sejukkan dalam peti ais sebentar untuk paipkan border atau buat bunga. Untuk topping meleleh tuh hana buat setengah adunan dr resepi topping di atas. Kene pastikan kek sejuk dan topping pertama dah beku supaya topping meleleh cantik dan tak cair sangat.

Nota : yang berwarna merah tu untuk coklat yang kecil sikit....

Sekian.... Teringin nak buat macam Kak Hana buat... Cantik...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya