Kelab Blogger Ben Ashaari

My Lovely Friends

16 May 2014

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum....

Selamat Hari Guru buat cikgu-cikgu diseluruh dunia....

Saya tujukan ucapan ini untuk Cikgu saya di Sekolah Tadika Kemas, Senai, Johor, (5-6tahun) Sekolah Kebangsaan Senai, Johor (Darjah 1 - Sekolah dalam sebulan dua je) Sekolah Kebangsaan Tok Beng, Kuala Terengganu (Darjah 1 - 4bulan je sekolah), Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa, Kota Bharu(Darjah 1 hingga Darjah 4), Sekolah Kebangsaan Permatang To' Kandu, Permatang Pauh, Pulau Pinang (Darjah 4 hingga Darjah 5), Sekolah Kebangsaan Pulai Chondong, Machang , Kelantan ( Darjah 5 - time ni Abah accident MC 9bulan jadi kena sekolah sementara dekat sini... Rasanya nak dekat sebulan kot saya ponteng sekolah, buat rayuan), Sekolah Kebangsaan Batu Maung, Pulau Pinang (Darjah 5 hingga Darjah 6), Sekolah Kebangsaan Seri Permai, Bayan Lepas, Pulau Pinang (Darjah 6 sampai habis sekolah), Sekolah Menengah Seri Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5), Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelek, Selangor (Tingkatan 6bawah - sebab susah nak dapat transport Abah hantar dari 1st day sekolah sampai la dapat transfer sekolah), Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Said, Nilai, Negeri Sembilan (Tingkatan 6bawah - Dah transfer sekolah dan ada transport nak ke sekolah tapi dapat offer dekat KUIS), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) (2003-2006), Universiti Putra Malaysia (UPM) (2008-2011), Universiti Teknologi Mara (UiTM) (2012-2013) dan kepada sesiapa sahaja yang saya tuntut ilmu tak kira dimana jua saya ada.....

Dulu saya selalu pindah randah ikut Abah... Di mana dia bekerja disitulah kami ada... Jadi banyak la sekolah rendah yang saya lawati... Paling lama sekolah rendah saya ialah di Pengkalan Chepa, yang lain dalam sebulan ke dua bulan, empat bulan, 9 bulan dan setahun lebih je.... Sekolah Menengah memang tak bertukar terus... Nikmat bersekolah di satu buah sekolah je.... hahahahha... Kawan jumpa dengan muka yang sama je... Jadi dah tahu perangainya macam mana.... Walaupun ada dua ke tiga orang budak baru kan....

Habis cerita pasal sekolah kita cerita pasal cikgu pula.... Ramai juga yang saya dah tak ingat namanya.... Yang saya ingat cikgu sekolah menengah dengan kolej je...hukhukhuk
  1. Cikgu Rosiah - Cikgu Sains saya masa tingkatan 4 dengan 5... Cikgu ni garang gile ok tapi baik sangat hatinya... Sampai sekarang saya still contact cikgu ni sebab dekat dengan rumah mak saya.... Cikgu ni la tumpangkan pergi sekolah masa tingkatan 4 dengan 5 dulu.... Sekarang dia jaga anak arwah adik dia 2orang... kecik lagi budaknya....
  2. Cikgu Machitah - Cikgu mengajar Sastera... Cikgu sukan pun boleh.... Cikgu ni pun dulu dekat dengan rumah saya... Kalau ada waktu sukan sekolah Cikgu Machitah ni la saya minta tumpang... Sekarang dah pindah tinggal kat tempat lain...Last jumpa masa dia mengandung.. Lama dah tak terserempak dengan dia...
  3. Cikgu Saadiah - Cikgu ni pun dekat dengan rumah saya... Dia mengajar petang kalau saya ada belajar dengan kawan saya, saya akan tumpang dia balik sama-sama... Sampai ke kolej kot saya tumpang dia bila Abah tak boleh ambil dari Kolej...
  4. Arwah Cikgu Rasul - Tak ingat ajar apa tapi cikgu ni cikgu disiplin... Last saya jumpa dia masa saya belajar kat kolej rasanya... lepas tu baru tahu dia dah meninggal dunia... al-fatihah
  5. Arwah Cikgu Fadzillah - Cikgu mengajar Matematik Moden.... Cikgu usahawan muda... Dia banyak mendorong saya kearah bisnes....Meninggal kerana kemalangan jalan raya...al-fatihah
  6. Arwah Ikhlas - Ajar saya matematik.... Dari asyik failed kepada lulus... al-fatihah
  7. Arwah Cikgu Shamsiah - Ajar Geografi - Cikgu ni baik sangat - al-fatihah
  8. Cikgu Halimi - Cikgu sejarah - dia kalau jumpa saya ajak pergi hutan...hahahahaha... camping dengan kadet semua... kompem le umi dengan abah tak bagi pergi..... Dah kawin takde la mengajak....
  9. Cikgu Kasmimi - cikgu yang kelakar, banyak mulut.... Pernah tidur rumah dia masa ada kawad kadet polis peringkat negeri... berterabur kitaorang berkawad.... lepas tu kena pergi camping lepas berkawad...saya memang tak dapat la pergi....last jumpa terserempak dekat Nilai 3...
  10. Ustaz Musa - fellow asrama  blok F dan juga merangkap pensyarah fiqh-munakahat.... Subjek semua orang suka dan gelak terbahak-bahak....hahahaha best ustaz ni selalu ada perjumpaan dan mention benda yang sama.. maklum la blok asrama Ustaz semua budak baru... Last hari tu terserempak dengan Giant, Nilai... Tak berani nak tegur, sebab tak nampak isteri dia... tak manis rasanya...
  11. Ustaz Che Wan Shamsul - Fellow asrama blok E, dia la yang bawa saya pergi klinik pukul 2pagi sebab sakit telinga.... rupanya ada darah beku dalam telinga doktor pecahkan dan keluar la darah dari dalam telinga... ustaz ni juga la yang sound kawan saya karok tengah-tengah malam buta... kawan saya tu nak khianat kat saya sebab saya ada kursus kawin esoknya... (Nak grad kat KUIS kena ada sijil kursus kawin ye...dulu la sekarang tak pasti), banyak kenangan dengan Ustaz Che Wan ni..... hahahahahahaha
  12. En. Mokhtar - cikgu makro dgn mikro ekonomi... cikgu bachelor idaman fatin...hahahahaha.... dalam fb saya ada nama dia.... sekarang tak pasti dah tamatkan zaman bujang ke belum... Ingat lagi masa exam saya blur nak buat kiraan tak pasti paper mikro ke makro so dia bagi petunjuk sikit...hahahaha... tq En.Mokhtar
  13. En. Mukifun - ini ajar apa ntah... masa tu bachelor tapi dah not available dah sebab lepas u dia kawin....hehehehe
  14. Puan Shidah - ini ajar management - majoriti management dia yang ajar... rumah dia boleh dikatakan dekat la juga...area Nilai....masa mengajar kemain garang bila kat luar kelas kelakar orangnya dan suka ketawa....
  15. Cikgu yang ajar Commercial Law - tak ingat nama dia... pernah dia merajuk ngan kelas sampai keluar kelas macam tu je... Cikgu muda lagi... budak-budak ni suka la buli...huhuhuhuhu
Ini antara cikgu yang saya ingat ada sorang tu bukan cikgu tapi cikgu juga la untuk saya kan.... semua cikgu-cikgu yang ajar saya akan saya ingat sampai mati...walaupun mungkin saya dah tak cam atau tak ingat nama tapi saya tetap berterima kasih atas sumbangan ilmu yang diberikan... Pensyarah UPM dengan UiTM saya dah tak ingat dah... Sebab setiap subjek semua prof/dr lain-lain... So ingat time belajar je lepas tu tak ingat langsung dah.....

Buat Cikgu dan Pendidik:

Terima kasih diatas sumbangan ilmu, pengalaman dan segala ajaran yang diberikan dan telah menjadikan saya seperti hari ni... Yang banyak mengorak langkah kehadapan tanpa ragu-ragu... Yang mendidik hingga berjaya... Terima kasih Ustaz dan Ustazah yang mengajar ilmu akhirat... Yang membimbing ke jalan yang betul... Terima kasih buat semua yang mengajar saya.. Terima kasih Umi dan Abah... Mereka juga cikgu dirumah... Yang membentuk, membimbing dan mendidik ke alam rumahtangga.... Terima kasih cikgu......

Wassalam.....

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya