Kelab Blogger Ben Ashaari

My Lovely Friends

24 July 2014

Dah Nak Raya.....

Assalamualaikum... Selamat Pagi....

Kejap je kan masa berlalu.... Lagi 3hari nak raya.... In sya ALLAH tengah malam ni nak balik Kampung dah.... Tapi yang tak bestnya beraya tanpa husband sebab kena bertugas.... So saya raya kat Kelantan dulu... Raya ke dua balik Sepang raya dengan Husband pula.... Raya ke 9 lepas check-up dan minum air gula akan balik ke Kedah.... Sian hubby kena bersahur dan berpuasa lagi 3hari ni tanpa isteri dan anak di sisi... Oh aku lak yang sedih... Hubby suruh saya ikut Umi dengan Abah balik kampung sebab kalau ada kat Sepang pun dia kerja dan saya pula bukan boleh memasak pun.... Masa sahur tadi pun saya cakap nasi tengah masak tu bau busuk... Gamaknya dia faham dan tak nak bagi bini dia muntah-muntah teruk dia la panaskan lauk yang dia beli dan lauk dari rumah Umi..... Bulan puasa tahun ni yang paling sadis sekali sebab tak leh nak masak apa-apa pun dan alhamdulillah tahun ni sekali je lambat bangun sahur... Nak dekat pukul 6pagi azan Subuh tengah berkumandang cepat-cepat minum air masak je.... huhuhuhuhu... Kira terbaik juga la tahun ni sebab sekali je tak bersahur....

Harap-harap sepanjang perjalanan ke kampung takde mood nak muntah ke apa... Risau gak sebab bila muntah badan penat sangat... Sedangkan pergi cari baju raya dok dalam kereta tapi otak dok kata cepat la sampai rumah nak baring....huhuhuhu..... Nak beli baju raya pun penat... Baju raya husband cuma baju yang adik belikan kat Bandung hari tu je.... Tak beli apa-apa pun kat dia.... Slipper raya pun pakai duit dia...huhuhuhu.... Kesian dia.....

Apa lagi nak cerita ye..... Takde idea dah...hahahaha... tetiba jem.....

Apa-apa pun......

Doakan saya selamat pergi dan kembali ye....

Wassalam....


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya