Raya 2014

Assalamualaikum...

Teringin nak cerita hal raya baru-baru ni tapi takde benda pun nak cerita.... Cumanya ada sikit je la gambar tu pun ambil dari insta dengan fb je....

Raya pertama saya dekat Kelantan, Raya tanpa Suami sebab kena bekerja, ikutkan tak nak dah balik Kelantan sebab kesian suami Raya sorang-sorang tapi Suami suruh ikut Umi Abah balik kampung sebab time ni saya tak sihat sangat lagi, nak masak pun tak boleh.... So Raya Pertama tu pulun la satu hari pergi rumah sedara mara terdekat itupun dalam 1 daerah Machang memang kampung Umi dan Abah... Dari Tualang Kelikir or Kg. Pek (Kampung Umi) ke Pulai Chondong (Kampung Abah) yang sepatutnya setengah jam je dah sampai jadi sejam lebih bila nak kesana.... Just lepak pergi rumah Cik Nak (Kakak Ipar Abah), Mek (Kakak Sulung Abah) dan rumah peninggalan Arwah Nenek dan Atok je untuk sebelah kampung Abah kat sini dah ada sepupu dan maksu dah menunggu kitaorang kat sini nak beraya sama-sama.... Belah kampung Umi kitaorang duduk kat rumah je sebab sedara mara Opah datang kerumah beraya.... Hari raya pertama macam-macam makan... Nasi Dagang, Nasi Impit dengan Kuah Kacang, Lontong, Lemang dengan Rendang Daging, ada Kek Karemel Pelangi (Sepupu belikan) dan kuih-kuih raya.... Alhamdulillah tak mabuk pun... Lega sangat-sangat....

Raya ke dua kitaorang dah atas jalan raya menuju ke Sepang sebab saya dah mula bekerja raya ke 3 hingga raya ke 5..... Sebelum tu ke Kuala Krai beraya rumah Maksu (Adik Bongsu Abah)......

Raya ke 3 hingga ke 5 kerja dan duduk kat rumah mak... Husband kerja dan ganti orang... Ada juga dia kerja dari pagi dan balik pagi esoknya.... 24jam kerja.... Menggantikan orang....

Raya ke 6 Umi buat makan-makan sikit untuk kitaorang.. Saya request lontong dengan sambal tumis ikan bilis....

Raya ke 7 Pergi beraya rumah Pakcik dekat Kampung Gadong.... Buat sup tulang, masak lemak cili api tulang kaki lembu macam urat keting semua tu... Pastu lauk-lauk biasa.... Sedap... Lepas tu pula kelam kabut pula balik dari rumah Pakcik pergi beli ayam untuk jamu Family Tunang Adik nak datang beraya... Kitaorg buat Soto sebab ada lagi Nasi Impit semalam... Masak lagi Nasi Impit untuk topup kalau tak cukup....

Raya ke 8 kerja macam biasa

Raya ke 9 hingga raya ke 15 cuti balik Kampung Husband, Kampung Tanjung, Kedah.... Raya kali ni tak berjalan kemana, macam banyak masa tak sempat nak kemana... Kitaorang pergi rumah Pak Jang, Pak Lang, lepas tu pergi hospital tengok anak jiran Mak Mertua buang fibroid (ada 6 biji semua...paling besar 10cm), lepas tu pergi rumah kawan suami melawat dia sakit Gastrik sampai usus menipis, kerja kat area Damansara, jumpa dia kurus melidi sebab makanan tak boleh nak masuk dalam perut dia.... Ubat yang dia makan sekarang ni effect mata... So setiap 2minggu kena cucuk dalam mata untuk pastikan mata dia boleh nampak lagi....

Rizqin tido berbekalkan puting botol susu... Botol susu semua kat rumah nenek dia... 
Husband beli botol susu dekat RTC Mydin.
Gambar masa otw balik Kedah

Raya ke 14 pergi Wang Kelian, Thailand... Hari Ahad je boleh masuk Thailand sesuka hati.... Best membeli kat sini... Jadi rambang mata... Saya beli 2selimut size Queen, Periuk kecik (muatla masak sebungkus Maggi 3 bekas), Bakul letak ubat, Termos makanan kecil 2, sederhana kecil 1, Termos air besar 2 bekas, Termos petak simpan ais yang sederhana besar 1, Mainan Rizqin 1, Pes Tomyam sederhana besar 1, Pes Tomyam kecil 3. Mak Mertua pula beli Beg Pakaian sederhana besar 1, Selimut Queen 1, Handbag 1, Kelambu 2, Termos kecil 2, Sederhana besar 1 dan periuk macam saya tu juga 3periuk. Dan sepupu Husband yang tunjukkan jalan dia beli beg pakaian 1, handbag 1 dengan selimut queen 1.... In sya ALLAH akan repeat gi sana lagi sebelum bersalin sebab saya nak beli beg untuk mengangkut barang baby nanti....

Raya ke 15 bertolak dari Kedah... Sampai rumah masa Maghrib....

Raya ke 16 hingga 19 Kerja macam biasa... Tempat saya open table ada kuih raya.... Macam-macam saya letak... Habiskan 1/2 jenis Kuih atau kerepek baru buka yang lain... Bukan apa tak nak bagi kuih masuk angin.. Nanti tak ada feel nak makan pula kalau dah lemaukan...

Biskut / Kerepek raya untuk jamu kawan-kawan kat tempat saya...

Raya ke 19 Husband cuti dan Mak Mertua ada kat rumah... Saya kerja.... Husband pergi rumah Pakcik dekat Kampung Gadong tolong masak lemang, Mak mertua tolong la masak-masak benda lain untuk Open House esok.

Raya ke 20 Ada Open House dekat Rasah Kemayan - Rumah Anak Sulung Pakcik dan Menantunya... Menantu Pakcik tu sepupu Husband... Ramai la rombongan dari Kedah ke sini... Dari Labuan pun ada... Yang dari Labuan tunggu masa nak bersalin... 4 bulan cuti termasuk cuti bersalin 3bulan....Dari Johor pun ada... Dari lepas Zohor hingga ke Isyak kami kat sini.... Balik memang la terus tidur... hahahaha.. Penat makan.... Macam-macam ada...

Gambar tuan tanah bersama sedara mara Kedah...
Dah malam baru snap gambar sama-sama...
Itu pun yang mana yang sempat...

Raya ke 21 Hantar Mak Mertua bersama rombongan balik ke Kedah di Jalan Duta... Sponsored by Kakak sepupu Suami.... Lepas Zohor diaorang bertolak sampai Kedah lepas Maghrib... Pergi beraya rumah jiran sebelah dan jiran pun datang beraya ke rumah saya lepas Maghrib...hahahaha

Raya ke 22 sampai hari ni Raya ke 23 saya bekerja... Dah 23syawal kan kita... Kejap je masa berlalu....

Itu la cerita sepanjang Syawal/ Raya saya.... Nanti saya sambung dari 24 Syawal hingga ke penghujungnya... Mungkin sampai ke Zulkedah pula... hehehehe

Itu sahaja... Panjang lebar juga ni....

Wassalam

Comments

Popular Posts