Kelab Blogger Ben Ashaari

My Lovely Friends

29 September 2014

Jalan-Jalan Cari Makan #Malayan Stable

Assalamualaikum.... Selamat Pagi...

Weekend lepas saya mengasuh anak kawan husband.... Kebetulan hari tu wife dia kena mengajar, dia kerja sama shift dengan husband (kerja pagi) dan pengasuh weekend dia pun dah call kata tak boleh nak jaga hari tu... So husband tanya saya "larat tak nak jaga kejap sampai pukul 3++ macam tu.... Kalau nak jaga tak payah buat apa la just masak tengahari je... Kalau diaorang sepah mainan biar je nanti abang kemaskan...." ok bila husband kata dia nak kemaskan barang-barang bila budak-budak ni sepahkan terus saya cakap boleh je...hahahahahaha....

Tapi malam sebelum nak terima budak-budak tu saya cakap la dengan husband meja TV yg dia warnakan semula tu letak balik kat tempat asal bukan apa takut budak-budak tu main nanti terkena TV tu haaa..... Takkan nak beli baru kot.... Dah la letak TV atas kerusi ottoman je... So malam tu juga husband dah siap kemaskan ruang tamu, sambil tu tolong la juga angkat meja dari muka pintu luar rumah sampai ke tempat dia... Ok la meja tu ringan larat la nak tolong sikit-sikit yang lain ku cekak pinggang je....hahahahahaha....

So pagi tu saya dah siap-siap terima anak baru.... Siap mandi, solat semua budak-budak ni datang.... Yang si adik menangis mula-mula tu kat luar rumah... Nasib baik ada cerita Frozen... Teringat si adik suka frozen so saya buka... So melayan diaorang bagi sarapan, dah ada bekal kentang goreng saya tambah nugget je.... Habis Frozen buka Despicable 2 pula lepas tu Upin Ipin.... Macam-macam la nak bagi diaorang duduk diam sambil tu ada gak main-main.... Budak-budakkan biasa la mana reti duduk diam.... Lepas makan tengahari (saya buatkan sup ayam dengan ayam goreng je buat simple gile) saya suruh diaorang tido... Tapi saya buka balik Despicable 2 sebab adik request.... Tak lama lepas tu adik kata dia mengantuk tapi dia tahan mata so saya ajak dia masuk bilik... Masuk je bilik cium-cium selimut busuk terus lelap... Habis cerita karton tu saya suruh yang lain tido, tutup tv, tutup langsir bagi gelap biar si abang dengan rizqin tu tido... Rizqin minta susu, buatkan susu Rizqin join masuk dalam bilik cium rambut saya sebelum tido sampai lelap....  Lepas saya tengok si abang pun dah tido... Pukul 2lebih tido, mak budak-budak ni datang.... Datang tengok anak tido je la... Nak ambil tak larat sebab mak dah sarat.... So tinggallah mereka dengan saya tunggu ayahnya balik je la.... Dalam pukul 4 lebih baru ayah diaorang sampai dan ambil anak-anak... Tapi saya terlupa nak bagi tuala... Semalam baru bagi balik tu pun dah malam masa ayah diaorang datang ambil husband nak pergi kerja....huhuhuhuhu....

Habis cerita pasal mengasuh... So far anak-anak kawan husband boleh di kawal.... Kira senang la jaga diaorang... Agaknya diaorang dah biasa tinggal dengan orang lain.... Tapi anak aku tak reti duduk diam juga tak kira dimana dia berada.... ekekekeke

-------------------------------------------------------------------------------------------

Cerita petang Sabtu....

Saya ajak husband keluar walaupun hujan dah start merintik... Saya ajak husband pergi makan pizza mula-mula tu tapi perut masih terasa kenyang... Husband pun sama... Jadi saya ajak pergi Malayan Stable pemiliknya ialah isteri kepada Bob Azrai Kamaruddin.....

Sampai je wife Bob Azrai tegur... Hujan dah lebat time tu dan kitaorang sampai dalam pukul 6.30petang... Bob Azrai pun tegur kitaorang... Masa tu orang tak ramai.... Kita orang order lamb chop blackpaper dengan air dan french fries untuk Rizqin.... Tapi Rizqin dah seronok sangat dengan ruangan mainan yang disediakan....

Mula-mula nak ambil menu lain juga macam soup of the day tapi perut masih kenyang so saya behave je la,,, Takut tak habis... Amalan syaitooon tu... ekekekeke

 Untuk saya Apple Asam Boi - Rasa sedap... Masam Manis... Cukup rasa...
Husband 7-up

 Lamb Chop...
Rasanya sedap tapi kalau keluar makanan ni dalam keadaan panas-panas lagi sedap...
Saya suka makan makanan panas-panas.....
Jagung dia sangat sedap... Rasa manis jagung dan masin butter... Cukup...Perfect...
Kacang buncis ngam.... Celur tak terlalu keras dan tak terlebih masak...
Saya bagi 4.5 dari 5 bintang

Budak peramah... Wife Bob Azrai pun bagitahu Rizqin ni peramah sangat... Bagus sebab dia boleh bawa diri even kat mana-mana pun tapi bahaya bila ada kat shopping-shopping kompleks...
Yup tahu tu... 
Sebab tu setiap kali pergi mana-mana tangan dia memang tak boleh lepas walaupun dia tak suka kita pegang tangan dia.... Kalau pergi beli barang dapur Rizqin la antara senarai pertama masuk dalam troli barang-barang.... Takut oi anak hilang... Ingat senang nak produce sorang anak.... huhuhuhu....

Nanti nak repeat lagi kesana... Tapi kena make sure perut kosong.... Boleh order macam-macam... Masih ada lagi menu yang takde dalam list order tapi dia dah tulis siap-siap la dalam list menu....

Tq Bob Azrai n wife treat kitaorang macam kawan-kawan yang dah lama kenal... Peramah diaorang ni.. Alhamdulillah... Saya doakan perniagaan korang lebih maju dan keep on sifat peramah sebab orang akan suka masuk kedai kita bila kita dalam keadaan macam tu... Murah rezeki in sya ALLAH...ameen...

Itu sahaja... Sorry panjang lebar bercerita before nak pergi ke Malayan Stable ni... Apa-apa pun korang try cuba test la makanan kat sana ye.... Marilah kita majukan kedai orang melayu kita....

Alamat Malayan Stable :

Restaurant Malayan Stable 
(Landmark Hailam Kopitiam tapi kena masuk tepi jalan kecik)
PT7479, Jalan BBN 1/1E Putra Point
Bandar Baru Nilai,
Negeri Sembilan

Waktu Operasi - 4.00ptg - 12.00tgh mlm
Tel : 013-6391880

Wassalam =)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya