Kelab Blogger Ben Ashaari

My Lovely Friends

23 October 2014

Bila Family Mertua Nak Datang.....

Assalamualaikum... Selamat Pagi....

Inilah akibatnya bila badan tak sihat, badan jadi malas... Eh ko nak salahkan badan lak padahal memang pemalas... hahahaha.... Rumah dah macam tongkang pecah tu pun nasib baik saya ada kemas rumah sikit-sikit walaupun tak semenggah mana.... Dapur memang saya clearkan 2minggu lepas... Alihkan perabot ketepi sikit lagi bagi nampak luas sikit dapur & alhamdulillah bila mak mertua datang dia kata " haaa dah lapang dah sikit dapur" ekekekeke... Dia tak tahu aku yang menariknya tengah-tengah preggy ni... Hentam je la... Tapi masa buat semua tu bukan persediaan nak sambut mertua ke apa tapi persediaan nak pastikan sebelum bersalin rumah berkemas sebab nak kena tinggal 2bulan rumah lepas bersalin nanti... Mungkin husband je la yang akan balik mop lantai ke sapu sampah ke tak nak bagi berhabuk rumah.... Ye la kalau berhabuk rumah tak sesuai untuk baby pula...

So semalam mertua sampai dari Kedah..... Rumah time tu memang tengah kemas-mengemas lagi... Semalam saya buat sentuhan terakhir.... Kemas sikit-sikit bila tengah dengan bilik hujung... Bilik sendiri just pasang cadar baru dengan sarung bantal..... Yang lain tak sempat nak mengemas lagi..... Bilik sendiri pula yang bersepah... Sebab bilik hujung kitaorang buat stor sementara nak buatkan kabinet dapur.... So habis semua menda dalam bilik hujung masuk dalam bilik saya.... hentam je la janji diaorang selesa kan....

Mertua datang sekejap je... Sabtu ni nak balik dah lepas kenduri adik nanti... Abah minta diaorang datang jadi wakil dari Pengantin Lelaki sebab kitaorang nak meramaikan rombongan.... Sekali amik kau... Dari Kelantan je 7buah kereta, dari sini pun dah 5biji kereta... Dah jadi ramai pula.... hahahaha... Macam tak cukup je 2buah rumah homestay tu....

Semalam Deepavali kan so semalam pergi KL ambil stok inner magic.... So bawa MIL sekali sebab dia nak cari tudung.... Lepas tu terus ke Bangi MZ Cafe dekat Bangi lama.... Kat situ sedap juga makanan... Tapi saya selalu datang situ makan bubur nasi je... Bubur nasi memang kegemaran saya kalau ada Bubur Nasi kat mana-mana restaurant memang saya akan ambil tu dan takkan makan benda lain dah.... Balik rumah rehat, tido... Asar bangun mandi, solat siap-siap masak untuk husband sebab dia kerja malam...

Esok in sya ALLAH lepas asar rombongan akan bergerak ke Bentong, Pahang untuk majlis akad nikah... Doakan semua berjalan lancar la ye....



P/S : Baby moon + Birthday Gift coming soon... Tak sabarnya nak bercuti....Yeah...


1 comment:

  1. asalam ..bagus tu ibu dan ibu mentua sama ja harus dihargai kan

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya