Kelab Blogger Ben Ashaari

My Lovely Friends

31 December 2014

Menghabiskan Cuti 2014

Assalamualaikum.... Selamat Pagi...

Hari ni penutup 2014... Esok pembuka 2015 - ada gi mana-mana ke nak sambut tahun baru... Tiap-tiap tahun tak pernah sambut tahun baru cuma doakan yang terbaik untuk masa yang akan datang sebab kita tak tahu apakah dugaan-dugaan yang bakal di terima sepanjang tahun 2015...

Tahun 2014 adalah dugaan yang hebat yang ALLAH S.W.T berikan kepada ummatNYA... Kejadian Misteri MH370, MH17 terhempas, Banjir luar biasa dasyatnya sehingga mengorbankan ramai ummatNYA dan terbaru QZ8501 kapal terbang AirAsia Indonesia terhempas.... ALLAH ALLAH ALLAH... Hebatnya KUASAMU.... Semoga mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian yang dasyat ni tabah menghadapinya, dan semoga ada hikmah disebalik kejadian...

-----------------------------------------------------------------------------

Semalam last saya bercuti dan menghabiskan cuti... huhuhuhu.... Mula-mula nak simpan je sebab tinggal sehari... Lepas tu mak mertua kata nak balik Kedah hari Selasa so saya ambil la cuti... Takkan nak kerja kot rasa macam ralat lak kalau bekerja dah la sepanjang ada kat rumah tak bawa pergi mana-mana pun... Bawa jalan dekat-dekat je.... So habiskan je la cuti yang berbaki sehari tu...

Selesai hantar mak mertua ke stesen bas... Saya pergi bank tapi tak boleh nak settlekan hari tu so kena tangguh hari lain... Lepas pergi bank balik rumah... Sampai rumah saya basuh baju-baju baru baby, sementara nak tunggu siap saya tidokan Rizqin... Dah siap, husband pun dah pi kerja *kerja petang* saya sidai la baju baby tu sekali tengok ada benda melekat-lekat dekat baju baby jadi kotor balik baju baby tu... Pelik.... Nape ada kotor... Cek-cek rupanya mesin basuh dah kotor... Penuh dah dekat bahagian perangkap kotoran dari baju makanya kena cuci mesin tu dulu, buang kotoran daki-daki mesin dekat bahagian perangkap... Selesai semua tu basuh baju dewasa dulu buat bahagian extra dry spin... Sebab cuaca kejap ok kejap tak ok saya tekan je spin 90minit... ekekekeke.... Siap jemur semua baru basuh baju baby balik... Jemur pagi tadi *husband jemurkan sebelum dia pergi kerja pagi*.... Tu pun ada lagi saki baki yang melekat kat baju baby...

Sementara proses cuci mesin, basuh baju dewasa, baby&kanak-kanak itu saya bersihkan bilik saya, pasang DIY wardrobe... Biasa la kan kemas bilik tu saya bersihkan habuk, sawang, habuk bawah katil semua.. Pastu jumpa la segala mak nenek lagi-lagi mainan anak bujang sorang tu... Rizqin siap kutip pastu perati dulu mainan tu... Aku tengok dia dah kecik beso kecik beso dah.... Nasib baik tak banyak mainan bawah katil tu... Lepas tu dia bagi kat saya balik mainan tu sebab dia tak tahu apa motif mainan tu so saya buang je la.. Takde kuasa nak basuh balik ke apa lagipun mainan tu tak leh guna dah...

Proses cuci-cuci termasuk cuci bilik bawa sampai ke malam... Nasib baik Rizqin tak kacau sangat sebab dia ralit dengan iPod dan TV... huhuhuhu... Sempat juga siapkan makan malam bersama-sama husband dan anak...

Esok cadangnya nak proses dalam almari baju dan cuci toilet pula... Sebelum bersalin ni biar la rumah bersih sikit....

Meh nak tunjuk saya pasang DIY wardrobe tu


Patutnya 16cube tapi space dalam bilik dah padat jadi saya buat dapat 15cube je


Ini gambar asalnya dan tempat saya beli...


Target tahun depan saya nak beli untuk Rizqin...

Itu sahaja untuk hari ni...
Dah paktis bawa bekal minggu ni... Alhamdulillah berjaya... Tak missed lagi bawa bekal...
Harap-harap boleh bertahan sampai setahun...Ameen

Wassalam....

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya