Tanda-Tanda Awal Bersalin

Assalamualaikum.... Selamat Tengahari...

Uiiii... Tengahari dah... Tak perasan masa berlalu dengan pantas... Tengah buat failing untuk global akaun yang saya tengah jaga sebelum bersalin... Handover note pun tak buat lagi....

So 36minggu adalah waktu baby dah matang... Kalau tanya nurse dah boleh bersalin ke kalau 36minggu dia kata dah boleh dah.... Dan dan time tu gak rasa sakit.... Lagi la bila baby tengah mengeras (false contraction atau braxton hicks).... So sekarang ni jalan makin slow sebab dah rasa sakit....

So hari ni masa sarapan cari la tanda-tanda awal bersalin dan pengalaman orang-orang yang bersalin... So ini antara tanda-tanda awal bersalin yang saya cari dekat google...

LENDIR CAMPUR DARAH
Pengeluaran lendir bercampur darah yang terjadi disebabkan sumbatan tebal pada mulut rahim terlepas sehingga menyebabkan terkeluarnya lendir berwarna kemerah-merahan kerana bercampur dengan darah.

Pengeluaran darah dan lendir akan terjadi beberapa hari sebelum bersalin, jadi tunggulah sehingga anda mendapat kontraksi yang teratur atau air ketuban pecah, sebelum pergi ke hospital. Sekira darah terlampau banyak, segera pergi ke hospital!

* Ini pernah terjadi masa bersalinkan Rizqin... Patutnya kena tunggu betul-betul sakit baru pergi hospital...huhuhuhuhu*

AIR KETUBAN PECAH
Kantung ketuban yang mengelilingi bayi pecah sehingga menyebabkan air ketuban terkeluar (air ketuban ialah cecair yang bersih, jernih dan tidak berbau. Sometimes boleh ter"confused" dengan urine.

Kalau air ketuban pecah tapi belum lagi rasa kontraksi, disarankan untuk segera ke Hospital kerana dikhuatiri berlaku jangkitan. Dalam perjalanan ke hospital, dinasihatkan untuk menggunakan tuala wanita bagi menyerap air ketuban.

KONTRAKSI TERATUR
Kontraksi yang dirasai yang datang secara tidak teratur dan hanya tegang di perut  iaitu 2-3 kali sejam merupakan braxton hicks/ false contraction. Belum lagi kontraksi betul. Kontraksi nak bersalin, akan datang secara teratur. Pada mulanya, kontraksi rasa kejap, lama kelamaan menjadi bertambah lama dan bertambah kuat. Rasa sakit tidak hilang.

Ketika ini, segeralah ke hospital dan mulalah untuk menghitung kontraksi. Catatlah selang waktu antara satu kontraksi dengan kontraksi seterusnya dan tempoh masa kontraksi berlaku. Kelahiran akan berlaku jika kontraksi semakin dekat (cth: 40 saat antara satu sama lain).

Bersalin untuk pertama kali, biasanya kontraksi akan terjadi 12 hingga 14 jam dan disarankan untuk menunggu di rumah sambil beristirehat serta mengumpulkan tenaga dan bertenang untuk menghadapi waktu bersalin. Tetapi jika kontraksi berlaku setiap 5 minit sekali atau anda berasa sakit, barulah ke hospital.

So untuk bersalin buat kali ke 2 ni saya kan pastikan saya bersalin normal dan bila betul-betul sakit baru saya ke hospital... 

Doakan ye.....

Comments

Popular Posts