Kelab Blogger Ben Ashaari

My Lovely Friends

04 February 2015

4hari Sebelum Due Date Bersalin

Assalamualaikum... Selamat Pagi....

Belum bersalin lagi ni.... Tak larat dah nak kerja sebenarnya... Nak cuti pula macam sayang je sebab nanti lepas bersalin banyak kena cuti lagi-lagi bila baby lepas injection biasanya akan demam, nak beralih bulan pun kadang-kadang demam dan bila pengasuh tak sihat pun kena cuti gak... So kena standby cuti awal-awal.... Nak ambil mc boleh je tapikan tahun lepas pecah rekod cuti sampai 20hari... Takkan tahun ni nak pecah rekod gak... Ni pun dah mc Jumaat hari tu sebab back pain....

Sejak mengandung lagi-lagi masuk 3rd trimester tido dah tak lena... Kiranya persediaan untuk berjaga malam... Abang Rizqin pun tolong tak lenakan tidur umi dia.... Disepaknya muka umi dia dalam tidur, mengigau sampai menangis-nangis.... Sabar je la.... Lepas tu bila datang pedih ulu hati time tidur lagi teruk.... Tengah-tengah malam bantai minum air bergelas-gelas nak bagi hilang pedih ulu hati... Macam simbah api dengan air la konon-kononnya.... Masa mengandung juga pernah satu hari kena ambil nab sampai 5kali sebab asthma teruk... Pernah juga gastrik sampai tahap berpeluh-peluh dalam aircond dan berkali-kali kena malam tu.... Nak tekan perut tak boleh sebab perut dah besar... Itu la pengalaman yang bermakna semasa mengandung... Bukan senang nak dapat sakit-sakit macam ni...

Lagi 4hari dengan due date.... Harap baby keluar sebelum due date supaya dapat rasa bersalin secara semulajadi... Tak payah pakai apa-apa ubat, even ubat tahan sakit pun kalau boleh tak nak guna... Bukan apa tak nak la kan dah tua nanti datang sakit-sakit lain...

Letih je datang office... Lemau badan.... Walaupun dalam pantang nanti lagi letih tapi rasa duduk je kat rumah rasa macam lega la sikitkan... Just uruskan anak-anak, rumah dan diri sendiri... Kalau boleh nak urut hari-hari masa dalam pantang tapi macam melampau lak...hahahahaha.... Tahun ni bersalin ada lagi Umi tolong jagakan masa dalam pantang walaupun dia masih berkerja.... Tahun-tahun lepas tu kena pantang sendiri la kot sebab Umi dah jauh.... Rizqin pun dah start sekolah....

Baby cepat la keluar... Umi tak sabar dah nak jumpa awak ni... Awak ni lelaki ke perempuan ke... Umi beli baju pun takut-takut hahahahaha... Umi beli juga baju gaun tapi sehelai je la... Lepaskan tempias nafsu nak anak perempuan... Ngeng sangatkan umi awak ni.... hahaha

Ok la nak rehat-rehat je kat office... Kerja sendiri dah bagi orang ambil alih dah... Hopefully diaorang berjaya uruskan KLIA dengan baik sepanjang saya takde ni nanti... Risau sebenarnya nak tinggalkan KLIA ni... Tapi tawakal je la... Sebab dah ajar dah dekat diaorang...

Tu je untuk hari ni... Kalau saya diam lagi tu maksudnya dah bersalin la tu... ekekekeke....

Wassalam....

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya