Kelab Blogger Ben Ashaari

My Lovely Friends

21 March 2016

Cendol Retro, Paroi, Negeri Sembilan


Assalamualaikum....

20 Februari 2016
- Ahad -

Aku ingat hari Ahad santai kat rumah je al-maklum dah hujung bulan.... Ingatkan tak kemana la... Sarapan pagi aku buat roti salut dengan telur cicah dengan sos cheesy dan sos cili... Rizqin pergi kaup sos cheesy banyak-banyak tapi roti dia ambil kecil yang amat sampai tak cukup sos yang aku buat 2sudu kena tambah lagi 1sudu setengah.... *geleng kepala*

Plan nak masak tengahari tu aku nak buat bubur nasi je... Nak buat lauk ikan bilis getok, kangkung goreng belacan, ayam goreng kecil-kecil dan ikan bilis goreng untuk Rizqin.... Kira best sangat dah tu untuk makan tiga orang...*eh tetiba teringat* Lepas itu husband kata tak payah masaklah kita makan KFC... Aku macam blur kejap kata hujung bulan... hehehehe... Rupanya dia nak kasi kejutan tapi tak jadi.... Kitaorang dah beriya naik kereta nak makan KFC lepas tu dia isi minyak, tiba-tiba patah balik rumah... Tanya dia nak mana sebenarnya tapi dia kata jalan depan tu jem jalan la ikut jalan rumah... Ok dia tahu aku ni jenis tak fokus atas jalan kalau aku jadi penumpang... Nak dijadikan cerita masa kereta tengah gerak ke jalan rumah untuk tembus jalan besar dia kata "jom mandi sungai" aku kata tak kisah pun sebab kita memang takde plan nak kemana pun... Terus dia drive balik rumah, kaup baju anak-anak, baju seluar dia tapi barang aku dia tak letak pun... Aku cakap ambil seluar sukan untuk aku cukup la... Tapi dia tak jumpa pun seluar tu nak tak nak kena la ambil sendiri... muahahaha....

Tengahari baru gerak pergi Ulu Bendol, dalam masa 45minit dari rumah nak kesana... Sampai tu hujan renyai-renyai turun tapi kitaorang teruskan juga sebab Rizqin nak sangat mandi sungai... Bawa bagi mandi budak berdua tu sampai puas sambil-sambil suap roti dan muffin kat diaorang... Dalam pukul 3.00 siap tukar baju dengan aku tukar seluar... Kitaorang gerak balik....

Dalam perjalanan balik husband suruh cari Cendol Retro sebab cendol ni dia jual cendol durian seulas.. Bukan yang jenis lembik-lembik letak dalam bekas... Aku suka yang macam ni bagi seulas-seulas.. Nak makan pun berselera.... Jadi cari punya cari guna map tak dapat... Sekali husband dah berhenti tepi jalan... Aku ingat dia nak cari lokasi kedai sekali dah sampai... Aku siap eh dah sampai ke kita ni??? hahahahaha *bagi aku lawak dan gembira...guna map tak dapat-dapat sekali tepi jalan dah jumpa... ajaib*

Meh nak share gambar...

Yeay dah sampai....

Belanja gambar cendol durian je.....

Anak bujang nak makan cendol juga....

Ajwad dah buat perangai... Mengantuk la tu sebab penat main air...

Asyik sekali menghirup air cendol... Pakai sudu lambat...

Yeay kenyang... Boleh jadi Ultraman... ekekekeke

Budak mengamuk pun dah tidur... Aman dalam kereta....
Dah sampai rumah dalam pukul empat lebih... Ajwad still tidur sambung letak dalam buai.. Abang dia tengok TV... Aku pula kelaparan... Tadi masa kat cendol retro makan cendol sahaja padahal ada je makanan lain kat situ... Mee bandung, mee sup, mee goreng, nasi goreng, macam-macam la ada tapi tak rasa lapar lagi... Dah sampai rumah terus masak bihun rebus.. Makan, landing depan TV, suap anak makan... Tengah malam Abang Rizqin suruh masak nasi dengan telur dadar.... Layankan sebab dia kurang makan... Dah elok makan terus tidur.... hehehehehe

Ok la tu saja.. Kalau nak buat tempahan ke boleh la order ye... No ada dekat gambar nombor satu tu...

Wassalam

Babai...

6 comments:

  1. phew..
    cendol durian..
    marbeles tu kalau dpt yang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sangat sebab dapat makan durian seulas

      Delete
  2. Akak orang Seremban pun tak pernah sampai lagi Cendol Retro ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gi la akak kedai asal dia kat batu kikir

      Delete
  3. sedapnya cendol panas pans ni. tp saya tak makan durian.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan cendol biasa... Sedap juga Ainul

      Delete

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya