Kelab Blogger Ben Ashaari

My Lovely Friends

10 June 2016

Nasib Baik

Assalamualaikum.....

Nak cerita al-kisah awal pagi tadi masa bersahur... Biasa saya akan bangun pukul 4.30 pagi untuk masak nasi sebab makan nasi panas-panaskan sedap.... Nak dijadikan cerita hari ni bangun 4.53 pagi bangun dalam keadaan terkejut dengar telefon Suami berdering-dering.... Cek jam dah lambat kelam-kabut masak nasi.... Huhuhu....

Nasi masak 15minit sebelum imsak kami cepat-cepat makan dengan nasi yang baru masak berasap-asap.... Siap makan 5.22 pagi.... Tak menambah nasi dan lauk... Nasib baik lauk tergerak hati masak siap-siap malam tu..... Haih...... Telefon kena letak dalam bilik la satu kalau dua-dua kat luar jadi la macam hari ni.....

Siap-siap nak kerja saya pening sampai tak boleh nak buat apa... Bimbang tak boleh drive saya mc je hari ni tapi tu la kalau boleh Jumaat tak elok mc sebab macam mengambil kesempatan pula... Tapi dah pening sangat saya ambil keputusan mc je..... Huhuhuhu

Sekarang saya berada trimester ke-2 semalam jumpa Doktor Pakar mengenai Asthma saya.... Saya kena pakai balik ubat Symbicot tu... Sebelum ni Doktor klinik panel tak bagi pakai takut memberi kesan kepada bayi dalam kandungan tapi Doktor Pakar kata ubat tu untuk paru-paru sahaja.... Takde apa-apa masalah kalau nak pakai masa mengandung... Saya dah konpius dah... Nak pakai ke tak... Hahahaaha... Ada juga cerita masalah sakit pinggang dia kata kena bawa bersabarlah insyaAllah lepas bersalin akan baik semula....

Alhamdulillah sepanjang puasa ni saya takde masalah... Rasa bertenaga dibulan puasa... Cuba la amalkan kurma setiap malam sebelum tidur atau minum rendaman kurma ketika bersahur ye....

Itu sahaja rasanya untuk hari ni....

InsyaAllah akan lebih rajin menaip... Inipun menaip dalam keadaan pening-pening lagi.....
Doakan saya cepat sembuh ye

Wassalam

Salam Sayang
- Nadiah -

2 comments:

  1. ala mummy pun takde idea bole pakai healer asma tu ke tak.. tapi better tak perlulah kot.. sbb adik mummy pernah pakai healer terlebih, last2 kaki lembek sampai jatuh tangga... huhuhu

    ReplyDelete
  2. Makan nasi panas2 waktu sahur memang membuka selera.. kalo tak nak sahur pun malas.. hehehe :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya