Hai

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah kembali berblogging... 3tahun mendiamkan diri tapi masih aktif dengan ig dan fb... Alhamdulillah anak pun dah 4orang... 3lelaki 1perempuan...

Macam-macam jadi sepanjang 3tahun ni sibuk dengan anak, uruskan rumahtangga dan kerjaya macam orang-orang lain juga.. Cumanya peristiwa tahun lepas saya tak boleh lupakan.. Abah saya jatuh sakit masa Hari Pekerja.. Abah koma 10hari di icu kemudian di wad biasa lebih daripada sebulan.. Abah major strok dengan 3/4 pendarahan dalam otak.. Sekarang abah masih dalam rawatan fisio dan sekarang Abah dan Umi menetap dirumah saya... Doakan ye Abah cepat sembuh dan mampu uruskan diri dia sendiri..

Dengan abah masa check up bulan Januari hari tu

Anak pula tahun ni dah 2orang bersekolah.. Rizqin dan Ajwad dah sekolah... Ajwad baru 4tahun tapi saya dah sekolahkan dia biarlah dia belajar berkawan dan bermain.. Alhamdulillah minggu ke tiga ke sekolah dah ada perkembangan yang positif ada pada dia... Cuma, bila waktu pagi tu susah sikit nak pujuk ke sekolah dan mandikan dia.. Takpelah perlahan-lahan nanti dia akan biasakan diri dia yang penting tiap kali balik sekolah dia seronok dan nak datang sekolah lagi

Hari pertama sekolah Ajwad

Anak dara saya pula sudah berumur 3tahun. Kejap je rasa dah besar anak dara saya. Ruwayda nama diberi. Satu-satunya anak perempuan saya dan sangat lasak mengalahkan abang-abangnya.. Sangat berani dan suka memanjat tak padan dengan badan kecil.. Tapi saya suka sebab badannya kecil, suaranya lembut, tapi dia sangat-sangat aktif... Mulanya saya agak risaukan dia sebab dia dilahirkan sangat kecil dan pembesaran dia tak ikut dengan ukuran pembesaran ikut umur tapi bila misi tengok tingkah laku dia misi kata dia normal cuma pembesaran fizikal je lambat sikit.. Takpelah janji anak umi sihatkan...

Anak bongsu saya baru berusia 6bulan.. Anak yang paling membesar dengan berjaya.. Abam sado orang kata... Baru mula makanan pejal dan sangat suka makan dan minum susu... Alhamdulillah dia ok tapi kakak dia lah suka mengacau dia... Sekarang sedang selsema bergilir-gilir dengan kakak dan abang... 

Sekian pengenalan hari ni.. Doakan kami semua sihat dan saya doakan anda semua sihat walafiat.. Kalau tengah tak sihat makanlah ubat ye... 

Wassalam dan babai 😊

Comments

  1. Semoga abah nadia diberi kesihatan yang baik, Aamiin..
    Welcome back nadia .. Selamat ber blog ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya

Popular Posts