30 March 2016

Seqy Beauty Cantik Berseri Setiap Hari

Assalamualaikum...

Nak cerita pengalaman aku pakai Seqy Beauty....

Sebelum aku cuba Set Skin Care aku beli Sakura Mask, BB Cream Natural dengan Cleanser...

1st time try Sakura Mask bestnya sejuk je rasa kulit dan bila lepas bilas rasa kulit muka lembut sangat, licin..... Hari tu Umi datang rumah dia cakap kulit muka dia panas dan pedih aku pun bagi la Sakura Mask dekat dia biar dia rasa selesa sikit kulit muka...

Inilah rupa Sakura Mask Seqy Beauty
Harga RM80 tidak termasuk kos pos

Aku memang suka sangat-sangat Sakura Mask sebagai pengguna...
Lagi la tengah terik panas sekarang ni Sakura Mask la selalu dengan aku....
Pakai hari-hari pun takde masalah..

Melecur ke accident ke letak je pada luka tu insyaALLAH sembuh....
Dia ajen penyembuh yang bagus...
Fungsi dan Kebaikan Sakura Mask by Seqy Beauty

  1. Sesuai untuk semua jenis kulit.
  2. Menyegar serta melembapkan kulit.
  3. Mengurangkan bekas jerawat
  4. Mengecilkan pori-pori 
  5. Mencerah dan menghaluskan kulit wajah
  6. Membantu re-generasi kulit
  7. Mengurang dan mencegah kedutan pada wajah
  8. Mengeringkan jerawat
  9. Mengurangkan kemerahan dan ruam pada kulit
  10. Boleh digunakan untuk kulit terbakar
  11. Kaya dengan vitamin B
  12. Mengurangkan selulit
  13. Menghilangkan flek hitam pada wajah
  14. Memperbaiki kulit secara keseluruhan
  15. Merangsang pembentukan kolagen
  16. Anti-penuaan, anti-radang, anti-septik, anti-fungal
Cara Penggunaan :
1. Sapu secara merata di seluruh wajah dan leher (15-20minit). Bilas. (boleh digunakan pagi atau malam)
atau
2. Sebelum tidur, sapu secara merata dan bilas pada keesokkan pagi.

*Boleh digunakan setiap hari.
*Jika anda memakai krim malam, boleh menggunakan Sakura Mask 2 atau 3 kali seminggu.

Lepas tu aku pakai BB Cream dia pula... BB Cream Natural dia buat muka aku jadi flawless sangat... Kawan aku tengok muka sebelum dan selepas diaorang impress... Eh malu pula... Diaorang kata glowing je muka.... Yang penting BB Cream tak melekit.... Sedap je pakai....

Tak payah pakai bedak tau....
Best sangat

Muka tak pakai apa-apa
Nampak pucatkan

Muka pakai BB Cream Natural...
RM55 tak termasuk kos pos

Nampak lain kan bila pakai BB Cream...
Bibir pakai Body Shop Color Natural je..
Nampak macam pakai lip gloss je...
BB Cream by Seqy Beauty

  • Teksturnya lembut dan ringan.
  • Sesuai bagi mereka yang tidak sukakan mekap tebal, cuma mahu melindungi kulit solekan nipis, natural dan ringkas.
  • Sangat praktikal, diratakan menggunakan jari sahaja.

Fungsi dan Kelebihan BB Cream

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Menutupi cela di muka
  • Sebagai bedak asas
  • Lebih ringan dari foudation
  • Sebagai essential krim, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit
  • Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30+)
  • Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya
  • Wajah tidak berminyak sepanjang hari
  • Berfungsi melawan sinar Ultra Violet dan pencemaran udara sehingga menjadikan kulit tetap sihat
  • Melambatkan penuaan
  • Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia

Set Skin Care dia pula ada 4... Cleanser, Toner, Serum, dengan Krim 2 dalam 1 iaitu Krim Siang dan Malam... Aku suka sangat sebab set dia memang menjaga keseluruhan kulit muka... Sebab tak payah susah-susah cari toner dengan serum dah... Biasa produk lain kita campur jenama sebab ada jenama yang pakai takde Toner atau Serum kan... Yang ni semua ada tinggal pakai dengan tak pakai je la....

Ini la rupa set dia...
Boleh tahan dalam 1bulan hingga 2bulan ikut penggunaan kita..
Harga RM130 percuma kos pos

Aku memang suka pakai set skin care ni...
Krim 2in1 dia best sebab sejuk je bila pakai...
Malam-malam panas macam ni letak krim ni kat muka rasa boleh tidur nyenyak ni...
Sejuk je rasa...
Ini apa yang aku rasa la...
Lepas tu tak rasa melekit tu yang penting sebab aku rimas rasa melekit macam tu...
Cleanser dia bila pakai rasa bersih muka... suka sangat...
Toner dengan serum memamg buat muka aku jadi lembut...
Dia agen membasmi masalah kulit kita tau...
Aku pegang sendiri muka aku pun rasa sedap je.....
Fungsi dan Kelebihan:

Cleanser

  1. Sebagai pelembap wajah (Vitamin E) 
  2. Membaik pulih sel kulit (Vitamin C)
  3. Membuang kotoran padan wajah
  4. Anti-Oxidant
  5. Mencerahkan kulit (sumber dari alam semulajad)
  6. Anti penuaan. Menegangkan kulit sekaligus mengurangkan kedutan di wajah
  7. Penyejukkan wajah (cooling agen, sumber dari cucumber)
  8. Memudarkan jeragat dan bintik hitam.
  9. Mengurangkan masalah kulit berminyak (sumber lemon citrus)
  10. Anti-microbial
Toner

  1. Membantu menstabilkan pH kulit
  2. Meminimalkan ukuran pori-pori dengan penggunaan yang tepat (menepuk-nepukkan toner pada wajah dengan menggunakan telapak tangan)
  3. Memberikan perlindungan dengan mengangkat mineral yang terdapat pada air disaat anda membersihkan wajah.
  4. Bertindak sebagai humektan, mengunci kelembaban sehingga mengurangi kekeringan saat kulit terkena sinar matahari.
  5. Mengurangkan risiko berjerawat dan berkedut.
  6. Mengawal sebum (kelenjar minyak)
  7. Mengurangkan radang (kemerahan).
Serum

  1. Membuatkan struktur kulit lebih tegang dan anjal.
  2. Melembapkan kulit wajah yang kering akibat jerawat.
  3. Mengurangkan kedutan pada wajah (Anti penuaan)
  4. Menghalus serta mencerahkan kulit.
  5. Menutrisikan kulit.
  6. Mencegah kegatal (iritasi) atau kemerahan akibat jerawat.
  7. Menghilangkan flek pada wajah.
  8. Mencegah pertumbuhan bakteria dan jerawat,
  9. Mengawal sebum.
Day / Night Krim

  1. Menghilangkan jerawat dan parut bekas jerawat.
  2. Memudarkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam dan putih di wajah (pigmen)
  3. Mengecilkan pori-pori
  4. Menegangkan dan menghilangkan kedutan pada wajah.
  5. Menghilangkan parut di wajah
  6. Menyegarkan kulit wajah.
  7. Mengawal minyak
  8. Mengurangkan kegatalan dan kemerahan (akibat jerawat)
  9. Melicinkan tekstur kulit
  10. Melindungi kulit dari sinaran UV
Kesan Awal dan Reaksi : 

  1. Boleh melihat kesan seawal 3 ke 7 hari), untuk kesan maximum perlu memakai set secara berterusan selama 3 bulan.
  2. Tiada pengelupasan (normal)
  3. Kulit terasa sejuk selepas meratakan krim kerana terdapat ejen penyejuk.
Disebabkan kesukaan aku kepada produk ni aku dah jadi agen dropship.... Ala dropship je la dulu buat kecil-kecilan sambil pakai untuk diri sendiri.... Siapa berminat hendak mencuba boleh la beli dengan aku..

Oh ye setiap pembelian RM100 keatas kos pos adalah PERCUMA tau... Jadi bagi yang berminat boleh la hubungi atau whatapps di 0196008952....

Tak rugi cuba produk ni sebab dia sesuai semua masalah kulit even yang ada jerawat, jeragat pun InsyaALLAH akan cantik muka kawan-kawan kat luar sana.... Serius tak tipu ni....

Wassalam...

28 March 2016

Resepi Bihun Goreng Senang

Assalamualaikum...

Nak cerita pengalaman berniaga.... Tidak mengapalah berniaga kecil-kecilan je tapi nak cerita juga... hehehe....

Sebelum ni saya mula dengan bazar ramadhan jual bubur lambuk je... Tahun selepas tu saya tak join sebab saya akan ada baby pada hari raya pertama.... Tahun berikutnya saya join balik dan kemudian dah tak join dah sebab dah pindah rumah lain...

Kemudian tahun 2014 saya join geng pasar malam dekat belakang Tesco, Nilai... Masa tu saya dah hampir nak bersalinkan Ajwad... Gagahkan juga buat bila dah minat ni kan... Saya buat sampai saya bersalin saya cuti 2bulan dan sambung balik... Tapi sambung sekejap je memandang anak masih kecik dan takut anak senang dapat sakit saya berenti terus berniaga....

Tahun 2015 sampai sekarang saya jual bihun goreng dekat tempat kerja... Jadi la untung RM3-RM4 sehari untuk belanja hari-hari saya..... Sebab saya tak keluarkan duit dari bank dah sebab yang ada tu akan ditolak dengan asset yang saya ada...


Bihun Goreng yang selalu saya jual dekat Office

Bihun Goreng Senang

Bahan-bahan :
1 Bungkus Bihun - Saya guna bihun Faizah
3 Biji Bawang Besar - 2kisar 1Potong halus
3 Ulas Bawang Putih - Kisar
3 Sudu Besar Cili Kering yang dah dikisar
1 Setengah Sudu Besar Udang Kering - rendam, toskan dan kisar
1 Setengah Sudu Besar Ikan Bilis - rendam, toskan dan kisar
1 Sudu Besar Sos Tiram
4 Sudu Besar Kicap Manis
2 Sudu Besar Sos Cili
2 Sudu Besar Sos Tomato
2 Sudu Kecil Maggie Cukup Rasa - tak letak pun takpe
3 Sudu Besar Minyak
Garam Secukup Rasa
Sayur

Cara-caranya

1. Kisar dulu bahan yang saya taip kisar tu ye... Lepas kisar ada 1bawang besar yang kena potong halus-halus...
2. Masukkan minyak dan tunggu sampai minyak panas.. Masukkan bawang besar yang dipotong halus dan tumis sampai keluar bau harum bawang bukan bau perfume pulok =)... Tujuannya tumis bawang potong ni nak bagi aroma sedap....
3. Dah ada bau harum bawang tu bukan tunggu bawang tu dah garing tau maksudnya dah ada bau je terus masukkan bahan kisar... kira tumis dalam seminit-dua je
4. Dah masuk bahan kisar biar sekejap dalam 3-4minit masukkan cili kering yang dah dikisar... Saya buat siap-siap.. Cili kisar masak dulu lepas tu kisar tahan hingga 2minggu... Gaul rata bawang dengan cili dan selalu la kacau bagi bahan tumis masak elok.. Kalau tak masak elok takut bau bawang... Tak sedap nanti
5. Dah masak elok bahan tumis masukan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap, maggie cukup rasa, garam... Rasa dulu sebelum letak bihun
6. Masukkan bihun ( rendam semalaman dan toskan....) Gaul rata... Letak sikit air dalam setengah cawan... Gaul lagi sampai rata dan lembut...
7. Masukkan sayur dan gaul lagi sampai sayur tu layu... Dah boleh tutup api...

Siap....

Selamat mencuba...

Tata

Wassalam

22 March 2016

Untung la Kerja Dalam Airside

Assalamualaikum....

Stalk classmate yang kerja Airside KLIA post gambar kawasan airside terus jeles sebab gambar cantik dan dapat bergambar dengan kapal terbang... Aku boleh je masuk tapi mana boleh masuk ikut sukahati kecuali kau memang ada kerja dalam tu kan.... huhuhuhu....

Meh nak kongsi beberapa gambar dalam airside yang aku jeles tu....













Airside Teamwork....

Gambar masa kitaorang belajar sama-sama dulu... Ni dengan group besar
CDAM (Corporate Diploma Airport Management) & EDAM (Executive Diploma Airport Management)
dekat UiTM, Shah Alam masa perasmian dan tandatangan kerjasama UiTM - MITRANS dan Malaysia Airport Holdings Berhad

Cantikkan gambar-gambar tu..... Jeles....

Ok la tu je untuk hari ni...

Wassalam

Babai

21 March 2016

Cendol Retro, Paroi, Negeri Sembilan


Assalamualaikum....

20 Februari 2016
- Ahad -

Aku ingat hari Ahad santai kat rumah je al-maklum dah hujung bulan.... Ingatkan tak kemana la... Sarapan pagi aku buat roti salut dengan telur cicah dengan sos cheesy dan sos cili... Rizqin pergi kaup sos cheesy banyak-banyak tapi roti dia ambil kecil yang amat sampai tak cukup sos yang aku buat 2sudu kena tambah lagi 1sudu setengah.... *geleng kepala*

Plan nak masak tengahari tu aku nak buat bubur nasi je... Nak buat lauk ikan bilis getok, kangkung goreng belacan, ayam goreng kecil-kecil dan ikan bilis goreng untuk Rizqin.... Kira best sangat dah tu untuk makan tiga orang...*eh tetiba teringat* Lepas itu husband kata tak payah masaklah kita makan KFC... Aku macam blur kejap kata hujung bulan... hehehehe... Rupanya dia nak kasi kejutan tapi tak jadi.... Kitaorang dah beriya naik kereta nak makan KFC lepas tu dia isi minyak, tiba-tiba patah balik rumah... Tanya dia nak mana sebenarnya tapi dia kata jalan depan tu jem jalan la ikut jalan rumah... Ok dia tahu aku ni jenis tak fokus atas jalan kalau aku jadi penumpang... Nak dijadikan cerita masa kereta tengah gerak ke jalan rumah untuk tembus jalan besar dia kata "jom mandi sungai" aku kata tak kisah pun sebab kita memang takde plan nak kemana pun... Terus dia drive balik rumah, kaup baju anak-anak, baju seluar dia tapi barang aku dia tak letak pun... Aku cakap ambil seluar sukan untuk aku cukup la... Tapi dia tak jumpa pun seluar tu nak tak nak kena la ambil sendiri... muahahaha....

Tengahari baru gerak pergi Ulu Bendol, dalam masa 45minit dari rumah nak kesana... Sampai tu hujan renyai-renyai turun tapi kitaorang teruskan juga sebab Rizqin nak sangat mandi sungai... Bawa bagi mandi budak berdua tu sampai puas sambil-sambil suap roti dan muffin kat diaorang... Dalam pukul 3.00 siap tukar baju dengan aku tukar seluar... Kitaorang gerak balik....

Dalam perjalanan balik husband suruh cari Cendol Retro sebab cendol ni dia jual cendol durian seulas.. Bukan yang jenis lembik-lembik letak dalam bekas... Aku suka yang macam ni bagi seulas-seulas.. Nak makan pun berselera.... Jadi cari punya cari guna map tak dapat... Sekali husband dah berhenti tepi jalan... Aku ingat dia nak cari lokasi kedai sekali dah sampai... Aku siap eh dah sampai ke kita ni??? hahahahaha *bagi aku lawak dan gembira...guna map tak dapat-dapat sekali tepi jalan dah jumpa... ajaib*

Meh nak share gambar...

Yeay dah sampai....

Belanja gambar cendol durian je.....

Anak bujang nak makan cendol juga....

Ajwad dah buat perangai... Mengantuk la tu sebab penat main air...

Asyik sekali menghirup air cendol... Pakai sudu lambat...

Yeay kenyang... Boleh jadi Ultraman... ekekekeke

Budak mengamuk pun dah tidur... Aman dalam kereta....
Dah sampai rumah dalam pukul empat lebih... Ajwad still tidur sambung letak dalam buai.. Abang dia tengok TV... Aku pula kelaparan... Tadi masa kat cendol retro makan cendol sahaja padahal ada je makanan lain kat situ... Mee bandung, mee sup, mee goreng, nasi goreng, macam-macam la ada tapi tak rasa lapar lagi... Dah sampai rumah terus masak bihun rebus.. Makan, landing depan TV, suap anak makan... Tengah malam Abang Rizqin suruh masak nasi dengan telur dadar.... Layankan sebab dia kurang makan... Dah elok makan terus tidur.... hehehehehe

Ok la tu saja.. Kalau nak buat tempahan ke boleh la order ye... No ada dekat gambar nombor satu tu...

Wassalam

Babai...

15 March 2016

7th Anniversary....

Assalamualaikum & Selamat Pagi...

14.03.2009 - 14.03.2016 7tahun kami bersama menempuh suka duka hidup....
Beza husband sebelum dan selepas kawin ni... hahahaha... Rasa macam nak cerita part tu je... mesti lawak bila ingat balik... Tapi takpe la simpan sorang-sorang =P

Alhamdulillah 7tahun mendirikan rumahtangga dengan anak 2orang... Syukur sangat-sangat... Walaupun ekonomi keluarga masih tak berapa stabil tapi ok la takde la sampai terus tak ada apa-apa... Janji boleh teruskan hidup dan boleh bawa anak-anak ke tempat yang memberikan proses diaorang belajar walaupun tempat tu free kan... Cerita pasal tempat budak-budak ni dah 2kali kami pergi Seremban 2 City Park... Rasanya situ tempat sesuai bawa anak-anak jalan-jalan sambil bagi ikan makan... Sambil ajar anak jangan buang sampah merata-rata, jaga harta benda awam dan main dekat taman permainan... Nasib ada kura-kura dengan ikan je... Kalau ada binatang-binatang lain boleh bagi anak explore lagi tentang haiwan....

Sepanjang 7tahun kawin ni banyak la kenangan pahit manis... Tapi saya lebih suka simpan yang manis dari yang pahit... Yang pahit saya ingat tapi biasa saya akan lupakan dan memaafkan sebab saya pun bukan sempurna, jadi baik saya maafkan terus, senang kepala pun tak serabut nak fikir macam-macam sebab kesalahan bukan besar sangat pun... Forgive and forget....

Saya harap hubungan ni kekal sampai hujung nyawa saya... Sampai ke Syurga ALLAH...

Jom saya akhiri dengan koleksi gambar saya weekend lepas... Takde aktiviti sangat pun sebab husband off day Sabtu, Ahad pula dia kerja...

Esok cuti bawa mak mertua dan adik ipar pergi mandi sungai.... Nanti saya update kemudian ye..

Tata

Sabtu lepas saya masak Nasi Goreng dengan Keropok Ikan..
Keropok ikan menu wajib kena goreng setiap weekend... Siapkan 1tong besar...

Tengahari Sabtu husband bawa pergi Seremban... Beli cendol Hj Shariff dan makan tengahari dekat Mydin Seremban 2. Sudah makan jalan dekat Seremban 2 City Park, Rizqin nak bagi Ikan makan...
Petang lepas Asar kitaorang pergi rumah Pakcik.. Belakang rumah dia ada bela ikan... Bagi la makan ikan lagi kat situ.. Seronok Rizqin bagi makan Ikan...

Ikan talapia merah... Hitam pun ada...

Rizqin seronok bagi makan... Sampai Ikan pun tak larat nak makan....

Tengah seronok bagi Ikan makan..
Suka tengok view kat sini cantik...
Lunch Ahad hari tu masak simple je...
Udang goreng tepung, Ulam, Budu, Ayam Goreng...

Takde anak dara.. Anak bujang pun jadi la lepaskan gian nak buli anak perempuan... hahaha

Abang pun teringin sama..
Tengahari memang tak pakai baju la diaorang.. Panas kan sekarang ni...huhuhu



11 March 2016

Rizqin Ajmal & Areeq Ajwad

Assalamualaikum....

Sihat? Lama sangat tak berceloteh, bercoret disini... Bukan apa sebab tak boleh nak tengok blog jadi mood menulis tu kelaut dalam....

Dah bulan March baru menjejeh ye... huhuhu... Banyak yang nak dikongsikan.... Entry kali ini saya nak kongsi sikit throwback 2015 - 2016....

Skill menulis semakin tumpul dah rasanya.. Kalau tak mesti banyak idea nak menaip je kerjanyakan... hehehehe

Jom tengok gambar...

Abg Rizqin nak masuk 6thn dah...

Adik dah masuk 1tahun. Ni Ajwad masuk ward sebab semput...

Jumpa kawan jauh dari Johor... Jumpa kat Alamanda je...

Orang Rumah kite buat dapur kat belakang... Sampai sekarang tak siap lagi... Sibuk nau-nau...
Buat dari raya haji 2015... 

2015 best nine on Instagram

Makan Nasi Itik kat dekat Pajam...

Dapat anak buah baru - Huda anak adik no2

Anak buah baru - Khalish Amsyar anak adik no3

Muka ada senyum... Ni baru pandai berdiri dan start nak berjalan

Tengah syok tengok Didi & Friends

Sarapan pagi....

Pergi kenduri...

Lepas gi kenduri pergi KLIA - hantar tokcik balik Kelantan...

Comot.... hahahaha

Abang long

Tukang sepah rumah...

Time baik berdua....

Peace yo...
Ni gambar terbaru diaorang....
Time balik kampung raya cina hari tu....

Macam-macam dah karenah mereka berdua lagi la sikecik ni... Dah pandai berebut dengan abang dia dah.... hahahaha... 

K la tak tahu nak tulis apa...

Wassalam....

Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah, Bangi

Link websites : https://mvm.org.my/social-media-gathering

Social Media : The Gathering Merupakan sebuah program kerjasama MVM bersama Kelab Blogger Ben Ashaari untuk memberi bantuan asas keperluan kepada Warga Emas di Pusat Jagaan Darul Insyirah, Bangi, Selangor.

Kami ingin membuka peluang kepada orang ramai, untuk membantu menaja Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah yang memerlukan barang-barang keperluan asas untuk bonda-bonda meneruskan kehidupan melalui program ini.

InsyaAllah, Selain memberi barang-barang keperluan asas, kami dan para volunteer akan turut memberi pengisian rohani, bergotong-royong dan bersama-sama menceriakan warga emas di pusat jagaan tersebut.

Antara barang-barang asas yang diperlukan oleh Pusat Jagaan tersebut ialah :

Untuk maklumat anda,

InsyaAllah, dalam program kali ini kami akan memberikan pengisian rohani gotong-royong, ramah mesra bersama bonda-bonda selain memberi bantuan keperluan asas.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami :
Yazid MVM- 013-355 6211
MVM – +03 8066 0883

Semoga usaha ini dipermudahkan.

UNTUK MENAJA

1 TAJAAN = RM30

SASARAN 335 Tajaan

Sekiranya anda ingin menaja Darul Insyirah, bolehlah berbuat demikian kepada akaun Maybank

🔻Akaun : Maybank
🔻Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
🔻No acc : 56480 164 7699
🔻Email : socialmediagathering@gmail.com

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat.

Anda boleh taja keluarga ini melalui link
🔻https://www.billplz.com/smtg

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami :-
Yazid MVM- 013-355 6211