30 January 2019

Bread Talk, Gateway KLIA2

Tadi masa makan tengahari saje je jalan-jalan cuci mata kekedai roti baru. Bread Talk di Gateway KLIA2.

Sekarang ni setiap pembelian 3 ban roti percuma 1 ban roti. 

Jom kita tengok dekorasi dan hidangan roti yang disediakan.. 

Teringin? 

Jom singgah bila datang KLIA2 nanti.. 

Wassalam dan babai

Hai

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah kembali berblogging... 3tahun mendiamkan diri tapi masih aktif dengan ig dan fb... Alhamdulillah anak pun dah 4orang... 3lelaki 1perempuan...

Macam-macam jadi sepanjang 3tahun ni sibuk dengan anak, uruskan rumahtangga dan kerjaya macam orang-orang lain juga.. Cumanya peristiwa tahun lepas saya tak boleh lupakan.. Abah saya jatuh sakit masa Hari Pekerja.. Abah koma 10hari di icu kemudian di wad biasa lebih daripada sebulan.. Abah major strok dengan 3/4 pendarahan dalam otak.. Sekarang abah masih dalam rawatan fisio dan sekarang Abah dan Umi menetap dirumah saya... Doakan ye Abah cepat sembuh dan mampu uruskan diri dia sendiri..

Dengan abah masa check up bulan Januari hari tu

Anak pula tahun ni dah 2orang bersekolah.. Rizqin dan Ajwad dah sekolah... Ajwad baru 4tahun tapi saya dah sekolahkan dia biarlah dia belajar berkawan dan bermain.. Alhamdulillah minggu ke tiga ke sekolah dah ada perkembangan yang positif ada pada dia... Cuma, bila waktu pagi tu susah sikit nak pujuk ke sekolah dan mandikan dia.. Takpelah perlahan-lahan nanti dia akan biasakan diri dia yang penting tiap kali balik sekolah dia seronok dan nak datang sekolah lagi

Hari pertama sekolah Ajwad

Anak dara saya pula sudah berumur 3tahun. Kejap je rasa dah besar anak dara saya. Ruwayda nama diberi. Satu-satunya anak perempuan saya dan sangat lasak mengalahkan abang-abangnya.. Sangat berani dan suka memanjat tak padan dengan badan kecil.. Tapi saya suka sebab badannya kecil, suaranya lembut, tapi dia sangat-sangat aktif... Mulanya saya agak risaukan dia sebab dia dilahirkan sangat kecil dan pembesaran dia tak ikut dengan ukuran pembesaran ikut umur tapi bila misi tengok tingkah laku dia misi kata dia normal cuma pembesaran fizikal je lambat sikit.. Takpelah janji anak umi sihatkan...

Anak bongsu saya baru berusia 6bulan.. Anak yang paling membesar dengan berjaya.. Abam sado orang kata... Baru mula makanan pejal dan sangat suka makan dan minum susu... Alhamdulillah dia ok tapi kakak dia lah suka mengacau dia... Sekarang sedang selsema bergilir-gilir dengan kakak dan abang... 

Sekian pengenalan hari ni.. Doakan kami semua sihat dan saya doakan anda semua sihat walafiat.. Kalau tengah tak sihat makanlah ubat ye... 

Wassalam dan babai 😊

28 January 2019

Lazz Susu Kambing Edisi Omar Hana

Ruwayda adalah anak yang sangat aktif, tak reti duduk diam dan masa umur setahun lebih dia sudah bercerai susu, macam tahu-tahu je yang dia akan dapat adik. Masa dia bercerai susu saya bagi susu yang abang dia minum dan dia terima susu fm tu tanpa banyak ragam dan masalah. Sebelum ni ada la saya cuba beberapa produk susu lain untuk dia tapi dia tolak dan tak mahu minum susu tu.. Susu tu dia cuma minum seteguk je terus dia kata tak sedap dan dia sanggup tak minum susu tu sampai saya ambil dia dari rumah pengasuh. Ruwayda juga mempunyai masalah berat badan dan tidak cukup ketinggian dan selalu kena pergi ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan berat badan dan ketinggian. Berat badan dan ketinggiannya tidak sesuai dengan umurnya.


Jom tengok dulu video keletah anak dara saya ni..
Kemain lagi.. minum air pun nak saya suap.. layankan je lah... 

Tapi dengan adanya Lazz Susu Kambing Edisi Omar Hana telah menarik perhatian Ruwayda kerana adanya Omar Hana membuatkan dia teruja untuk merasai susu tersebut. Lazz sampai je dekat tangan saya, anak-anak terus cakap "Umi nak la susu ni... Susu Omar Hana..", "Cepatlah Umi buatkan susu Omar Hana"... Saya pula jadi tak sabar nak sampai rumah dan buatkan susu Lazz.

Tengoklah betapa khusyuknya dia dengan Omar dan Hana.
Panggil pun tak layan

Ini semasa baru dapat Susu Lazz.
Dia dok belek kertas ni sambil sebut Omar Hana.

Ini semasa saya ajak dia bergambar dengan Susu Lazz

Cadangan sukatan bagi Susu Lazz 


Antara kebaikan Susu Lazz adalah:

1. Tubuh anak-anak mudah menyerap khasiat serta mudah dihadam dan mampu mengelakkan anak daripada sembelit.

2. Ia boleh meningkatkan Imunisasi anak-anak

3. Susu Lazz mempunyai rasa yang sedap, mudah larut, dan mempunyai perisa yang digemari anak-anak antaranya perisa Asli, Kurma dan Coklat.

4. Susu kambing mengandungi rendah laktose dan gula dari susu kambing yang sangat bagus untuk anak-anak.

5. Susu Lazz mengandungi tinggi khasiat terutama Vitamin B Kompleks dan Zinc yang membantu tingkatkan selera anak.

6. Susu Lazz juga sesuai untuk anak-anak yang mempunyai masalah ekzema.

7. Anak-anak yang berusia 1 tahun ke atas dan juga untuk seisi keluarga. Bagi wanita yang sedang hamil juga bagus mengamalkannya bagi mengelakkan anak terkena demam kuning.

Ruwayda sangat sukakan susu Lazz malah dia boleh minum susu Lazz menggunakan cawan dan boleh juga menggunakan botol susu. Biasa dia cuma minum susu dengan botol susu je tau... Terdapat kebaikan yang diperlukan untuk Ruwayda dan saya berharap agar Ruwayda sentiasa sihat serta bertenaga serta mindanya mempunyai lebih banyak sel yang berhubung.

Marilah bertukar kepada Lazz Susu Kambing dan anda boleh membuat tempahan secara online dan cuma klik sahaja talian yang tertera di bawah:

Tel atau Whatapps di 0182777290
Web: LAZZ Susu Kambing
Instagram : LAZZSusuKambingHQ