Assalamualaikum....
Sebelum balik saya nak bagitahu saya tersenarai untuk ambil peperiksaan EDAM - Executive Diploma Airport Management... 30 tertinggi saja yang terpilih...*mungkin kot*.... Doakan saya ye... Exam dah di tunda ke 11-June-2012.....
Tu je.. Sambil tunggu husband balk dari Eng. Complex...
Wassalam
Tata
30 May 2012
Hukum Jual Beli Lelong di Ebay & Swoopo
Ambil Petikan Dari Ustaz Zaharuddin punya website.... So kawan-kawan hati-hati k...
Hukum Jual Beli Lelong di Ebay & Swoopo
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Jual beli secara lelong dikenali dalam Islam dengan nama "al-Muzayadah",
iaitu satu kalimah yang memberi erti dari sudut bahasanya "saling naik
menaik" dalam konteks jual beli lelong ini ‘kesemua pihak (bakal-bakal
pembeli) cuba menawarkan harga yang lebih mahal kepada penjual, sesiapa
yang menawarkan harga tertinggi, mereka akan dikira sebagai pemenang.
Apabila
tukang lelong atau wakilnya menghentikan lelongan, beerti penjual telah
redha dengan satu harga tertinggi dan ini menyebabkan kontrak jual beli
yang mengandungi ‘ijab dan qabul termeterai secara automatik di antara kedua belah pihak. Jual beli ini adalah halal disisi Islam dengan syarat-syaratnya.
Antara asas kepada keharusan lelongan ini adalah hadis :-
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَاعَ حِلْسًا ) بساط
للأرض أو كساء لظهر الدابة ) وَقَدَحًا وَقَالَ مَنْ يَشْتَرِي هَذَا
الْحِلْسَ وَالْقَدَحَ فَقَالَ رَجُلٌ أَخَذْتُهُمَا بِدِرْهَمٍ فَقَالَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَزِيدُ عَلَى دِرْهَمٍ
مَنْ يَزِيدُ عَلَى دِرْهَمٍ فَأَعْطَاهُ رَجُلٌ دِرْهَمَيْنِ
فَبَاعَهُمَا مِنْه
Erti
: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menjual hilsan (hamparan seperti
permaidani atau selimut di belakang binatang kenderaan) , lalu bersabda :
Adakah sesiapa ingin membeli hamparan ini , lalu berkata seorang lelaki
: Aku setuju untuk mengambilnya dengan harga
satu dirham, lalu baginda Nabi s.a.w bersabda lagi : ada sesiapa ingin
membayar lebih dari satu dirham, lalu seorang lelaki setuju dan membayar
dua dirham, lalu Nabi s.a.w menjualnya kepada lelaki itu. ( Riwayat
At-Tirmidzi, no 1139, At-Tirmidzi : Hadis Hasan) [1]
Hukum
jualan ini juga telah terdapat ijma berkenaan keharusannya, sebagaimana
di sebutkan oleh para ulama mazhab Hanbali, Manakala mazhab Syafie
mensyaratkan ia mestilah tidak berniat memberi mudarat kepada sesiapa
dan benar-benar ingin membeli, jika tidak dikira sebagai an-Najash yang
haram [2]
Majlis Fiqh Antarabangsa yang bernaung di bawah Al-Munazzamah Al-Muktamar Al-Islami
telah pun mengeluarkan resolusi keharusan jual beli lelong dengan
syarat-syaratnya, antara yang disebut dalam resolusinya adalah :-
•a- Setiap
proses selanjutnya (setelah menang) seperti catatan secara bertulis,
syarat-syarat pembayaran, pentadbiran dan undang-undang mestilah tidak
bercanggah dengan hukum Syariah.
•b- Penganjur
atau penjual dibenarkan meminta jaminan daripada mereka yang turut
serta dalam majlis lelongan bagi memastikan semua mereka adalah pembeli
berpotensi yang sebenar dan komit dengan pembelian sekiranya menang.
•c- Dibenarkan
penganjur lelongan mengambil caj masuk atau penyertaan dengan SYARAT Ia
tidak melebihi nilai sebenarnya. (bermakna ia mestilah nilai minima dan
pihak penganjur tidak akan mengambil keutungan darinya tetapi sekadar
urusan pentadbiran sahaja).
•d- Diharamkan pihak penjual atau penganjur melakukan bidaan-bidaan palsu agar harga lelongan naik. Ia dinamakan An-Najash yang diharamakan secara jelas oleh Nabi s.a.w. Antara bentuk lain bagi An-Najash
adalah orang yang tidak membeli mempromosikan barang yang dijual dengan
pujian berkenaan kualitinya berdasarkan kepakarannya, ia dilakukan bagi
mendorong peserta majlis lelong menaikkan lagi harga. Sedangkan apa
yang dikatakan adalah dirancang dengan pihak penjual.
•e- Penjual dan rakan mereka menipu harga pasaran, kononnya jualan sedang berada di tahap yang sangat murah.
•f- Penjual
mempromosikan kualiti tinggi barangan yang boleh dibaca, dengar dan
lihat bagi menaikkan harga sedangkan hakikatnya tidak sedemikian.
Hukum Lelong di E-BAY
Setelah
menerangkan serba ringkas asas dan panduan bagi jual dan belian lelong
di atas, hasil pengamatan dan percubaan saya melakukan pembelian di
e-bay, saya dapati hukum pembelian melalui ebay adalah HARUS selagi mana
barang yang dibeli BUKAN emas, perak dan matawang semasa yang diguna
pakai (bukan yang antik tanpa nilai).
Pembelian
ketiga-tiga item tadi diwajibkan untuk serah dan terima secara semerta,
namun barangan yang dibeli biasanya akan dihantar lewat disebabkan
proses-prosesnya, namun demikian terdapat fatwa lebih ringan yang
mengizinkan kelewatan selama tempoh 3 hari dari tempoh pembelian. Ia
adalah pandangan mazhab Maliki, ia berdasarkan kaedah fiqh yang popular
iaitu :-
ما قارب الشيء يعطي حكمه
Ertinya : Apa-apa yang hampir dengan sesuatu maka akan mengambil hukum sesuatu itu[3]
Kesimpulan berkenaan hukum membeli melalui ebay adalah :-
•1) Dibenarkan atau harus untuk MEMBELI di web e-bay.
Kecuali pembelian tiga item tadi mestilah dengan menjaga syarat yang
telah disebut di atas. Pandangan lebih selamat agar menjauhi pembelian
emas, perak dan matawang melalui ebay, berpegang kepada fatwa majoriti
ulama silam dan kontemporari.
•2) Dibenarkan atau harus untuk MENJUAL di web ebay.
Namun demikian komisyen yang diambil oleh paypal dan ebay dari pembeli
adalah harus atas hujah ia adalah caj servis atau wakil atas sesuatu
kerja. Namun demikian caj tersebut MESTILAH DILKETAHUI CARA KIRAAN dan
jumlahnya dari awal penjualan dibuat.
Menerima
bayaran dari pembeli yang menggunakan kad kredit konvensional adalah
HARUS kerana ia di luarkuasa dan tanggungjawab penjual.
•3) Pembayaran melalui kad kredit konvensional adalah haram,
walaupun pembeli membayar harga ‘on time' kepada pengeluar kad, ia
adalah kerana setiap pembeliannya akan memberikan komisyen kepada
pengeluar kad kredit riba, ia akan dikira membantu perkembangan industri
kad kredit riba secara langsung.
•4) PayPal ; Pembayaran
melalui pay pal adalah mengikuti hukum kad yang disandarkan kepada
paypal, iaitu kad kredit, debit atau charge card yang digunakan. Jika ia
adalah kad yang dikeluarkan secara konvensional, justeru pembayaran
melalui pay pal turut haram.
•5) Tempoh Serah : Mestilah diketahui tempoh hantaran barang akan dibuat dan anggaran tarikh ia akan sampai ke tangan pembeli.
•6) Jaminan : Mestilah diketahui atau boleh dihubungi penjual sekiranya barang masih tidak sampai melepasi tempoh yang dijanjikan.
•7) Jaminan atas kerosakan atau aib ;
Satu fakta tambahan yang menjadikan ebay semakin selamat adalah ganti
rugi dari pihak ebay. Menurut mereka yang kerap berurusan dengan ebay,
pihak ebay turut menyediakan peruntukan ganti rugi bagi sesiapa yang
menghadapi penipuan melalui transaksi jual beli di ebay. Rakan saya di
Swansea, UK pernah menerima ganti rugi beberapa ratus £ apabila
television yang dibelinya melalui ebay mempunyai kerosakan yang tidak
dinyatakan dengan jelas oleh penjual dalam spesifikasi jualan.
Tindakan dan peruntukan ganti rugi ebay seperti ini menjadikan unsur gharar menjadi mengecil dan jatuh dalam kategori gharar yasir yang dimaafkan.
LELONG DI SWOOPO
Saya turut ditanya satu lagi web lelongan yang kian popular iaitu www.swoopo.co.uk
Setelah
meneliti terma dan syarat penyertaan dalam lelongan swoopo, saya
mendapati lelongan swoopo berbeza dengan ebay, antara terma yang cukup
berbeza dengan ebay adalah :-
3. Bid Purchasing for Online Bidding / Payment / FreeBids
Bidding
rights, so-called "bids", must be purchased and paid for by users prior
to online bidding. Bids can be purchased in packages (so-called
"BidPacks") at the currently applicable prices, which can be viewed in
"My Swoopo" under "Buy Online Bids".
Payment can be made by credit/debit card or via payment agents such as PayPal.
Should a payment not be honoured by a user, a returned payment fee will be charged. The user will be responsible for these fees. Swoopo reserves the right to block access to the user's account until payment in full of the invoice amount, including any fees due to returned payment etc., and to withhold any outstanding deliveries until payment is received in full.
Certain bids (e.g. some "FreeBids") are valid only for a limited time. Upon expiration of the time stated, the bids expire and can no longer be placed. Refunds are not available for expired bids.

4. Bidding / Use of the BidButler
Users
can bid in two ways online. Bids can be placed by clicking on the
relevant bid buttons, or can be placed automatically by a BidButler.
Once a bid is placed, it is deducted from the user's bid account.
KESIMPULAN
Jual
dan beli atau bidaan melalui web swoopo adalah HARAM kerana terdapat
unsur judi dan gharar yang cukup besar. Ini kerana setiap peserta perlu
membeli hak untuk bid yang punyai nilai tertentu, dan hanya punyai
beberapa kali peluang bid berdasarkan nilai pakackage bid yang dibeli.
Ia ternayat dengan jelas dalam ayat ini ;-
Bidding rights, so-called "bids", must be purchased and paid for by users prior to online bidding. Bids can be purchased in packages (so-called "BidPacks") at the currently applicable prices,
Dan ini
Each bid costs just 40 pence, available in "BidPacks" of 25, 50, 100, 250 and 500 [4]
Anda
dapat melihat bagaimana satu kali bid fee dan dikenakan adalah 40 pence
( RM 2.00 ), anda dikehendaki membeli bidpack dalam package di atas,
cuba kalikan dan lihat berapakah tunai yang perlu anda bayar untuk
menyertai bidding ini.
Ia jelas dan terang menjadi judi apabila disebut dalam termanya :-
Users
can bid in two ways online. Bids can be placed by clicking on the
relevant bid buttons, or can be placed automatically by a BidButler. Once a bid is placed, it is deducted from the user's bid account. [5]
Tatkala
itu, ia sama seperti judi yang mana pembayaran hak bid dijadikan
sebagai wang taruhan, dan barang yang dijual dijadikan seperti hadiah
kemenangan. Manakala semua pembida yang tewas akan kehilangan wang
bidaannya.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
16 Januari 2009
[1] Hadis ini bagaimanapun dikritik oleh sebahagian pakar yang mengatakannya dhoif, namun dibalas oleh ulama lain bahawa ia mempunyai sandaran-sandaran nas lain (shawahid) sebagai penguat.
[2] Al-Mawsu'ah Al-Fiqhiyah Al-Kuwaitiyah, hlm 220
[3] Al-Ashabh wa an-Nazair, As-Suyuti, hlm 82
[4] http://www.swoopo.co.uk/help.html
[5] http://www.swoopo.co.uk/help.html
---------------------------------------------------------------------------
Yang lebih kurang sama dengan sistem swoopo yang di katakan haram adalah di bahagian bid tu kena bel...sepatutnya tak payah beli bidding atau token...hati-hati ye korang
Wassalam
Resepi : Kek Gula Hangus
Assalamualaikum....Selamat Pagi...
Sambil tunggu nasi lemak sampai atas meja saya ni, saya nak kongsi la resepi yang saya cuba malam tadi... Saya sebenarnya dah lama nak masak kek tapi takut tak jadi.... hahahaha... Sebelum ni pernah try tapi saya buat yang susah terus.. Agaknya tu yang tak menjadi tu kot.... Tapi pakai yg tinggal bancuh pun tak jadi apa kes.... Kes tu dah masuk tong sampah... huhuhuhu
Ok la saya nak kongsi satu resepi... Saya ambil resepi ni dari blog kak hana.. Banyak resepi dalam ni.. Saya dalam proses nak belajar buat kuih.....Meh tengok gambarnya :
RESEPI KEK GULA HANGUS
by: widad.myresipi

gambar ni ambil dalam kereta dah... bekal gi opis....
RESEPI KEK GULA HANGUS
by: widad.myresipi
Bahan-bahan
Cara-cara - 1 cawan gula
- 1 cawan air panas
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan susu pekat
- 2 sk soda bikarbonat- hana ltk 1sk je
- 4 biji telur
- 2 sb mentega
- Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
- Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
- Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
- Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.(hana pukul sampai bbuih je)
- Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
- Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
- Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
- Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
- Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam. - hana bakar suhu 160je.
- Telur takyah pukul kembang sangat.. godeh2 ngan whisk ajer sampai berbuih sudah memadai.
- Jika tepung ada yg bergentel2, tapiskan adunan kemudian terus masuk loyang.
- Hana takde api atas bawah cam u olls... alhamdulillah jd juga sarangnya.
- Jika dipikirkan logik utk membina sarang tuh, perap adunan dalam loyang yg hendak di bakar. *tips dari wanie.
- Setengah resepi tak perlu perap lama menjadi juga sarangnya. leh tgk SINI.
- sekian, wallahua`lam... sekadar berkongsi.. maybe lain org lain ragam dan hasilnyer..
29 May 2012
24 May 2012
SEGMEN NASZ : BLOGLIST NASZ JUN 2012
Assalamualaikum...Selamat Petang Korang
Yeay..Nazs Buat Segment lagi..
jom jon Nazs punya segment ramai-ramai...senang je pun syarat-syarat dia....Ini permintaan dari segment dia :
1. Buat satu entry, copy gambar header saya kat atas dan paste kat entry korang tu. Jangan lupa linkkan ke post ini.
2. Salin tajuk ini, "SEGMEN NASZ : BLOGLIST NASZ JUN 2012"
3. Letakkan link blog saya ini kat bloglist korang. (http://www.mohdnaser.com). Kalau sudi.
4. Publishkan entry korang dan letakkan link kat ruang kat bawah ye?
Itu saja. Korang nak follow saya atau tidak, itu terpulanglah kepada korang.
Segmen ini saya buka sehingga 26hb Mei 2012 jam 11.00 malam.

p/s: teringin nak buat segment gak....hahahahaha
Wassalam....
22 May 2012
Cantiknya......
Assalamualaikum...Selamat Pagi....
Tadi saya tengok milkAdeal....Wah cantik betul pouch untuk handphone..dia siap ada card holder dengan tempat letak duit...best doh.....
Meh tengok bawah
Yang ni pulak saya tertarik sebab dia untuk peti ais kat rumah saya tu....fungsinya baca sini
Lagi satu yang saya tertarik yang ni
Nak juga...jom la beli dekat sini.....Gaji hari Jumaat ni kan...jom la...hehehehehe

Comel je kan
Nak juga...jom la beli dekat sini.....Gaji hari Jumaat ni kan...jom la...hehehehehe
Wassalam
21 May 2012
Resipi : Nasi Goreng Kampung
Assalamualaikum.....Selamat Pagi....
Ok resipi kali ni nasi goreng pulak...godeh-godeh peti jumpa kangkung...apa lagi terus on buat nasi goreng kampung.....masak semalam...Ayam Singgang saya masak dua hari lepas...
Bahan-Bahan :
Nasi
3 biji Cili Padi *
1 ketul Ayam potong dadu *
2 ulas Bawang Merah *
2 ulas Bawang Putih *
1 biji Telur
Segenggam Ikan Bilis
Kangkung secukupnya (Semalam ada separuh ikat je)
Garam secukup rasa
Cara-caranya :
1 - Tumbuk bahan bertanda * sampai lumat
2 - Panaskan minyak goreng ikan bilis dulu ye.... pastu baki minyak goreng ikan bilis tadi buang tinggalkan sikit je...
3 - Tumiskan bahan yang ditumbuk.... dah garing masukkan ayam kacau sampai ayam tu masak
4 - Dah masak ayam tu ketepikan sikit ayam tadi masukkan telur dan kacau hancur.....
5 - Masukkan kangkung dan garam secukup rasa....garam ni kena pandai agak ye.....
6 - Masukkan nasi dan gaul sampai rata.....masukkan kan bilis goreng sama ye.....
7 - Siap untuk dimakan
Cuba la rasa...kalau buat tak masin pun takpe sebab bila makan dengan ikan bilis tu dia cover balik nasi yang kurang masin tu....
Selamat mencuba...

gambar nasi siap di goreng.....

Resipi : Ayam Singgang
Assalamualaikum....Selamat Tengahari
Lama tak kongsi resipikan.... Hari ni saya nak kongsi resipi orang Kelantan.. Orang Kelantan ni suka makan yang masam-masam, berkuah, manis (saya kureng)... Berlemak santan tu semua orang suka kan.....hehehe... jom try Ayam Singgang saya ni....
Bahan-Bahannya :
8 ketul Ayam
3 Cili Kering - nak pedas letak la dalam 5 ke kan
3 ulas Bawang Merah
2 ulas kecil Bawang Putih
4-5 Asam Keping
Halia - ikut suka la besar mana...agak-agak la ye
Air secukupnya
Garam - agak-agak masin
Gula - sikit je ye
Cara-caranya :
1 - tumbuk semua Cili Kering, Bawang Merah, Bawang Putih dan Halia (Halia potong-potong kecik pun boleh, saya buat dua2)
2 - bahan yang dah di tumbuk tu letak dalam periuk bersama air, ayam dan asam keping
3 - tunggu bahan-bahan ni empuk, letak garam dan gula....
4 - rasa, kalau kurang masam letak la lagi sekeping dan tunggu asam tu kuarkan rasa masam dan rasa... puas hati dengan rasa leh la tutup api...
pergh...rasa dia pedas masam masin manis.....
cuba la ye...
Wassalam..

ni baru je letak dalam kuali....so nampak le ayam yang tak masak lagi...
kuikuikui...nape dalam kuali? senang nak amik gambar.....
Bahan-Bahannya :
8 ketul Ayam
3 Cili Kering - nak pedas letak la dalam 5 ke kan
3 ulas Bawang Merah
2 ulas kecil Bawang Putih
4-5 Asam Keping
Halia - ikut suka la besar mana...agak-agak la ye
Air secukupnya
Garam - agak-agak masin
Gula - sikit je ye
Cara-caranya :
1 - tumbuk semua Cili Kering, Bawang Merah, Bawang Putih dan Halia (Halia potong-potong kecik pun boleh, saya buat dua2)
2 - bahan yang dah di tumbuk tu letak dalam periuk bersama air, ayam dan asam keping
3 - tunggu bahan-bahan ni empuk, letak garam dan gula....
4 - rasa, kalau kurang masam letak la lagi sekeping dan tunggu asam tu kuarkan rasa masam dan rasa... puas hati dengan rasa leh la tutup api...
pergh...rasa dia pedas masam masin manis.....
cuba la ye...
Wassalam..
Kembali Semula - Update Pakcik Koma, Saya yang Demam Campak dan Rizqin Semput
Assalamualaikum....Selamat Pagi....
Saya update blog ni...Korang sihat? Banyak yang saya nak bagitahu... Saya susunkan dulu la ye yang mana satu saya nak cerita :
1 - Keadaan Pakcik saya masa saya melawat dan selepas saya melawat
2 - Keadaan saya yang menyepikan diri selama seminggu ni
3 - Keadaan anak saya yang saya sepikan selama seminggu juga
Cerita Pertama :
Keadaan pakcik saya (belah abah) masa saya pergi melawat... Alhamdulillah saya selamat sampai Kelantan jam 11.30pm hari Jumaat (11/05/12) dan sampai je saya kerjakan bilik pakcik saya (belah mak)... Dah bersawang-sawang dan berhabuk dah biliknya... Nampak sangat lama dah tak balik rumah opah pakcik saya tu... Tak pun bilik dia tu untuk solat or tukar baju je... So sampai je saya kemas bilik dia dulu... Sapu, bentang tilam, pasang cadar apa semua... Tetiba bila dapat kipas, tengok je kipas berhabuk jugak... Mula-mula tu malas nak bersihkan kipas bila fikir balik Rizqin ada semput tak boleh berhabuk maka saya dengan susah payah sapu habuk kat kipas tu pulak.. Saya tak pasti pukul berapa saya tidur yang pasti lepas kemas semua saya dah rasa tak sedap badan lak... Hidung saya rasa keras semacam.... Saya agak saya hidu habuk-habuk kot tu yang jadi macam tu...
Esok pagi saya dikejutkan satu berita.... Toksu saya meninggal pagi Sabtu tu...Jadi sementara tunggu Rizqin bangun tidur saya siap-siap dulu.. Baju kurung saya memang tak bawa pun.. Jadi cari baju kurung umi dalam almari dan sarung je.... Pergi ziarah kematian terus ke Kota Bharu... Kota Bharu kan sibuk jadi kami gerak awal... Sekali sampai tak sibuk pun jalannya.. Dah tersampai awal kami pergi ke Pasar Besar Siti Khadijah. Saja je jalan-jalan sementara nak tunggu waktu melawat....
Bila waktu melawat saya tengok Pakcik saya yang tengah koma... Keadaan dah makin pulih.. Tengok keadaan dia saya rasa sedih sangat-sangat.. Airmata ni jatuh macam tak nak berhenti.. Walaupun saya tahu kondisinya semakin bagus tapi dia masih tak sedar.. Masa saya ada tu saya tengok dia bergerak-gerak.. Dia cuba lawan penyakit dia... Oh ya saya ada bagitahu tak sebab apa dia koma? Saya bagitahu lagi sekali la, sebab ada jangkitan kencing tikus dan sebelum koma dia kena sawan sebab demam panas.... Bila nampak dia berusaha bergerak lagi saya tersentuh.. Kuatnya pakcik saya lawan penyakit dia... Dalam hati saya tak putus-putus doa supaya dia sembuh.....
Alhamdulillah 5hari lepas dia dah sedar.. Mula-mula dia buka mata saja dan tak boleh bercakap.... Bila anak-anak dia jumpa dia, pakcik saya tu genggam erat tangan anak-anak dia... Anak ramai 7/8orang anaknya.... Paling kecik sekolah rendah..... Sekarang dah boleh bercakap tapi masih lagi dalam pemantauan sebab organ dalaman lebih-lebih lagi buah pinggang yang perlu dicuci dalam 2-3hari sekali.....Sekarang pakcik saya dalam wad biasa dah... Syukur sangat-sangat....
Cerita Kedua :
Cerita ni pasal saya pula. Hari Ahad (13/05/2012) saya on the way balik dari Kelantan ke Sepang saya perasan tangan saya penuh bintik-bintik... Saya ingat alergik sebab kena habuk so saya buat tak tahu je la.... Lepas tu dah sampai Gua Musang rasanya saya rasa badan saya panas sangat... Muka saya pijar betul rasa macam ada orang letak cili kat muka saya ni... panas betul muka saya masa tu... Paling teruk bila ambil air sembahyang semakin berpijar-pijar muka saya... saya jadi tak selesa...saya cakap ngan suami saya sampai je rumah nanti terus gi klinik...dah tak tahan dah nak tanggung sakit.....
Bila sampai klinik dekat dengan rumah dalam pukul 4lebih macam tu.... Doktor cakap elergik... Kena la cucuk... Nak tahu doktor tu tak cek darah apa semua.... Macam bangang je doktor tu... Tengok je tangan cakap elergik nih.... Suami saya tak puas hati sebab tengok badan saya makin teruk... dan bintik-bintik tu tumbuh kat badan pula..... Lepas Maghrib saya dan suami pergi Nilai, tapi klinik dah tutup so patah balik pergi Bandar Baru Salak Tinggi, Doktor tu cakap mungkin Rubella, tapi doktor takde ubat untuk Rubella tu...
Jadi hari Isnin saya ke Klinik Kesihatan, lama betul tunggu baru dia panggil saya bagi nombor, lepas tu nak tunggu doktor panggil pulak... saya dah tak senang duduk time tu..tak tahan badan.... bila cek suhu saya dah 39++ lepas tu 2kali ambil ujian darah......Balik rumah kena nterview dengan klinik tanya sejarah ada pergi tempat-tempat terbuka ke tidak, ada family yang demam ke tidak.... Rupanya diaorang nak banteras campak....
Sekarang dah ok cuma bekas bintik-bintik masih terasa.. Syukur sangat-sangat sebab dah sembuh....
Cerita Ketiga :
Cerita ni pasal anak kesayangan saya kena semput... Masa tu badan saya tengah bisa-bisa..time ni sape-sape pun tak leh tepuk-tepuk saya, nak garu pun tak boleh... kulit pedih sangat-sangat.... Disebabkan Rizqn semput saya kena juga jaga... kalau dengan pengasuh takut tak terkejar nak jaga baby + Rizqin... ada baby kecik dengan pengasuh agak susah sikit la bagi pengasuh... dah memang practice saya kalau Rizqin semput saya akan cuti jaga dia... Dan hari pertama dia semput sangat teruk... nafas dia turun naik secara kasar, bunyi nafas sangat kuat... saya call husband suruh balik cepat, Rizqin makin teruk semputnya... Jadi husband sampai lewat juga la dalam 4.30ptg... Takde orang nak ganti tempat dia jadi dia siapkan kerja secepat mungkin dan pukul 4.00ptg dia call kata dah otw nak balik rumah... Sampai je husband saya tu kami terus ke PKNS, Bangi pergi Perubatan Homeopathy Hasan... Ustaz Hasan bagi Rizqin ubat untuk dimakan 2biji 1/2jam.....Maknanya setiap setengah jam ubat akan masuk dalam mulut Rizqin.. Alhamdulillah malam tu Rizqin ok sikit walaupun nafas dia masih kasar tapi tak sekasar masa dia tengah teruk... dan esok ptg dia dah tak semput...cuma batuk+selsema sahaja...tido pun dah lena tak macam sebelum ni merengek je....
Saya sangat sarankan korang guna Homeopathy dari ubat hospital....sebabnya dia tak guna bahan kimia....dia semulajadi ubat pun manis buah....cuma proses penyembuhan keseuruhan la lambat sikit.. kena tawakal dan istiqamah...kalau sejam 1biji ubat kena buat reminder dalam tepun.... saya pun sekarang tengah makan ubat tu untuk pulihkan tenaga dalaman saya..takde makan jamu ke apa.... tunjuk je tangan dia terus tahu masalah kita... banyak pengalaman dengan hospital n klinik swasta tak bagus le.... tanya sakit apa... pastu wat kesimpulan sendiri, tak cek detail dan sebagainya....
k la korang...panjang lebar dah ni.....hahaha
eh jap...kalau nak no tepun homeopathy tu just komen je ok....nnti saya bagikan....
tata

Ini lah Pasar Besarnya...
Gambar pakcik saya takde ye....Saya tak nak korang sedih tengok kondisi pakcik saya....

tengok tangan saya yang penuh dengan bintik-bintik halus...bisa ni tau..
nak garu pun tak boleh.......

yang nampak kerusi tu la kliniknya...
ini dah bagi ubat pertama kat dia...
nak naik menda ni je kerjanya...
Saya sangat sarankan korang guna Homeopathy dari ubat hospital....sebabnya dia tak guna bahan kimia....dia semulajadi ubat pun manis buah....cuma proses penyembuhan keseuruhan la lambat sikit.. kena tawakal dan istiqamah...kalau sejam 1biji ubat kena buat reminder dalam tepun.... saya pun sekarang tengah makan ubat tu untuk pulihkan tenaga dalaman saya..takde makan jamu ke apa.... tunjuk je tangan dia terus tahu masalah kita... banyak pengalaman dengan hospital n klinik swasta tak bagus le.... tanya sakit apa... pastu wat kesimpulan sendiri, tak cek detail dan sebagainya....
k la korang...panjang lebar dah ni.....hahaha
eh jap...kalau nak no tepun homeopathy tu just komen je ok....nnti saya bagikan....
tata
Wassalam
08 May 2012
Lamanya......
Assalamualaikum....Selamat Pagi..
Saya tak lama tulis-tulis ni sebab saya tak sihat.. kepala berdenyut-denyut... bukan hari ni ye berdenyut-denyut dah banyak hari dari malam Jumaat... Saya rasa macam bukan orang yang normal bila badan tengah berpeluh dan hilang je peluh badan saya sejuk yang amat... suami pelik juga sebab kejap dia tala tangan dia ke kepala saya sejuk je... bila time saya tengah sejuk sangat-sangat badan saya kemain panasnya..... hmm.... sebenarnya hari Rabu lepas saya dah pergi klinik.. tekanan darah saya 100/60 doktor cakap normal tapi rendah... kira ok la.. lepas tu dah malas nak cek... Kebetulan semalam saya cuti sebab pengasuh Rizqin maknya baru meninggal jadi mintak cuti hari Isnin.. tunggu tahlil habis untuk 3malam.. takpe la... jadi alang-alang bercuti tu saya pergi buat rawatan Homeopathy.. kata ustaz ada masalah saraf....jadi ambil ubat untuk anak sekali RM48...
Ok...cerita hari ni saya dapat berita yang mengejutkan dan nak pembaca-pembaca doakan sekali.... Pakcik saya koma....dia demam panas dan kena sawan... dan sekarang koma di hospital... Hantar kat Machang tapi pergi ke Kota Bharu... Mak ayah saya dah nak bertolak balik kampung rasanya... nak mintak korang doakan pakcik saya cepat sembuh dan doakan semoga perjalanan mak ayah saya kesana berjalan dengan lancar ye...
Terima Kasih....

Subscribe to:
Posts (Atom)