30 April 2014

Engagement Duty KLIA 2

Assalamualaikum...

Bulan May ada extra work kena buat... Bagi melancarkan lagi proses KLIA 2... Ye la baru bukakan KLIA 2 jadi kami sebagai warga kerja KLIA ini adalah sebahagian tanda sokongan kami... Kalau duty ni tak kena waktu bekerja kena la bekerja office hour....

Kejap lagi nak pergi dengar briefing Engagement Duty dan pergi Tour KLIA pukul 12.00 tengahari ni... Apa-apa saya update ye... Mana tahu boleh jumpa blogger kat sana nanti... hikhkhikhik

------------------------------------------------

Dah tahu jadual bertugas... Siap dapat tudung korporat Oren dan nanti akan dapat T-shirt warna biru... Sangat la kontra warna disitu..... Mungkin juga saya akan minta pelepasan sikit sebab ada clash shift dengan husband.... Sabtu Ahad pun kena kerja tau...

Tadi berjalan dalam KLIA 2 letihnya... Check point yang saya dapat antara check point yang akhir dah... Ada 21 check point saya check point yang ke 19 iaitu di International Arrival...

Gambar In sya ALLAH masa tengah bertugas nanti... 2May saya dah start kerja dah ni.... Risaunya... Risau kat Rizqin.... Kurang kasih sayang nanti......

Ok la tu je la.... In sya ALLAH kalau ada pape nanti saya update ye... Happy Labor Day korang... Esok pun adalah 1 Rejab kan... Maafkan salah silap saya ye.... Dah boleh start puasa sunat ni... Banyak pahalanya....

Wassalam

28 April 2014

CPUV 3 - Libresse Long Term Phase.....

Assalamualaikum...

Hari ini adalah hari yang sangat meletihkan sebab semalam baru balik dari Kelantan.... Bestnya dapat balik kampung... Makan makanan kampung... Walaupun sekejap je tapi rasa bermakna sangat-sangat....

Balik ke sana nak menengok rumah Umi dan Abah tengah buat... Dah start naik tiang dah... Dan Alhamdulillah kawasan tu tak payah redah banjir kalau ada musim "bah".... Seronok pula rasanya bila lepas ni dah ada rumah kampung sendiri... Rumah Umi & Abah.... Tempat yang paling selesa sekali untuk melepak....hahahaha.... Balik kesana juga beli cincin tunang untuk bakal tunang adik lelaki bongsu.... Cincin merisik untuk bakal tunang adik lelaki no 2 belum beli lagi... Adik lelaki tengah saya ni tak nak tunang-tunang dah so kita pergi merisik je.... InsyaALLAH weekend ni pula mencari cincin risik... Tahun ni agak sibuk nak uruskan 2adik lelaki....huhuhu... InsyaALLAH nanti saya akan update segala majlis diaorang tu.....

Ok memandangkan sudah melalut mari la kita ke tajuk asalnya....

Alhamdulillah Nuffnang bagi CPUV yang ke 3 untuk bulan April ni.... Terima Kasih Nuffnang bagi peluang dekat blog saya yang tak seberapa ni....hikhikhik.....


http://livelibresse.com.my/shineon/confidence.php?utm_source=nom_nom&utm_medium=banner_728x90&utm_content=post_contest&utm_campaign=hello_confidence


http://livelibresse.com.my/shineon/confidence.php?utm_source=nom_nom&utm_medium=banner_728x90&utm_content=post_contest&utm_campaign=hello_confidence

http://livelibresse.com.my/shineon/confidence.php?utm_source=nom_nom&utm_medium=banner_728x90&utm_content=post_contest&utm_campaign=hello_confidence


Happy..... Tq Nuffnang Tq Libresse Tq YES Tq Colgate....

Wassalam

23 April 2014

Car Boot Sale Taman Ixora

Assalamualaikum....

Apa khabar? Sekarang ni belajar mengira kalori.... Kalau boleh tak nak lebih 1000kalori dalam 1hari.... Semalam dengan kelmarin dah terlajak... Lebih 100-200kalori...Takpe la baru nak mulakan... Tapi sangat jenuh sebab kena tulis kita makan apa tiap kali lepas makan dan kira kalori... Bila dah asyik kena kira rasa jenuh lak.... Tapi yang bestnya kita boleh limitkan kita makan sampai takat mana... Kalau dah over target leh stop makan tapi kena la cover dengan buah atau yogurt kan... Hari ni waktu pagi dah gila punya heavy... Pagi tadi makan Kuah Lontong dengan sayurnya, Blueberry cheese cake dan carbonara (ni ambil sikit sangat) tu pun dah 660kalori tau.... Tengahari ni makan karipap 2ketul dah jadi 916kalori so kita stop makan... Malam nanti ambil epal je atau yogurt...huhuhuhu

Saya ada join Car Boot Sale... Ada lagi kosong... Kalau ada siapa-siapa nak join just call je no phone yang akan saya bagi nanti...

Ada 4 lagi yang kosong....

Persatuan Penduduk Taman Ixora akan menganjurkan aktiviti Car Boot Sale di Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 1 Mei 2014 (Khamis)
Masa : 7.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
Tempat : Jalan Laluan Masuk (2) Taman Ixora

Semua penduduk Taman Ixora dijemput menyertai aktiviti Car Boot Sales ini. Bawa bersama seisi keluarga memeriahkan aktiviti ini.

Sedikit bayaran akan dikenakan kepada peniaga iaitu RM10 untuk ahli PPTI dan RM15 bukan ahli PPTI. Borang pendaftaran Ahli PPTI disediakan, peserta berminat boleh mendaftar menjadi ahli dan secara automatik bayaran yang dikenakan hanya RM10 sahaja. Penyertaan adalah terhad kepada 50 peserta/ tapak/ kereta sahaja.

Barangan yang boleh diniagakan adalah barangan terpakai, barangan kering, pakaian dan selainnya. Menjual makanan, minuman dan barangan basah tidak dibenarkan sama sekali.

Pendaftaran boleh dibuat kepada Puan Raja Saadiah (0111-12313372) atau Puan Noor Ashiken (019-2924456). 
 
Tu je untuk hari ni

Wassalam

22 April 2014

Apabila Semput Berleluasa

Assalamualaikum.....

Hari Sabtu lepas -19/04/2014- saya pergi ke Klinik Homeopathy Hasan sebab semput saya makin teruk dan pernah sampai tak boleh nak tarik nafas... Benda tu jadi dekat office dan saya malas nak terkejar-kejar pergi klinik ambil nap.... So minum air panas secukup rasa, tengahari hilang la semput.... Malam datang balik... Hampir setiap hari kena... Kebetulan hari Sabtu hari tu Rizqin selsema dengan batuk jadi saya pergi la kesana untuk rawatan... Rizqin tak makan ye ubat klinik sebab tiap kali makan ubat klinik dia akan muntah dengan makanan semua sekali pastu lembik.....

 Ini ubat untuk saya...
Oh ye bagitahu je awak sakit apa terus Doktor bagi ubatnya untuk semua jenis penyakit yang awak bagitahu.... Kalau darah tinggi nanti Doktor suruh awak letak tangan atas meja... Terus dia boleh tahu tekanan darah awak...Hb awak...hehehehe
 Tengok apa pantangnya.... Tu awak kena jaga la ye...

Masa daftar awak akan dapat kad ni.....
Kalau baby awak tak sihat boleh la kesini... Ubat klinik baby tak boleh makan lagi...
Ubat homeopathy boleh....

Lokasinya dalam PKNS Bangi tingkat atas sekali..... Dia tutup sebentar waktu solat Zohor dengan Asar.. Setakat ni Rizqin yang ada semput dah kurang dah dengan ubat ni... Dia pernah kena teruk sekali lepas tu takde dah..... Sekarang kalau kena pun sikit-sikit je la...

Ok tu je la setakat ni... Ubat no.1 tak habis lagi... Cepat la sembuh... Tak larat rasanya bila menanggung nafas yang tak lepas, asyik tersangkut-sangkut.....

Wassalam

21 April 2014

Jom Kira Kalori

Assalamualaikum....

Hari ni dok mengira kalori setiap kali makan... Sebenarnya belum pandai sangat nak kira kalori lagi... Saya agak-agak je ni.... Al-maklum la semakin menjadi-jadi berat saya ni....

So apa yang saya makan hari ni...

Sarapan
Nasi Goreng Kosong (Separuh) - 317.50 kalori
Nugget (2Ketul) - 120 kalori
Tempe (belah 8 - amik 2ketul) - 80.08 kalori

Makan Tengahari
Ayam Goreng (seketul) - 255kalori
Bayam masak bening - 25 kalori 1cup

Makan Malam
Saya rancang nak makan
Telur separuh masak 2biji - 136kalori
Epal - 63 kalori


Jumlah Kalori - 996.58kalori
Air 2.5Litter berdasarkan berat sekarang

Setakat hari pertama ni macam ok lagi... Kalau ikutkan yang ini rasa ok sebab dapat makan nasikan... Walaupun tak banyak.... Sepatutnya menu diet asli ialah

Sarapan
Telur separuh masak 2biji - 136 kalori

Makan tengahari
Ayam Goreng Seketul buang kulit - 255 kalori
Sayur - 25 - 35 kalori

Makan Malam
Sup Ayam - 80 kalori
ATAU
Sup Sayur Campur - 45 kalori
ATAU
Daging Burger - 427 kalori

Jumlah kalau makan daging burger - 853 kalori... Boleh tambah makan Buah Epal 63 kalori

Kalau 1 hari kekalkan 1000 kalori kebawah dah cukup cantik pastu amalkan senaman... Saya senaman ringan je (masak, kemas rumah sikit-sikit, lipat kain, basuh tandas) takat jogging belum buat lagi... InsyaALLAH akan buat nanti.... Semangat nak kurus ni...hihihihihihi

Bila dah tahu kira-kira ni kita boleh agak la berapa kalori kita makan sehari.... Janji kerap makan bila kita makan sikit-sikit.... Ini baru 3kali makan... Nanti nak try buat 5kali makan lak... Nanti kita kira kalori

Setakat hari ni berat saya dah cecah 67kg ke atas... Pernah cecah 69kg.....huhuhuhu... So mesti diet la... Kurangkan makan makanan yang tak berkhasiat....

Ok la tu sahaja... Doakan saya kurus ye....hahaha.... InsyaALLAH tak hangat tahi ayam dah ni....

Wassalam....


18 April 2014

Jalan-Jalan 2014 - Labuan (PART 3) Tamat

Assalamualaikum

Entry yang terakhir ni tak banyak la gambar.... Hari ke 3 aktiviti kitaorang dari pagi sampai kepetang.... Meh kita tengok gambar...

Bangun awal pagi pergi beli barang nak buat BBQ...... Ye inilah aktiviti pagi Ahad kami.... Punya la ramai manusia pukul 6.30pagi... Dah macam pukul 8.00 pagi dah....

 Kitaorang beli Sotong, Ketam (dah tak banyak sebab pergi dah lambat), Ikan Ayam
Udang.... Murah betul seafood kat sini... Tapi kalau pergi KK lagi murah....

 My hero masak....muahahaha..

Gambar ni nak jeleskan sedara-mara kat semenanjung...
Tempek kat sini.... Sotong besar-besar.. Puas hati makan...
Ketam, Sosej tak dalam gambar ni....
Kambing tu kami pergi beli malam hari ke 2 kami kat sana...
Malam tu beli kambing, sosej dan barang-barang nak berBBQ

 Budak-budak mandi pantai... Ini kira 1st time bagi Rizqin...
Dulu dia kecik lagi masa dia mandi kat PD...

 Cucu-Cucu saya bersama Rizqin... Tak lama lagi no3 nak keluar pula...

 Rizqin gelap sangat lepas mandi pantai lepas tu dok pedih semacam je
Kulit dah start menggelupas...

Lepas mandi pantai balik rumah, rehat sekejap pastu keluar balik cari kain batik, keronsang, coklat... Dekat Ujana Kewangan pun ada kedai duty free.... Harga kena pandai cari... Ada tempat yang murah ada yang mahal....

Hari ke 4 kami sambung aktiviti membeli belah... Beli lagi kain batik, dengan coklat... Ada yang kawan pesan coklat... Cari la coklat Twixs tu tapi tak jumpa-jumpa sekali pergi Ujana dekat Kedai Supermarket baru ada... Harga duty free juga dekat supermarket tu....

Lepas tu sementara tunggu Suami Mini (anak buah husband) balik makan tengahari kitaorang gatal pergi tengok pameran kereta.... Murahnya kereta kat sana.... Jeles I... Diaorang dah ada 2biji kereta best-best..... hahahaha.... Rasa macam nak beli time-time tu juga....

 Menarik tak harga kereta???
Terasa tak macam nak beli sekarang...
hahahaha... Over ok... Ini je yang sempat snap...
Ini masa dalam flight... Kitaorang dah masuk dalam flight tetiba aircond rosak...
Terpaksa delay dan berpanas didalam kapal terbang...
Pukul 7lebih baru gerak dari Teminal Labuan...

Sampai je kami terus balik rumah... Mula-mula nak singgah rumah Umi tapi tak jadi... Terus balik rumah... Esoknya kerja terus bawa barang-barang untuk diaorang... InsyaALLAH panjang umur akan kesana lagi.... Nak cuti panjang lagi boleh jalan-jalan pergi KK pula dengan diaorang....KK lagi meriah diaorang cakap....

Ok tu je... Habis dah percutian kami 4hari 3malam di Labuan....

p/s: menyesal tak ambil gambar banyak-banyak... Kenangan tu tapi takpe la... Berangan nak beli kamera khas untuk ambil gambar dan tempek dalam blog... Kamera handphone ada limit... Tempat yang tak berapa terang macam lampu samar-samar dan warna lampu oren tu jadi tak cantik gambar.... huhuhuhu....

Babai

Wassalam

17 April 2014

Jalan-Jalan 2014 - Labuan (PART 2)

Assalamualaikum

Ini sambungan dari PART 1 iaitu hari ke 2 kami kat sana... Dua tempat kami pergi waktu pagi iaitu Muzium Chimney dan Bird Park... Lepas tu kitaorang makan tengahari dekat dengan Muzium Labuan... Orang Kedah berniaga.... Ramainya orang Labuan ialah bukan orang tempatan... Ramai orang semenanjung kat sini lagi-lagi orang yang berniaga makanan.... Oh makanan kat situ memang best sebab makanan-makanan semenanjung bukan setakat makanan je yang meriah air pun sama... Macam-macam jenis air ada....

Lepas makan kami masuk dalam Muzium Labuan... Dalam ni banyak patung-patung jadi saya tak ambil gambar... Kiranya dia tunjukkan pakaian orang Brunei bernikah atau pakaian semasa majlis pernikahan... Dari orang Brunei-Melayu, Kadayan, India, Kadazan-Dusun, Sikh, dan Cina... Ada 6 Kategori perkahwinan yang ada dalam Labuan di mana berlaku social-economy dan social-cultural yang ada dalam Labuan ni.... Saya ada ambil 1 je gambar kat sini...

 Replika Rumah Kaum Kadayan
Rizqin dengan Qaisara dok main jual-jual kat sini...

Kemudian kami pergi Muzium Marin... Muzium ni sangat-sangat best sebab suasana kat sana dan ada menyediakan play area untuk kanak-kanak....

 Ayah Rizqin dok mengejar Rizqin...
Qaisara dah lepas masuk kedalam....

 Masuk je terus boleh tengok Ikan Yu...
Sorry gambar kabur dia dok bergerak je kan...

 Diaorang berdua tengah seronok tengok Ikan Yu tu..

 Kusyuk je dia...
Topi tu masa pergi jalan-jalan kat shopping kompleks..
Ada pameran Toyota... Isi nama semua dapat la give tu...

 Ikan Ayam ada kat situ...

 Cantikkan kat batu karang dia....

 Ikan...

 Nemo... Comel sangat...

 Ini rangka Ikan Paus...

 Pandangan dari luar Muzium... Penuh dengan kapal laut...
Kitaorang teruja nak tengok padangan kat luar sana pula....

 Hasil peninggalan cengkerang yang ada di Labuan...
Kat rumah anak buah pun ada... Cantik-cantik...Besar-besar pulak tu cengkerangnya....

 Tengkorak Ikan Paus... Besar sangat...

 Ini Belut ye.... Aktif sangat... Kalau ikutkan dulu anak buah ada pergi dia diam je...
Agaknya tak sihat kot... Ini dah aktif balik... *buat andaian sendiri*
hahahaha

 Ini pemandangan dari luar...
Kalau dari dalam Kapal Terbang kita boleh nampak tengah-tengah laut ada
kawasan perlombongan minyak... Kapal sekeliling area tengah laut tu...

 Cantik suasana kat sini... Macam dekat je dengan daratan tapi sebenarnya dekat kawasan
Kapal Laut tu dah dalam tau....

 Macam dekat je kan

 Kasi can diaorang berlari kat sini... Pastu penat nak air sejuk...
Sabo je la...

Budak tak puas lagi berlari... Time ni tengah panas sangat.... 
Masa tengok Kapal Laut tu la mati-mati saya ingat dah pukul 5.30ptg
rupanya baru 3.30ptg

Last tempat kitaorang pergi petang tu ialah Gerai Sayap Ayam Panggang.... Sebenarnya anak buah berniaga Roti John dengan Burger kat sini, berkongsi kedai dengan Kak Rose... Pendapatan sampingan Kak Rose... Husband dia kontraktor binaan ye... Besar rumahnya.... Kalau pergi Labuan wajib tau korang singgah sini....

 Sedap sangat...
Sambal dia pun best....

Gerai Sayap Ayam Panggang Kak Rose
Ada tertera no phone untuk tempahan...
Sape-sape nak try boleh la jalan-jalan area sini....
Dekat kawasan taman perumahan.... Area Kg. Sg. Keling
Orang-orang Labuan memang best peramah...
Air kelapa kat sini sedap sangat.....*Tetiba*

Habis dah kisah jalan-jalan kami di hari ke 2... Memang penat sangat... Kawasan Memorial Park War II tu saya lalu je masa anak buah beli sarapan dalam Kem Tentera Labuan *ini masa beli sarapan hari ke 3*.... Dua kali lalu kawasan tu sebab sarapan memang kami beli kat sana... Sedekahkan Al-Fatihah bagi yang beragama Islam dan berikan Salam dekat "mereka"....

Malam tak kemana ke? Kami keluar juga cari bahan-bahan untuk hari ke 3 kami.... Nak tahu apa dia??? Tunggu.... Hari esoknya kami memang kena bangun awal...  Next entry sambung hari ke 3 pula...

Babai

Wassalam

16 April 2014

Jalan-Jalan 2014 - Labuan (PART 1)

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah dapat juga buatkan entry ni... Dah lama berkepam.... Percutian kali ni sempena Ulang Tahun Pernikahan kami yang ke-5...

Jom layan gambar...

Hari Pertama : 

Kami bertolak pada 14.03.2014 iaitu Hari Ulangtahun kami. Saya ambil tiket petang dalam 3.30pm sampai sana 5.55pm tapi lajak sampai pukul 6.15pm... Sana dah gelap so sampai je anak buah suami dah tunggu... Terus ke rumah dia, makan malam dan lepak-lepak... Ada la keluar sekejap cari barang sikit....

 Muka budak excited nak naik kapal terbang
'Peace yo' itu yang mulut dia 'O'...hehehehe

 Sengih-sengih je... Pastu minum air sampai basah....
Kena salin baju..

 Sambil dengar zikir...
Dia lena dalam pelukan...

 Dah nak sampai waktu boarding saya gerakkan dia...
Muka baru bangun tidur nak ambil gambar dengan kapal terbang..
Tapi kabur sebab jerebu tengah teruk...

 Aktiviti dia dalam kapal terbang...
Tengok majalah, tengok list makanan & souvenir 

Hari ke Dua :

Takde la bangun awal tapi dalam 6.30pagi macam tu kat sini dah cerah ye.... Saya kebetulan uzur memang syok la bangun lambat sikit... Sebab malam pertama sampai sana saya tak boleh tido sebab peralihan suasana.... Ye la jam baru 3.30 pm dah rasa macam 5.30pm.... huhuhuhu...

Hari ke dua kami pergi Muzium Chimney... Hari ke Dua ni kira jalan-jalan satu Labuan. Satu hari pun dah boleh habis jalan.... hehehehe

 Tempat pertama kami membuat lawatan....
Muzium Chimney

 Muzium ni kira menceritakan tentang tapak yang dipercayai bekas penempatan pekerja lombong arang batu semasa era kepesatan perlombongan sumber berkenaan di Labuan di antara 1847 hingga 1911.

 Tempat melombong arang batu...

 Seronok mereka pusing-pusing dalam muzium ni...
Takde orang pun... Kitaorang je dalam ni

 Sejarah pelombongan arang batu...

 Sekarang waktu melawat menara Chimney

 Mari.... 1 2 3 .....

 Lari.....
Tu je la kerja diaorang
 Saya melayan cucu yang baru dapat kaki....







 Dah lama dah menara ni... 
Masih berdiri teguh...

 Tempat ke 2 kami ialah Taman Burung...
Tak tahu la burung apa ni...
Unik

 Ini kalau tak tahu burung apa memang parah...
Burung Unta....
Rizqin dah cuak dah... Dia takut...

 hahahaha

  Muka cuak Rizqin...

 Dah start nak memberanikan diri...

 Nak ambil gambar pun tak boleh...
Tengok tangan dah buat peace tapi badan dok teleng menengok Burung Unta...

 Makin burung tu datang dekat makin kuat bau "wanginya"

 Muka muncung je

 Boleh ambil gambar dekat

 Burung hantu...

Menghilangkan penat berjalan 2 tempat...
Kitaorang biarkan diaorang main kat sini...
Kitaorang rehat sekejap....

Perjalanan hari ke-dua bukan habis kat sini je tau... ada lagi tempat yang kitaorang pergi cumanya ada tempat-tempat yang saya tak ambil gambar... Muzium sangat banyak kat Labuan ni.... Best...

Ok la sambung kemudian ye...

Babai

Wassalam