31 May 2014

Inner Magic

Assalamualaikum...

Inner Magic Untuk Di Jual.....

Yang ada dalam STOK :
Black
White
Purple
Lavender
Lilac
Lite Purple
Shocking Pink
Medium Pink
Dark Blue
Tangerine
Biru PKR (Jangan Marah Ye...Ini Supplier yang Tulis)
Royal Blue
Nescafe
Shocking Yellow
Dark Grey
New Grey
Tumeric
Coco Brown
Cili
Deep Teal
Lite Teal
Burgundy
Forest Green
Dark Forest Green (FG)
Skin
Rose Pink
Smokey Lite Grey
Lite Grey

Harga bagi setiap sehelai RM10.00 tidak termasuk postage ye... Beli banyak dapat la murah lagi.... Kalau nak order Color lain pun boleh... Bila stok dah sampai saya hallo hallo la ye....hehehehe

Berminat
Boleh whatsapps atau SMS saya
019-6008952
- Nadiah -
Terima Kasih

30 May 2014

Tanda-Tanda Awal Kehamilan

Assalamulaikum....

Saja nak share info ini.... Kan saya dalam proses ingin hamil buat kali ke-2.... Doakan saya agar dipermudahkan untuk memperoleh zuriat yang ke-2....

Antara tanda-tanda awal kehamilan ialah :

1. Payudara membengkak / terasa sakit Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon. 

2. Rasa lelah yang berlebih / keletihan
Rasa lelah yang berlebih akan membuat Anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua. 

3. Mual / loya / muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.


4. Lebih sensitif terhadap bauan
 Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau. 

5. Kembung perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil. 


6. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda. 

7. Sakit kepala 
Memang terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen. 

8. Sakit punggung 
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan. 

9. Kram 
Memang kram akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi Anda. 

10. Ngidam 
Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil. 

11. Peningkatan temperatur tubuh 
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi. 

12. Bau Badan 
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat. 

13. Pusing atau pingsan 
Mungkin Anda sering menonton adegan wanita hamil yang pingsan. Namun faktanya ini dapat terjadi karena kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh karena itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh. 

14. Munculnya darah 
Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio. 

15. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan

Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.

Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah!



Info dari : http://marealisme.blogspot.com/2012/01/15-tanda-tanda-awal-mengandung.html

Pengalaman pertama mengandungkan Rizqin saya cirit-birit dan memang dah lewat 2minggu... Tapi saya buat tak tahu siap berlari-lari lagi lepas pergi kenduri kawan husband dekat Melaka lepas tu siap berjalan-jalan area Melaka.... Lepas cirit-birit tu saya pergi la klinik.... Bagitahu la cirit-birit dan dah lewat 2minggu... Doktor suruh buat UPT dulu.... Tak sangka positif sebab selama 9bulan tunggu tiap kali lewat dan buat UPT memang -ve... Tak sangka kali ni +ve.... Husband la paling happy.... 

Kali ni bila Rizqin masuk je 2tahun kitaorang dah target Rizqin 3-4tahun dah ada adik tapi belum ada rezeki lagi... In sya Allah kalau ada rezeki Allah bagi la kan... Kita tunggu dan terus berdoa....


Wassalam....

29 May 2014

No Akaun Baru Ibu Izz Rizzqi - Jantung Berlubang, Salur Darah Sempit & Injap Sempit

Assalamualaikum.....


Gambar Credit : Nuriesya Nadia Blog

Comelkan Adik Izz....
Saya nak Adik Izz Rizzqi sihat seperti biasa...
Jadi bantulah keluarga Ibu dan Ayah Izz Rizzqi..
Sumbangan anda amat-amat saya hargai.....
Tolong sebarkan...

Anak ini anak sahabat saya.... Saya kenal Ibu Izz Rizzqi.... Saya tahu Ibu Izz Rizzqi berperang dengan situasi dan emosi... Bila saya tahu Izz Rizzqi sakit pun hati saya tak tenang..... Dah mula rasa tak sedap hati.... Anak sekecil ini menanggung sakit.... 

Izz Rizzqi telah disahkan menghidap sakit jantung berlubang, salur darah ke badan sempit dan salur injap sempit... Pembedahan perlu dilakukan dengan segera...

Risiko kegagalan jantung untuk tidak berfungsi adalah tinggi dan pembedahan perlu dilakukan secepat mungkin pada minggu hadapan.... 

Mohon jasa baik rakan-rakan blog tak kira siapa pun anda untuk menyebarkan hal ini.... Dan memberikan sokongan moral kepada Ibu dan Ayah Izz Rizzqi...

Kos bagi pembedahan adalah anggaran RM50k

LATEST UPDATE 28/5/2014 - NO ACCOUNT TERBARU IBU IZZ - 5623 7540 1747 (MAYBANK), NUR ATIKA RUSDAN

No Akaun Maklong dan Ayah Izz dah di blok.... Jadi guna no akaun baru Ibu Izz ye...


Sumbangan dan sebaran anda amat-amat saya dan keluarga Izz Rizzqi amat dihargai....

Wassalam....

27 May 2014

Update - Sumbangan Ikhlas Adik Izz Rizzqi bin Mohd Nizam - No Akaun Terbaru

Assalamualaikum...

Updated Info :



Thanks korang....

Wassalam

Sumbangan Ikhlas Buat Adik Muhammad Izz Rizzqi bin Mohd Nizam

Assalamualaikum......

Saya dapat berita tentang Adik Izz Rizzqi dari blog MakLong Izz tentang penyakit Adik Izz ni... Saya sangat-sangat la sedih bila tahu anak kecik ini mempunyai penyakit yang serius dan memerlukan pembedahan dengan segera... Makanya saya membuat post khas buat Adik Izz supaya Adik Izz cepat sembuh..... Dan Adik Izz memerlukan sumbangan secepat yang mungkin...


Comelnya Adik Izz Rizzqi... 
Nama pun dah dekat sama dengan nama anak... Rizqin...

Detail Tentang Penyakit Adik Izz Rizqi

" Adik Muhammad Izz Rizzqi bin Mohd Nizam (53hari) anak kepada EkaRusdan dan anak buah kepada RinaEllisa antara kenalan saya....  Baby Izz disahkan menghidap penyakit jantung berlubang (1.2cm). Doktor Pakar telah mengesahkan perlu menjalani pembedahan sebelum minggu depan. Jika tidak, berkemungkinan jantung bayi tidak berfungsi.

Keluarga bayi memerlukan bantuan sumbangan sebanyak RM 50,000.00 dalam masa terdekat.

Sumbangan Ikhlas anda boleh disalurkan ke bank Mayban Ibu Izz Rizqi 162375700644 (Nur Atika Rusdan). Semoga ALLAH membalas sumbangan Ikhlas anda, dan In Sya ALLAH dimurahkan rezeki"

Marilah kita bantu Izz Rizqin... Supaya cepat sembuh... Dah besar nanti Acik bawa Abang Rizqin main dengan Rizzqi ye...

Salam dari Acik dan Rizqin.... In Sya ALLAH Izz Rizqin sembuh nanti... Kuat semengat ye Izz...

Panjangkan hebahan ini secepat mungkin juga ye.... Boleh tgk Nuriesya Blog... Dia boleh bagi detail untuk blogkan pasal Izz ni dekat korang

Wassalam....

21 May 2014

Cake Chocolate Moist

Assalamualaikum...

Lama tak kongsi resepi... Disebabkan last weekend ada try buat kek coklat buat kali pertamanya menjadi.... Jadi saya nak la kongsikan resepinya... Kek ni boleh kukus dan bakar ye

 


RESEPI KEK COKLAT MOIST 
resepi oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan Kek
  • 5 biji telur gred A - 3 biji gred B
  • 2 cawan tepung superfine@tepung kek - tpg gandum pon boleh - 1 cwn
  • 1 cawan serbuk koko - 1/2 cwn
  • 2 cawan gula halus - 1 cwn
  • 1 1/4 cawan susu pekat - 1/2 cwn + 1sb
  • 2 1/2 cawan susu segar@susu cair@susu coklat@air biasa- 1 1/4 cwn
  • 1 1/2 cawan minyak - 3/4 cwn
  • 1 1/2 baking powder - 1sk
  • 1 sk soda bikarbonat - 1sk
  • 1 sk esen vanila - 1sk
  • 1 sk garam - secubit
Bahan Topping @ Ganache Coklat
  • 100ml whipping cream/fresh cream
  • 250g coklat masakan gelap (dark chocolate)
  • 1 sudu besar golden syrup (utk kurangkan pahit coklat)
  • 1 sudu besar butter (utk topping yg berkilat)
Cara-cara
  • Ayak tepung, serbuk koko, baking powder, garam dan soda bikarbonat.Ketepikan.
  • Pukul telur dan juga gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila. Putar lagi sebati. (Guna blender pon tak mengapa)
  • Masukkan susu segar@susu cair. Kemudian masukkan bahan ayak tadi. Gaul sebati.Akhir sekali masukkan minyak.
  • Oleskan loyang dengan sedikit butter/marjerin, tuang adunan kek dan kukus lebih kurang 1 jam atau sehingga masak. kek nih boleh juga dibakar di oven dengan suhu 170.
  • Sejukkan kek. Sementara itu buat topping/ganache coklat.Panaskan whipping cream/fresh cream sebentar (tak perlu hingga mendidih). Jika tiada boleh sub dgn susu segar/susu cair tapi kurangkan sukatan 50ml. Masukkan coklat masakan. Kacau hingga cair dan licin. Kemudian masukkan syrup dan juga butter. Kacau sebati. Tuang ke atas kek yang dah sejuk tadi.
  • Masukkan peti ais kemudian baru potong dan hidang.
  • Nota Dari Kak Hana : Untuk topping coklat seperti gambar, hana curah ganache dua kali. Sekali utk salut kek, dan sekali lagi utk topping yg meleleh. Untuk salut kek hana buat satu adunan topping di atas. Lebihan ganache hana simpan dan sejukkan dalam peti ais sebentar untuk paipkan border atau buat bunga. Untuk topping meleleh tuh hana buat setengah adunan dr resepi topping di atas. Kene pastikan kek sejuk dan topping pertama dah beku supaya topping meleleh cantik dan tak cair sangat.

Nota : yang berwarna merah tu untuk coklat yang kecil sikit....

Sekian.... Teringin nak buat macam Kak Hana buat... Cantik...

20 May 2014

Family Day TTS Shift A - Maninjau, Janda Baik

Assalamualaikum...

17 - 18 May 2014 (Sat & Sun)

Last weekend group shift husband buat family day untuk kali pertamanya selepas 3tahun tak buat... Last family day diaorang combine 3shift tahun 2011 sebab kebetulan time tu semua shift kena kerja office hour untuk terima dan pasang aerotrain yang baru....

Jadi kali ni shift A buat family day untuk group diaorang je... Kalau nak combine semua mau tak bergerak train kat KLIA tu...mihmihmih.... Jadi semua peserta family ada 10orang (belum masuk dengan family members) termasuklah sorang ex-shift A yang nak join sekali....

17 May 2014 - Sat

Tunggu husband balik dari kerja malam.... Jumaat malam saya buat Kek Coklat Moist dengan Carrot Cake, request dari husband... Jadi pukul 4pagi baru saya siap semua - dari membuat kek, mengemas barang kek dan membasuh barang kek... Jom tengok gambar kek... Tak berapa cantik pula gambar...
 
 Carrot Cake with Cream Cheese

Moist Chocolate Cake with Ganache Chocolate Topping

Jadi pagi tu saya tak boleh nak bangun dah... Kepala berpusing sempat lagi whatapps minta belikan sarapan siap-siap sebab saya pening... Pukul 8.00pagi baru boleh angkat kepala kemas rumah sikit-sikit... Menyapu sampah apa semua sementara tunggu husband balik.... Husband balik dia keluar balik belikan sarapan, makan, mandi dan siap-siap nak gerak ambil satay dengan Pekan Salak....

Lepas ambil satay kitaorang gerak pergi Bangi dulu untuk makan tengahari.... Husband bukan nak makan tengahari sangat pun... Dia teringin nak makan manisan dekat kedai tu... Sedap-sedap manisan dia....

 Saya ambil Bubur Nasi..
Tawar dan bila minta sup memang sup dia tawar...
Elok untuk orang darah tinggi....

Selesai makan tengahari kitaorang start gerak ke Janda Baik... Sekejap je nak kesana so tak rushing sangat pun, drive pun smooth je sebab hujan plus jammed dekat KL.... Kitaorang sampai Janda Baik dalam pukul 2.20petang....

- Ehsan Google - 

Sampai tu tak ramai group sampai lagi... Ada dalam 3-4family je so tak buat apa sangat lagi... Cuma angkat dengan susun barang je dulu... Petang tu terus buat BBQ sampai ke malam.... Memang kerja kitaorang makan je la ye sampai ke pagi esoknya tu ada lagi lauk bakar.... Lagi la En Elisman bawa jaring... Bakar ikan pula malam tu... Saya pun sempat rasa... Sedap ikan fresh ni... Manis... 

Sebelum tu, sementara nak tunggu group yang bawa barang-barang penting berBBQ tu tak sampai lagi husband layankan Rizqin yang teringin nak mandi sungai... Sejuk sungai, best tapi banyak batu... 

 Masa ni baru nak terima kesejukan air sejuk....

 Main celup-celup sampai paras pinggang je dulu...hikhikhik...

 Baru boleh duduk dengan aman...
Seronok tengok dia mandi... Saya dah teringin dah sebenarnya nak join..
Tapi segan...

 Ni masa dia mandi sorang-sorang... Husband pantau...

Ini dah ramai yang turun mandi dah... Semua anak-anak group TTS yang mandi...

Jom review pasal chalet pula.... Bilik yang saya ambil macam kat bawah ni.... Yang ni RM70.00 takde aircond takde water-heater... Biasa sahaja sebab dah takde bilik kosong jadi redah je la macam mana pun tak kisah sebab masuk bilik time nak solat, mandi dan tidur je takde aircond pun takpe sebab tak panas sangat hari Sabtu sebab hujan....

 Gambar chalet ni husband bagi masa dia pergi kesana untuk bayar chalet... 
Seminggu sebelum pergi sini...

 Kipas yang disediakan...

 Bekas ubat nyamuk dia sediakan...

 Ok la katil pun selesa... Rizqin baru siap mandi sungai dan baru lepas mandi....

Mandi lagi sekali lepas main, jatuh kena pasir....

Cerita pasal BBQ pula... Bila orang-orang penting yang bawa kelengkapan berBBQ ni ada... Maka aktiviti yang dinantikan bermula.... Kat sini takde acara untuk budak-budak semua... Husband just beli keropok-jajan je dekat diaorang mengunyah sementara nak tunggu ayam,kambing, sosej, kerang, burger siap dimasak....

 Mari membakar.... Sedap hasil perapan diaorang ni....
 Mari-mari membakar...
Selain dari membakar ada juga yang bawa laksa, kuih muih, satay, tembikai untuk isi perut bagi yang mana yang dah kelaparan...

 Yang perempuan tolong agih-agihkan barang masuk dalam bekas....
Lelaki gotong-royong membakar dan jaga anak-anak mandi kat sungai....

Bila ingat balik jadi lapar pula.... Sampai ke malam makanan ni tak habis lagi... Waktu solat pun gilir-gilir... Nak habiskan membakar... Kambing dalam 40ketul, Ayam bahagian wing 30ketul, Drumstik 30ketul.. Punya la banyak.... Memang kekenyangan semuanya... Budak-budak lagi la... Malam diaorang main... Time tu baru nak sebulu boleh bermain.... Ramai yang lebih kurang baya-baya Rizqin...

18 May 2014 - Sun

Bangun pagi tak payah risau nak masak ke apa... Request siap-siap kat owner chalet Nasi Lemak untuk sarapan... Tak payah susah-susah cari makanan.... Kejutkan Rizqin, sarapan... Lepas tu husband ajak Rizqin mandi.. Tukar baju semua masuk dalam air sejuk... Tak lama mandi sebab Rizqin menggigil-gigil menahan sejuk...Ada 2-3orang dok menjala Ikan lagi... Nak dekat balik dapat haruan sekor, sekor lagi tak ingat ikan apa...

Last ambil gambar ramai-ramai... Tapi tak semua yang ada sebab ada yang balik awal... 

 Kami....

Yang ni pulak extra lukisan on-behalf yang balik awal tu....hahahahaha

Balik dari Janda Baik hujan lebat... Ada satu tempat accident... Husband cuba break tapi time macam tak makan, sampai husband terpaksa tarik handbreak kalau tak sikit lagi nak kena kereta yang dah terbabas... Husband bawa 60km je time tu tak tahu kenapa tiba-tiba keadaan kereta jadi macam tu... Mungkin tempat tu selalu kemalangan jadi ada sesuatu mesteri terjadi disitu (Wallahualam).... Nasib baik husband boleh kawal kereta masa kejadian tu.... Tapi kereta mati beberapa ratus meter dari tempat kejadian... Banyak kali start tak boleh... Call kawan dia then dia try start kereta sampai dapat... Dah sampai Serdang baru cek kereta husband cakap takde apa-apa pun yang tak ok dengan kereta tu.... Lepas tu singgah Alamanda makan tengahari dan beli siap-siap untuk makan malam.... 6.30petang baru sampai rumah... Putrajaya penuh dengan orang dekat tasik tu sebab Redbull Air Race... Sempat la juga Rizqin tengok helikopter... Jadi le...hehehehehe

Ok la tu je untuk family day... So far kat situ seronok sebab udara kampung, nyaman je.. Air mandi sejuk malam tak payah pasang aircond tengahari panas pun macam ala kampung... Seronok sangat... Rasa tak sabar dah nak balik kampung....

Bagi yang berminat nak pergi Maninjau Chalet boleh la ke sini

Wassalam

19 May 2014

Mamee Chef - Malacca Factory Visit Invitation

Assalamualaikum....

Ada siapa-siapa yang dapat invitation dari Nuffnang pergi ke Factory Outlet Mamee Chef.... Saya adalah salah seorang peminat Mamee Chef lagi-lagi yang tomyam ada udang.... Sedapnya dan bestnya kalau dapat pergi sana... Tapi saya terpaksa tolak jemputan dari Nuffnang... Sorry ye Nuffnang... Lain kali saya pergi ye kalau ada event dan ada free time... Start dari minggu lepas baru ni weekend saya sangat penuh... Minggu ni hari sukan anak, minggu depan kenduri dekat Karak minggu lagi satu kenduri dekat Kedah dan minggu selepas tu ada kenduri dekat Terengganu.... Penuh 5minggu berturut-turut dan tarikh jemputan terkena kenduri dekat Karak jadi tak dapat la nak kesana.... Sorry ye Nuffnang...


Nak sangat pergi

Punya la excited nak pergi siap whatapps Nad tanya dia pergi ke tak... Time tu tak tgk planner pun... Sekali bila tengok ada invitation dekat Karak.... Jadi terpaksa la tolak jemputan yang menarik ni...hukhukhuk..... Kalau tak mesti dapat goodies bag ni kan kalau pergi...hikhikhik

Ok la tu je untuk hari ni... Siapa-siapa yang pergi enjoy on-behalf ye.....  Take care tau kat sana....

Babai

Wassalam

16 May 2014

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum....

Selamat Hari Guru buat cikgu-cikgu diseluruh dunia....

Saya tujukan ucapan ini untuk Cikgu saya di Sekolah Tadika Kemas, Senai, Johor, (5-6tahun) Sekolah Kebangsaan Senai, Johor (Darjah 1 - Sekolah dalam sebulan dua je) Sekolah Kebangsaan Tok Beng, Kuala Terengganu (Darjah 1 - 4bulan je sekolah), Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa, Kota Bharu(Darjah 1 hingga Darjah 4), Sekolah Kebangsaan Permatang To' Kandu, Permatang Pauh, Pulau Pinang (Darjah 4 hingga Darjah 5), Sekolah Kebangsaan Pulai Chondong, Machang , Kelantan ( Darjah 5 - time ni Abah accident MC 9bulan jadi kena sekolah sementara dekat sini... Rasanya nak dekat sebulan kot saya ponteng sekolah, buat rayuan), Sekolah Kebangsaan Batu Maung, Pulau Pinang (Darjah 5 hingga Darjah 6), Sekolah Kebangsaan Seri Permai, Bayan Lepas, Pulau Pinang (Darjah 6 sampai habis sekolah), Sekolah Menengah Seri Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5), Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelek, Selangor (Tingkatan 6bawah - sebab susah nak dapat transport Abah hantar dari 1st day sekolah sampai la dapat transfer sekolah), Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Said, Nilai, Negeri Sembilan (Tingkatan 6bawah - Dah transfer sekolah dan ada transport nak ke sekolah tapi dapat offer dekat KUIS), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) (2003-2006), Universiti Putra Malaysia (UPM) (2008-2011), Universiti Teknologi Mara (UiTM) (2012-2013) dan kepada sesiapa sahaja yang saya tuntut ilmu tak kira dimana jua saya ada.....

Dulu saya selalu pindah randah ikut Abah... Di mana dia bekerja disitulah kami ada... Jadi banyak la sekolah rendah yang saya lawati... Paling lama sekolah rendah saya ialah di Pengkalan Chepa, yang lain dalam sebulan ke dua bulan, empat bulan, 9 bulan dan setahun lebih je.... Sekolah Menengah memang tak bertukar terus... Nikmat bersekolah di satu buah sekolah je.... hahahahha... Kawan jumpa dengan muka yang sama je... Jadi dah tahu perangainya macam mana.... Walaupun ada dua ke tiga orang budak baru kan....

Habis cerita pasal sekolah kita cerita pasal cikgu pula.... Ramai juga yang saya dah tak ingat namanya.... Yang saya ingat cikgu sekolah menengah dengan kolej je...hukhukhuk
  1. Cikgu Rosiah - Cikgu Sains saya masa tingkatan 4 dengan 5... Cikgu ni garang gile ok tapi baik sangat hatinya... Sampai sekarang saya still contact cikgu ni sebab dekat dengan rumah mak saya.... Cikgu ni la tumpangkan pergi sekolah masa tingkatan 4 dengan 5 dulu.... Sekarang dia jaga anak arwah adik dia 2orang... kecik lagi budaknya....
  2. Cikgu Machitah - Cikgu mengajar Sastera... Cikgu sukan pun boleh.... Cikgu ni pun dulu dekat dengan rumah saya... Kalau ada waktu sukan sekolah Cikgu Machitah ni la saya minta tumpang... Sekarang dah pindah tinggal kat tempat lain...Last jumpa masa dia mengandung.. Lama dah tak terserempak dengan dia...
  3. Cikgu Saadiah - Cikgu ni pun dekat dengan rumah saya... Dia mengajar petang kalau saya ada belajar dengan kawan saya, saya akan tumpang dia balik sama-sama... Sampai ke kolej kot saya tumpang dia bila Abah tak boleh ambil dari Kolej...
  4. Arwah Cikgu Rasul - Tak ingat ajar apa tapi cikgu ni cikgu disiplin... Last saya jumpa dia masa saya belajar kat kolej rasanya... lepas tu baru tahu dia dah meninggal dunia... al-fatihah
  5. Arwah Cikgu Fadzillah - Cikgu mengajar Matematik Moden.... Cikgu usahawan muda... Dia banyak mendorong saya kearah bisnes....Meninggal kerana kemalangan jalan raya...al-fatihah
  6. Arwah Ikhlas - Ajar saya matematik.... Dari asyik failed kepada lulus... al-fatihah
  7. Arwah Cikgu Shamsiah - Ajar Geografi - Cikgu ni baik sangat - al-fatihah
  8. Cikgu Halimi - Cikgu sejarah - dia kalau jumpa saya ajak pergi hutan...hahahahaha... camping dengan kadet semua... kompem le umi dengan abah tak bagi pergi..... Dah kawin takde la mengajak....
  9. Cikgu Kasmimi - cikgu yang kelakar, banyak mulut.... Pernah tidur rumah dia masa ada kawad kadet polis peringkat negeri... berterabur kitaorang berkawad.... lepas tu kena pergi camping lepas berkawad...saya memang tak dapat la pergi....last jumpa terserempak dekat Nilai 3...
  10. Ustaz Musa - fellow asrama  blok F dan juga merangkap pensyarah fiqh-munakahat.... Subjek semua orang suka dan gelak terbahak-bahak....hahahaha best ustaz ni selalu ada perjumpaan dan mention benda yang sama.. maklum la blok asrama Ustaz semua budak baru... Last hari tu terserempak dengan Giant, Nilai... Tak berani nak tegur, sebab tak nampak isteri dia... tak manis rasanya...
  11. Ustaz Che Wan Shamsul - Fellow asrama blok E, dia la yang bawa saya pergi klinik pukul 2pagi sebab sakit telinga.... rupanya ada darah beku dalam telinga doktor pecahkan dan keluar la darah dari dalam telinga... ustaz ni juga la yang sound kawan saya karok tengah-tengah malam buta... kawan saya tu nak khianat kat saya sebab saya ada kursus kawin esoknya... (Nak grad kat KUIS kena ada sijil kursus kawin ye...dulu la sekarang tak pasti), banyak kenangan dengan Ustaz Che Wan ni..... hahahahahahaha
  12. En. Mokhtar - cikgu makro dgn mikro ekonomi... cikgu bachelor idaman fatin...hahahahaha.... dalam fb saya ada nama dia.... sekarang tak pasti dah tamatkan zaman bujang ke belum... Ingat lagi masa exam saya blur nak buat kiraan tak pasti paper mikro ke makro so dia bagi petunjuk sikit...hahahaha... tq En.Mokhtar
  13. En. Mukifun - ini ajar apa ntah... masa tu bachelor tapi dah not available dah sebab lepas u dia kawin....hehehehe
  14. Puan Shidah - ini ajar management - majoriti management dia yang ajar... rumah dia boleh dikatakan dekat la juga...area Nilai....masa mengajar kemain garang bila kat luar kelas kelakar orangnya dan suka ketawa....
  15. Cikgu yang ajar Commercial Law - tak ingat nama dia... pernah dia merajuk ngan kelas sampai keluar kelas macam tu je... Cikgu muda lagi... budak-budak ni suka la buli...huhuhuhuhu
Ini antara cikgu yang saya ingat ada sorang tu bukan cikgu tapi cikgu juga la untuk saya kan.... semua cikgu-cikgu yang ajar saya akan saya ingat sampai mati...walaupun mungkin saya dah tak cam atau tak ingat nama tapi saya tetap berterima kasih atas sumbangan ilmu yang diberikan... Pensyarah UPM dengan UiTM saya dah tak ingat dah... Sebab setiap subjek semua prof/dr lain-lain... So ingat time belajar je lepas tu tak ingat langsung dah.....

Buat Cikgu dan Pendidik:

Terima kasih diatas sumbangan ilmu, pengalaman dan segala ajaran yang diberikan dan telah menjadikan saya seperti hari ni... Yang banyak mengorak langkah kehadapan tanpa ragu-ragu... Yang mendidik hingga berjaya... Terima kasih Ustaz dan Ustazah yang mengajar ilmu akhirat... Yang membimbing ke jalan yang betul... Terima kasih buat semua yang mengajar saya.. Terima kasih Umi dan Abah... Mereka juga cikgu dirumah... Yang membentuk, membimbing dan mendidik ke alam rumahtangga.... Terima kasih cikgu......

Wassalam.....

09 May 2014

Lama tak menulis....

Assalamualaikum...

Sihat? Lama tak menulis kat sini... Nak cerita pasal KLIA 2 tapi tadi pergi pun tak pusing sangat pun sebab tunggu order makanan pun sikit punya lama... Sampai ada customer lain blah macam tu saja....

Nanti kita review makanan yang lambat sampai tu nanti ye... Harga lebih murah dari downtown... Caya tak? Ada ambil list harga makanan, nanti saya upload kemudian.... Airasia masuk mulai hari ni jadi memang ramai sangat orang sebab tu saya rasa makanan dapat lambat... Group makan saya ada yang terpaksa tapau makan kat office sebab lambat sangat sampai makanan....

Minggu depan In sya ALLAH akan ber 'family day' dengan group kerja husband.... 24 May pula ada hari sukan sekolah Taski Rizqin..... Nanti saya update ye...

Itu je la ye hari ni... Rindu nak menaip...

Wassalam...