24 September 2013

Order By Officemate : Kek Karemel Pelangi

Assalamualaikum....

Bersiaran saya dari rumah mak saya... Pakai laptop mak saya juga a.k.a Ummi saya la.... Saya mc hari ni... Tak sihat... Doktor suspek something tapi takpe la kita abaikan dulu ye... Kalau kena cek something kita bagitahu kat sini ok....

Mc-mc pun dapat jemput dari Boss ajak makan-makan bagi meraikan perpisahan dan birthday untuk Kak Tuty dan Kak Kema..... Kak Tuty akan dipindahkan ke Unit Komersil juga tapi bahagian Contract Management.....

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Yang kat atas tu kononnya nak update kat rumah masa tak sihat tapi terpaksa stop bila rasa laptop tu bergoyang-goyang...hahahaha... sebenarnya diri-sendiri yang pusing......
 
Ini hasil kek keremel pelangi....disebabkan ini 7warna makanya harga jadi mahal la sikit... RM 40... Kalau nak 3 warna RM35... Sila-sila sape-sape yang nak order... Saya galakkan weekdays bagi yang nak COD kat area KLIA dan weekend bagi kawasan-kawasan yang berdekatan area Sepang, Bangi, Nilai dan Putrajaya......
 
Jom tengok gambar......





Ini hasilnya...

Tu aje la ye...

Wassalam....

23 September 2013

Kelas Menghias Kek Menggunakan Buttercream

Assalamualaikum..... Selamat Petang....

Hai awak-awak semua... Sihat? Alhamdulillah kesihatan semakin baik dan pulih walaupun belum sepenuhnya baik.....

Alhamdulillah semalam saya berjaya menghadiri kelas atau kursus mendeco kek menggunakan buttercream... Hasil dan petua Chef Hajah Noraini sangat-sangat berharga.....

Saya kan tak biasa jalan jauh.. Dah la tempatnya dekat Subang Bestari, Shah Alam nun... Jadi saya memerlukan teman yang sememangnya dah pro area Shah Alam....

So saya bertemankan kawan kolej sampai disana... Alhamdulillah banyak pengalaman cuma masih perlu practice dengan lebih baik.....

Jom tengok gambar yang saya sediakan... Lama dah kan tak tengok gambar dari blog saya kan.....

 Kelas Mula... Ngam-ngam sampai... Dia sediakan nota...
Lain kali bawa tuala sendiri ye....mihmihmih

 akak-akak yang bertungkus-lumus menyiapkan hasil deco mereka... 

 Cantik-cantik decorate diaorang ni..... 

Akak yang dok pegang piping warna purple dok buat bunga ros la tu....
saya tak jadi....

 termenung nak buat bunga apa ye... Bunga ros tak lulus lagi

 Makanya jadi la bunga ini....hahahahaha

 Tengok saya sudah sememeh.... Aising bertempek kat atas meja tu bunga ros...
terjatuh....hahahaha
 
 Hampir siap

 Nak tambah apa lagi ye

 Apa ye bagi Nampak cantik lagi....

 Tambah daun pulok.... Tudung dah senget-benget.....

 Hasilnya.... Kat tepi kek tak licin lak....
 
Gambar dari FB chef....
 
 Siap hasil kami seramai 19orang...
 
 Bergambar bersama chef
 
 Mari ambil gambar kek......
 
Hasil dari Chef yang mengajar kami...


Ok tu je la takat ni... Ada tak sape-sape nak join saya pergi deco kek guna non-dairy whipping cream?

Jadual dalam Chef Noraini punya blog http://resipinoraini.blogspot.com/ kalau berminat boleh hubungi dia dan buat payment seminggu sebelum kelas...

Wassalam....