21 May 2013

Carrot Cake Resepi

Assalamualaikum

2hari lepas sampai je rumah saya terus buat Carrot Cake.... 3malam balik tidur rumah Umi... Si Rizqin ni taknak balik "dadong" a.k.a Gadong hahahaha... Ok dibawah ada resepi dan gambar... Harap maaf ye gambar tu hasil tapau pagi semalam...hehehehe





Moist Carrot Cake
sumber: Sleepless In KL
terjemahan: Azie Kitchen

Bahan bahan
4 biji telur
1 ¼ cawan vegetable oil
1 cawan gula
2 sk vanilla extract
2 cawan all purpose flour
2 sk baking soda
2 sk baking powder
½ sk garam
1 sk serbuk kayu manis - rumah saya takde
3 cawan carrot – parut
1 cawan walnut – cincang - takde gak
Sedikit kismis - pun sama takde
 
Cara cara
Panaskan oven 175C. Lenser 2 loyang bulat yang diletakkan baking paper bawah dan keliling.
Dalam mangkuk besar, putar telur, oil, gula dan vanilla extract. 
Satukan tepung, baking soda, baking powder, garam dan serbuk kayu manis. Masukkan ke dalam adunan yang diputar tadi.
Masukkan karot. Kacau rata dan masukkan pula walnut dan kismis.
Tuang ke dalam loyang. Bakar selama 40-50 minit atau sehingga kek tidak melekat di lidi yang dicucuk di tengah kek.
Biarkan sejuk di dalam loyang dalam 10 minit sebelum disejukkan di atas wire rack.
Bolehlah dihiaskan dengan frosting sebelum dipotong dan dihidangkan.

Tq kak Azie for this resepi

20 May 2013

Cocoa Bestari Dah Sampai

Assalamualaikum....

Alhamdulillah Cocoa Bestari dah selamat sampai.... Sesiapa yang nak order boleh la hubungi saya atau email saya nadiah85@gmail.com... Akan saya lakukan secepat mungkin... Proses poslaju adalah RM6.00 bagi semenanjung dan RM10.00 bagi Sabah dan Sarawak....

Ada adik saya post dalam fb mintak pencerahan macam mana masukkan 30juz Al-Quran dalam air atau kismis atau kurma semua kan... So saya ada bagi mesej dengan owner macam mana cara pembuatannya... Jadi ini balasan sms saya tu:

Penjelasan dari soalan saya...

Jadi boleh la beli... InsyaALLAH saya akan pergi melawat kilang dia pula..... Benda yang baik takkan kita nak diamkan... Ini adalah produk yang baik... Produk ini telah diupgrade dengan tambahan Habatus sauda di mana kita semua tahukan ubat segala penyakit adalah habatus sauda... Anak saya pun dah kurang la tak sihatnya... Selalu dia mesti tiap-tiap bulan tak sihat sekarang nampak dia makin aktif dan positif... Saya beli banyak-banyak ni pun sebab perjalan Kelantan-Sepang adalah jauh jadi saya beli secara banyak... 

Sesiapa berminat boleh email saya atau sms je kat saya..... Pejabat pun dekat je dengan terminal so hari-hari boleh pos kecuali cuti umum dan weekend la saya tak pos..

Sekian Wassalam....

16 May 2013

Pre-Order Cocoa Bestari dan Khasiatnya dari 30juz al-Quran

Assalamualaikum....

Saya nak perkenalkan product yang anak saya minum... Dan saya nak buat pre-order kepada sesiapa yang berminat.. Sekarang dia ada packaging plastik ala Milo tu 600gram... Kalau beli dalam botol 500gram.. So jimat 100gram kat situ... Sesiapa nak try boleh la hubungi no telefon yang saya terterakan di bawah..

Saya suka anak minum air ini sebab dia ada khasiat 30juz ayat suci al-Quran.. Makna tak boleh la nak langkah-langkah... Dan anak ada tunjukkan perkembangan positif... boleh dah hafal al-fatihah walaupun sebutan tak lancar dan surah-surah yang saya selalu pasang kat radio dia dah boleh ikut cuma sebutan tak lancar lagi... Dari segi pembelajaran pun dia dah bagus tapi belum masuk sekolah lagi kan so saya ajar yang simple... Ada juga anak kawan Umi minum Cocoa ni... Dulu anak dia tak nak pergi sekolah sekarang dah bangun awal dan bersemangat nak kesekolah.... Kita mak-mak, ayah-ayah pun boleh minum ye..



Khasiatnya adalah :

Cocoa Bestari.

Minuman coklat yang lain dari yang lain. Selalunya kita hanya mendengar kismis dibacakan dengan ayat suci Al-Quran kini serbuk koko ini diramu dari ramuan terpilih yang baik untuk minda terutamanya bagi anak-anak yang masih muda dan sedang membesar serta dibacakan dengan 30 juz Al Quran. Sangat baik diamakan sebagai minuman harian.

Ramuan terpilih di dalam Cocoa Bestari ialah Serbuk koko premium, madu, kismis, ginkgo biloba, ekstrak biji anggur,gula, ekstrak halba, ekstrak halia, dan ekstrak habbatul sauda. Dibacakan dengan ayat suci Al-Quran 30 juz.

Keluaran Bumiputera dan produk Malaysia dari Ar-Razi. 500g setiap botol.
Harga:
SM RM23
SS RM27
(harga tidak termasuk dengan pos)

Mampu memberi tenaga semulajadi kerana ianya diperkaya dengan madu dan kismis yang sememangya baik untuk sumber tenaga. Mempunyai bahan formulasi penting minyak biji anggur yang kaya dengan Oligometric Proantho Cyanidin (OPC). Bahan antioksida yang penting. Tidak bertoksid dan kaya dengan protein kolagen yang menjadi somber utama pembentukan sel dan tisu.

Kandungan  Ginkgo Biloba mampu memelihara pembuluh darah di dalam otak agar tiada pemendapan lemak dan seterusnya memastikan kelancaran peredaran darah. Peredaran darah yang lancar dapat menjamin fungsi otak khursusnya kecerdikan dan ketajaman daya fokus di tahap yang terbaik.

Sesiapa berminat boleh SMS saya di 019-6008952

15 May 2013

Resepi Red Velvet Moist

Assalamualaikum....

Seperti yang dijanjikan resepi hari ni... Dah lama tak post resepi kan.... Oh kek yang saya dah buat lupa nak snap sebab dah habis bateri... Esok saya letak gambar... Dah letak gambarnya.. So hari ni just tengok resepi ye dulu....

Resepi ni saya ambil dari Kak Hana.. Kek ini sangat-sangat lembut dan sedap... Esok husband nak bawa pergi office hope diaorang suka....




RESEPI KEK RED VELVET MOIST
resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
  • 2 biji telur A
  • esen vanila

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.
Tq Kak Hana for this resepi...

Hmmm... Kat fridge ada carrot.... Nak cari resepi carrot cake pula la...  

Wassalam

14 May 2013

Kisah Semalam

Assalamualaikum.....

Nak cerita sikit kejadian malam semalam.... Cerita agak geli sikit la kan... Cerita hal anak lelaki saya sorang tu.... hahahahaha *ok nak tergelak dulu*

Rizqin sebenarnya dari kitaorang sampai rumah lagi dia dok nak "uk uk" tapi tak keluar... Saya syak sembelit... Bila nak tolong dia tak bagi pulak... Kali ke-2 nak "uk uk" pun tak berjaya... Berjaya mandi je.... Padahal dekat rumah pengasuh dia dah mandi....

Kali ke-3 ok ni geli sikit ye kawan-kawan.... Gamaknya dia dah teruk sangat sakit perut dia buka habis pampers dia *dah 2tahun 8bulan masih pakai pampers* masuk toilet nak "uk uk" sampai menangis dah ni.. Saya tolong tapi tak mahu keluar... Tahu tak apa alternative bijaksana yang Rizqin dah buat??? Dia masuk dalam baldi yang ada air dan dia "uk uk".... Agaknya bila dia buat macam kurang sakit dia nak meneran...hehehehe.... So kira macam kita nak bersalin la kan... Dah ada alternative bersalin dalam air untuk mengurangkan sakit bersalin... Gamaknya macam tu kot Rizqin rasa... *"uk uk" dalam air makhruh ye*

Ok baik la saya dah cerita benda menggelikan... Tapi takpe untuk pengalaman mak-mak yang kena handle anak bermasalah sembelit...

Ok tu je la untuk hari ni... Esok nak terima rakan kerja baru ni....

Wassalam....

13 May 2013

Lama........

Assalamualaikum.....

Minta maaf ye lama tak jengah blog... Sebab tak sihat... Badan lemah sangat, tak boleh aktif ke hulu atau ke hilir... Tak tahu apa masalahnya... Pergi klinik 3hari berturut-turut pun macam tak berapa puas hati sebab masih lagi dalam keadaan kurang sihat... Hari ini kira hari ke-7 saya tak sihat... Hopefully hari ini dah takde muntah-muntah dah.... Dah buat pemeriksaan darah (Blood Test) resultnya ada virus dalam darah tu yang badan tak center sikit... Saya tak boleh lasak means saya tak boleh cari barang dalam keadaan tergesa-gesa, tak boleh main pusing-pusing like chicken dance (hahahaha) confirm saya akan muntah sebab pening... Nope I'm not pregnant ok.... Just kurang sihat...

Apa lagi mau cerita.....

Takde apa dah kot.. Nak cerita hal pilihanraya dah basi... Malas nak post dah....

Doakan saya sihat ye.... Hujung bulan May ni saya nak berjimba.... Tempatnya rahsia.. Tunggu update dari saya.....

Tu je la ye...

Wassalam