28 October 2011

Tension Bangat Dong!!!


Assalamualaikum....Selamat pagi...

Maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak update blog seperti yang dijanjikan....sebab komputer tengah sengal..kat opis sengal kat rumah pun sengal batak...aku tak tahu le nape laptop kat rumah tu..kene format dulu la kot..malas nak beli baru sebab duit sekarang takat benda yang betul-betul penting baru boleh guna...sebabnya aku nak pindah rumah dah nih..nak tunjuk la kat korang apa yg aku dah buat kat rumah baru aku tuh..tapi tak boleh..banyak menda nak update nak bagitahu korang...semua laaaaaaa....tension tahu tak...

Sabtu ahad ni ada aktiviti sekolah mak aku...nak tunjuk la kan....boleh la promote sekali sekolah yang bagus nih...hahaha..macam-macam aktiviti...disebabkan aku anak cikgu sekolah tu boleh le kasi "up" sikit nama sekolah mak aku tuh....hahahahahaha

k la...lepas upgrade aku punya laptop aku bagitahu korang la ye..aku tak puas hati kalau aku upload kat opis tak kuar gambar...kang aku tak hingat aku kebenda yang aku upload kang hentam kromo je aku melalut...tak ke malu aku nanti....

ok la korang..cau dulu..dok opis pun tgh takde kerja..nnti ko tgk la awal bulan je aku senyap sebab dok tunggang-langgang wat report MCCR aku pulak...hahahaha

tata korang

wassalam

muaaaah

13 October 2011

Dah Tak Best......

Assalamualaikum...Selamat Pagi...

Sedih la hari ni..bukan hari ni je dalam minggu ni bila nak tgk blog ada je gambar yg tak leh ditengok...mgkn admin komputer opis dah sekat kot...aku tgk gmbr dekat blog aku pun tak nmpk ada setengah-setengah gambar je dapat tengok..macam dah tak best nak update blog dan baca blog..huhuhu..

Nak update kat rumah sangat la tak sempat dengan sikecik lagi..dia pantang tengok laptop terus terkam...bila dapat diketuk-ketuknye pulak ngan tangan dia..KUAT pulak tuh...sekarang laptop tu problem...bukan disebabkan Rizqin tapi disebabkan faktor umur laptop tersebut..dekat 6tahun dah umur laptop tersebut...nasib baik dia berfungsi lagi...sekarang nih ikut mood laptop..kalau dia ok elok la laptop tersebut cumanye banyak pulak yang dia block..tgk fb blocked, maybank2u pun blocked..haiyo....nak je format balik laptop tuh...tapi byk barang berharga dlm tuh.nak kene beli external hard-disk dulu baru boleh format..hahaha....

ok la..hari ni takde gambar....

tata

Wassalam

12 October 2011

My Happiest Moment

Assalamualaikum...Selamat Petang

Saya baru balik daripada briefing tentang Konvo di UPM...baru sampai terus buka komputer tgk Nuffnang.. Apa yang ditawarkan kepada blogger...Saya tertarik tentang ini. Ia mengingatkan saya tentang kenangan yg paling manis dalam hidup saya sepanjang berumah tangga...Setelah 9bulan saya berumah tangga saya diberikan satu berita gembira...pada mulanya saya ingat saya keracunan makanan sebab sehari sebelum tahu berita ini saya ke Melaka menghadiri jemputan pernikahan sahabat suami saya..


Nak Tahu Berita Apa???


SAYA BAKAL MENIMANG CAHAYA MATA

Itu adalah saat indah yang tak dapat saya lupakan...walau bagaimanapun saya menghadapi tempoh mengandung yang agak mencabar kerana saya alahan dimana setiap kali saya makan setiap kali tu juga saya akan keluarkan balik makanan yang saya makan sampai la saya nak bersalin...dalam tempoh 9bulan mengandung saya cuma naik 6kg sahaja...hehehehehe...

Dalam 38minggu iaitu 13hari kita menunaikan ibadah puasa tahun 2010 saya teringin nak makan singgang tulang...Jadi saya ke pasar pergi beli tulang lembu..Sampai rumah saya terus ke tandas saya perasan ada tompok darah situ...terus bagitahu suami...kami terus gerak ke hospital putrajaya..kelakarnya dalam perjalanan ke hospital suami terlajak jalan pergi ke UPM/Kajang..gemuruh sangat kot...hahahaha..nasib baik la jalan tu boleh buat u-turn ke Putrajaya...semalaman ada di Hospital Putrajaya dan akhirnya saya dibedah kerana jantung bayi semakin lemah...maka lahirlah anak saya secara pembedahan dan berjaya dikeluarkan pada 29 Ogos 2010 jam 08:04..Jom kita tengok gambar anak saya yg keluar ikut "tingkap" ni...



Apa yang saya rasa hanya ALLAH je yang tahu...saya berharap sangat anak ini mampu mendidik adik-adik yang lain kejalan yang diredhai...semoga dia menjadi anak yang taat dan patuh pada perintah ALLAH..amin..

tu je la rasanya..

wassalam

11 October 2011

The Cube by Celcom

Assalamualaikum...Selamat Petang

Korang nak tahu 15 September hari tu ada pelancaran "The Cube" kat Damansara.. The Cube ni adalah satu saluran yang menyeronokkan di mana segala kemudahan bersosial seperti facebook atau twitter terdapat di sini..Selain daripada itu kita dapat memuat-turun wallpaper,games,caller ringtone mahupun lagu yg kita minati dilaman The Cube ini...

Jom kita tengok sekitar pelancaran The Cube:

jalan masuk ke Majlis The Cube..

dalam majlis tersebut

 antara persembahan yang diadakan

Dari apa yang dapat kita lihat banyak keistemewaan The Cube nih..sebagai contoh mempermudahkan lagi rangkaian dari pihak Celcom tawarkan pada kita..The Cube ini juga mampu menarik minat pengunjung ke laman web dia kerana rangkaiannya sangat attractive dan kreative. 

Selain daripada itu ia sesuai dengan semua golongan dan bagi pendapat saya The Cube ini banyak tarik pelanggan berusia Remaja, Belia atau kepada pelanggan yang suka pada entertainment. Cuba kita lihat gambar-gambar yang saya sediakan di bawah:

 

See, sangat colourfull dan sangat menarik perhatian even bayi pun...betul tak sebab bayi sgt suka colourfull ini kan kita yg remaja / golongan belia...selain itu The Cube adalah medan utk kita mendekatkan diri kita dengan rakan2 jauh di mata dekat di hati...hahaha..cer kita tengok gambar kat bawah pulak nih:

 facebook pakai sms jer....

 beli simcard ini dan boleh daftar dengan The Cube...

 hmm...boleh twitter lagi..tau..

Nak tahu step pulak ke??? Jom kita tengok pulak di bawah, InsyaALLAH senang je:

Step 1 - korang masukkan simcard dalam handphone korang..sim pack yg saya tunjuk sebelum nih...
Step 2 - aktifkan simcard dengan call sesape..selalu beli simcard baru selalu mcm tu kan...
Step 3 - Register The Cube di http://www.thecube.my
Step 4 - Masukkan Profile anda...tgk gambar dibawah
Step 5 - Tunggu utk dapatkan activation number
Step 6 - Bila dapat activate number (5digit) tkorang boleh aktifkan akaun korang..tgk contoh kat bawah










Step 7 - Boleh la login dalam The Cube Website tuh...mcm nih:










So korang dah boleh download apa saja yang ada dalam The Cube..tu yg paling best...dan kita dapat kenalan lebih ramai lagi...hoyyyayyy....

Jom tunggu apa lagi..lawati la laman web tersebut dan grap opportunity yg korang boleh ambil kat The Cube...Selamat mencuba korang....

Have fun...

daaaa

Hari Minggu

Assalamualaikum....Selamat Pagi

Aktiviti hari ahad lepas:

Pagi2 bgn masak roti + burger utk suami..dia kene kerja pagi ahad tuh...lepas suami pergi kerja aku siapkan Rizqin mandi apa semua..lepas tuh tidokan dia..yang bestnye tiap kali aku nak tinggalkan dia utk wat kerja lain tiap kali tu la tetiba mata dia terbuka...so terpaksa la tido sekali lagi n siap peluk badan dia sampai pukul 11pg..so kerja aku tak terbuat...hahahaha...

Petang tu kami ke Putrajaya utk amik gambar sepupu aku yg baru selesai konvo di UIA....dia nak ambil gambar kat Istana Kehakiman, Putrajaya..sepupu saya ni lepasan Ijazah Undang-Undang Sivil..sekarang nih sambung lagi setahun untuk Ijazah Undang-Undang Syariah pula....jadi kami ke sana selepas pergi beli barang adik aku untuk balik asrama....

So tengok le gambar2nye..ni semua gambar kandid..lagi gambar dekat kamera umi so nanti la ye saya tambah yang baru...hahahaha

memperkenalkan sepupu saya
yg dok amik gambar - icin
yg pakai jubah konvo - eya
yg lelaki tu bakal sepupu saya - bad (pakwe icin) 

gambar eya tak nampak...tapi nampak muka bad

Rizqin rancak berjalan tapi nak jalan sendiri takmo.
nak org pimpin dia...

Pagi semalam saya cuak sebab ramai rakan kelas dah pergi ambil jubah konvo..saya dengan takut-takut mintak izin dengan boss nak keluar kejap ambil jubah konvo..takut tak dapat saiz..Alhamdulillah dapat permission dari boss terus pergi ke UPM...melilau-lilau juga la mula2 tuh...so tanya org tuh tanya org nih..sebab dia banyak step...

Step 1: Sattlekan yuran yg tertunggak tuh
Step 2: Daftar diri dulu..sertakan borang ambil jubah, borang kaji-selidik dan sediakan kad matrik..semalam tak bawak so dia nak I.C...
Step 3: Ambil jubah, hood dan mortar board
Step 4: Ambil kad sebut nama n ambil gambar potrait sekali..(so jgn jadi mcm saya..sememeh + tak makeup + pakai tudung merah = nampak muka saya gelap dan berminyak sebab bermandikan peluh) tak tahu la mcm mana muka aku bila org panggil nama..hahahaha
Step 5: boleh balik opis sambung buat kerja....

meh le tgk gambar last kat bawah nih....

saya punya paper bag konvo..
ok la

tu je..

wassalam..dan esok saya ada raptai konvo..amik half-day sbb petang saya meeting...

06 October 2011

RM0 untuk Menangi iPad2 dan sebuah iPod untuk rakan anda bernilai RM1,949

Assalamualaikum...

Jumpa iklan ini masa baca Metro Online, MyMetroMall....aku copy paste je la..ini detail dia...



Ingin memiliki sebuah iPad 2 secara PERCUMA? Siapa nak bagi?! MyMetroMall lah nak bagi! Wow!!! Klik “Beli Sekarang” dan ikuti 3 langkah mudah kami untuk melayakkan anda memenangi iPad2!


Sebagai bonus, jika anda memenangi sebuah iPad2, seorang rakan yang anda pilih akan menerima sebuah iPod nano (Gen 4) secara PERCUMA.


Langkah-langkah untuk menyertai:

1. Klik “Beli Sekarang” dan ikut arahan-arahan pada skrin.
2. Pada peringkat akhir proses, klik “Jemput rakan utk beli” dan jemputlah sekurang-kurangnya seorang rakan.
3. Jadilah rakan MyMetroMall di laman Facebook (Jika anda belum menjadi rakan).
4. Itu sahaja!

Bagaimana hendak meningkatkan peluang untuk menang?

Setiap rakan yang anda jemput menerusi butang “Jemput rakan utk beli” yang mana turut menangambil bahagian dalam peraduan ini akan memberi lebih peluang untuk menang. Oleh itu, lebih ramai rakan yang mengambil bahagian, lebih tinggi peluang anda untuk menang.
Dan sekiranya anda telah menang, seorang rakan anda akan dipilih untuk menerima iPod nano secara PERCUMA. Oleh itu tiada sebab kenapa rakan anda tidak turut menyertainya.

Nota : Rakan anda mesti klik pautan rujukan yang anda hantar kepada mereka melalui “Jemput rakan utk beli” dan mengambil bahagian. Jika tidak, arahan anda tidak akan dikira dan anda tidak akan mendapat peluang tambahan untuk menang.

Spesifikasi iPad 2 PERCUMA:

16 GB storage space
Wi-Fi (802.11a/b/g/n)
33% lebih nipis (hanya 8.8mm) dan 15% lebih ringan berbanding iPad keluaran terdahulu.
“Dual-core A5 cip” yang mampu melakukan kerja 2 kali lebih pantas dalam satu masa.
2 kamera (depan dan belakang) yang boleh digunakan untuk “face time”, “photo booth” dan juga untuk membuat rakaman video HD.Maklumat lanjut spesifikasi iPad 2.

Spesifikasi iPod Nano PERCUMA:

16 GB storage space
2" skrin LCD (320 x 240)
Format audio: AAC, MP3, Audible, Apple Lossless, AIFF, WAV
Format video: H.264, .m4v, .mp4, .mov, MPEG-4
Boleh dimuatkan sehingga 4,000 lagu (format 128-Kbps AAC) atau 16 jam video
Maklumat lanjut spesifikasi iPod nano (4th gen) .

Terma dan syarat:

Semua ahli sedia ada dan ahli baru MyMetroMall berpeluang untuk memenangi iPad 2. Tiada pembelian diperlukan untuk penyertaan.

Penyertaan oleh pekerja MyMetroMall atau sesiapa yang berkaitan secara langsung tidak akan diambil kira.

Setiap ahli yang layak akan menerima satu kod kupon sahaja. Kod kupon akan dihantar melalui e-mel selepas ahli klik "Beli Sekarang" dan mengikuti proses-proses yang seterusnya.

Setiap ahli juga hanya boleh mengambil bahagian sekali sahaja dan pelbagai pendaftaran oleh ahli yang sama tidak akan diambil kira.

Selepas 10,000 penyertaan, pemenang akan dipilih secara rawak berdasarkan kod kupon.

Kod kupon yang menang juga akan dipaparkan di laman web MyMetroMall.

Pemenang perlu menuntut hadiah secara peribadi dan menunjukkan salinan kod kupon serta kad pengenalan diri anda.

Pemenang juga bersetuju untuk bergambar apabila menuntut hadiah. MyMetroMall berhak untuk menerbitkan atau menggunakan gambar-gambar untuk tujuan promosi.

Jikalau hadiah tidak dituntut dalam masa 10 hari selepas pemenang diumumkan, kod kupon yang baru akan dipilih dan pemenang baru akan diumumkan. Proses ini akan berulang sehingga hadiah dituntut.

MyMetroMall bukan pembekal produk yang ditawarkan dan tidak akan menanggung sebarang liabiliti berhubung dengannya.

MyMetroMall berhak untuk meminda terma dan syarat ini, dan untuk menggantung, menamatkan atau mengubah promosi ini tanpa notis kepada ahli.

Keputusan mengenai semua perkara yang berhubungan dengan pemilihan pemenang adalah muktamad.



Soalan-soalan Lazim:

1. Adakah saya perlu membuat pembayaran?

Tidak, anda tidak perlu membuat sebarang pembayaran untuk menyertai pertandingan ini dan tidak perlu membeli sebarang produk lain.

2. Selepas mendapat kod kupon, apa perlu saya buat?

Simpan kod kupon tersebut sehingga kami mengumumkan pemenangnya. Jika kod kupon anda menyamai kod kupon yang diumumkan, maka anda adalah pemenangnya. Penerimaan kod kupon bukan bermakna anda adalah pemenang. Tunggu hingga pengumuman dibuat.

3. Bila pengumuman akan dibuat?

Satu cabutan pemenang akan dilakukan selepas tamat tempoh pertandingan. Nama pemenang akan diumumkan di MyMetroMall.com.my. Dijangkakan ia akan mengambil masa 2 minggu selepas tamat pertandingan.

4. Sekiranya saya berada di luar Kuala Lumpur, bagaimana saya hendak menuntut iPad2 di ibupejabat NSTP?

Sekiranya anda berada di luar Selangor dan Kuala Lumpur, kami akan menghantar iPad2 anda secara kurier.


p/s: tunggu apa lagi klik sini cepat2..

tata
wassalam

05 October 2011

#Wordless Wednesday 2

Majlis Perpisahan Staff ATH

Assalamualaikum...Selamat Pagi....

Ada masa sikit pagi ni di opis saya upload sikit gambar majlis perpisahan staff ATH di KLIA..tuan punya nak berpisah tu saya tak sempat nak amik gambar..hahaha..so ini gambar2nye:


 Rojak Buah...

 Puding Jagung

  Onde-onde

  Tapai pulut..

  Kek

Roti...makan dengan meet ball kat bawah nih..sgt yummy ok..

ini la meet ballnye

sebelum mkn amik gambar dulu...


lepas mkn jalan2 kat bgnn satellite KLIA, cari kedai baru buka...
ini gambar masa terserempak org yg paling tinggi n paling pendek di dunia...
tapi lepas amik gambar diaorg suh bagi duit RM10...

perfume baru dipasaran....

ok tu je la ye....

Wassalam...