Hukum Jual Beli Lelong di Ebay & Swoopo
Ambil Petikan Dari Ustaz Zaharuddin punya website.... So kawan-kawan hati-hati k...
Hukum Jual Beli Lelong di Ebay & Swoopo
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Jual beli secara lelong dikenali dalam Islam dengan nama "al-Muzayadah",
iaitu satu kalimah yang memberi erti dari sudut bahasanya "saling naik
menaik" dalam konteks jual beli lelong ini ‘kesemua pihak (bakal-bakal
pembeli) cuba menawarkan harga yang lebih mahal kepada penjual, sesiapa
yang menawarkan harga tertinggi, mereka akan dikira sebagai pemenang.
Apabila
tukang lelong atau wakilnya menghentikan lelongan, beerti penjual telah
redha dengan satu harga tertinggi dan ini menyebabkan kontrak jual beli
yang mengandungi ‘ijab dan qabul termeterai secara automatik di antara kedua belah pihak. Jual beli ini adalah halal disisi Islam dengan syarat-syaratnya.
Antara asas kepada keharusan lelongan ini adalah hadis :-
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَاعَ حِلْسًا ) بساط
للأرض أو كساء لظهر الدابة ) وَقَدَحًا وَقَالَ مَنْ يَشْتَرِي هَذَا
الْحِلْسَ وَالْقَدَحَ فَقَالَ رَجُلٌ أَخَذْتُهُمَا بِدِرْهَمٍ فَقَالَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَزِيدُ عَلَى دِرْهَمٍ
مَنْ يَزِيدُ عَلَى دِرْهَمٍ فَأَعْطَاهُ رَجُلٌ دِرْهَمَيْنِ
فَبَاعَهُمَا مِنْه
Erti
: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menjual hilsan (hamparan seperti
permaidani atau selimut di belakang binatang kenderaan) , lalu bersabda :
Adakah sesiapa ingin membeli hamparan ini , lalu berkata seorang lelaki
: Aku setuju untuk mengambilnya dengan harga
satu dirham, lalu baginda Nabi s.a.w bersabda lagi : ada sesiapa ingin
membayar lebih dari satu dirham, lalu seorang lelaki setuju dan membayar
dua dirham, lalu Nabi s.a.w menjualnya kepada lelaki itu. ( Riwayat
At-Tirmidzi, no 1139, At-Tirmidzi : Hadis Hasan) [1]
Hukum
jualan ini juga telah terdapat ijma berkenaan keharusannya, sebagaimana
di sebutkan oleh para ulama mazhab Hanbali, Manakala mazhab Syafie
mensyaratkan ia mestilah tidak berniat memberi mudarat kepada sesiapa
dan benar-benar ingin membeli, jika tidak dikira sebagai an-Najash yang
haram [2]
Majlis Fiqh Antarabangsa yang bernaung di bawah Al-Munazzamah Al-Muktamar Al-Islami
telah pun mengeluarkan resolusi keharusan jual beli lelong dengan
syarat-syaratnya, antara yang disebut dalam resolusinya adalah :-
•a- Setiap
proses selanjutnya (setelah menang) seperti catatan secara bertulis,
syarat-syarat pembayaran, pentadbiran dan undang-undang mestilah tidak
bercanggah dengan hukum Syariah.
•b- Penganjur
atau penjual dibenarkan meminta jaminan daripada mereka yang turut
serta dalam majlis lelongan bagi memastikan semua mereka adalah pembeli
berpotensi yang sebenar dan komit dengan pembelian sekiranya menang.
•c- Dibenarkan
penganjur lelongan mengambil caj masuk atau penyertaan dengan SYARAT Ia
tidak melebihi nilai sebenarnya. (bermakna ia mestilah nilai minima dan
pihak penganjur tidak akan mengambil keutungan darinya tetapi sekadar
urusan pentadbiran sahaja).
•d- Diharamkan pihak penjual atau penganjur melakukan bidaan-bidaan palsu agar harga lelongan naik. Ia dinamakan An-Najash yang diharamakan secara jelas oleh Nabi s.a.w. Antara bentuk lain bagi An-Najash
adalah orang yang tidak membeli mempromosikan barang yang dijual dengan
pujian berkenaan kualitinya berdasarkan kepakarannya, ia dilakukan bagi
mendorong peserta majlis lelong menaikkan lagi harga. Sedangkan apa
yang dikatakan adalah dirancang dengan pihak penjual.
•e- Penjual dan rakan mereka menipu harga pasaran, kononnya jualan sedang berada di tahap yang sangat murah.
•f- Penjual
mempromosikan kualiti tinggi barangan yang boleh dibaca, dengar dan
lihat bagi menaikkan harga sedangkan hakikatnya tidak sedemikian.
Hukum Lelong di E-BAY
Setelah
menerangkan serba ringkas asas dan panduan bagi jual dan belian lelong
di atas, hasil pengamatan dan percubaan saya melakukan pembelian di
e-bay, saya dapati hukum pembelian melalui ebay adalah HARUS selagi mana
barang yang dibeli BUKAN emas, perak dan matawang semasa yang diguna
pakai (bukan yang antik tanpa nilai).
Pembelian
ketiga-tiga item tadi diwajibkan untuk serah dan terima secara semerta,
namun barangan yang dibeli biasanya akan dihantar lewat disebabkan
proses-prosesnya, namun demikian terdapat fatwa lebih ringan yang
mengizinkan kelewatan selama tempoh 3 hari dari tempoh pembelian. Ia
adalah pandangan mazhab Maliki, ia berdasarkan kaedah fiqh yang popular
iaitu :-
ما قارب الشيء يعطي حكمه
Ertinya : Apa-apa yang hampir dengan sesuatu maka akan mengambil hukum sesuatu itu[3]
Kesimpulan berkenaan hukum membeli melalui ebay adalah :-
•1) Dibenarkan atau harus untuk MEMBELI di web e-bay.
Kecuali pembelian tiga item tadi mestilah dengan menjaga syarat yang
telah disebut di atas. Pandangan lebih selamat agar menjauhi pembelian
emas, perak dan matawang melalui ebay, berpegang kepada fatwa majoriti
ulama silam dan kontemporari.
•2) Dibenarkan atau harus untuk MENJUAL di web ebay.
Namun demikian komisyen yang diambil oleh paypal dan ebay dari pembeli
adalah harus atas hujah ia adalah caj servis atau wakil atas sesuatu
kerja. Namun demikian caj tersebut MESTILAH DILKETAHUI CARA KIRAAN dan
jumlahnya dari awal penjualan dibuat.
Menerima
bayaran dari pembeli yang menggunakan kad kredit konvensional adalah
HARUS kerana ia di luarkuasa dan tanggungjawab penjual.
•3) Pembayaran melalui kad kredit konvensional adalah haram,
walaupun pembeli membayar harga ‘on time' kepada pengeluar kad, ia
adalah kerana setiap pembeliannya akan memberikan komisyen kepada
pengeluar kad kredit riba, ia akan dikira membantu perkembangan industri
kad kredit riba secara langsung.
•4) PayPal ; Pembayaran
melalui pay pal adalah mengikuti hukum kad yang disandarkan kepada
paypal, iaitu kad kredit, debit atau charge card yang digunakan. Jika ia
adalah kad yang dikeluarkan secara konvensional, justeru pembayaran
melalui pay pal turut haram.
•5) Tempoh Serah : Mestilah diketahui tempoh hantaran barang akan dibuat dan anggaran tarikh ia akan sampai ke tangan pembeli.
•6) Jaminan : Mestilah diketahui atau boleh dihubungi penjual sekiranya barang masih tidak sampai melepasi tempoh yang dijanjikan.
•7) Jaminan atas kerosakan atau aib ;
Satu fakta tambahan yang menjadikan ebay semakin selamat adalah ganti
rugi dari pihak ebay. Menurut mereka yang kerap berurusan dengan ebay,
pihak ebay turut menyediakan peruntukan ganti rugi bagi sesiapa yang
menghadapi penipuan melalui transaksi jual beli di ebay. Rakan saya di
Swansea, UK pernah menerima ganti rugi beberapa ratus £ apabila
television yang dibelinya melalui ebay mempunyai kerosakan yang tidak
dinyatakan dengan jelas oleh penjual dalam spesifikasi jualan.
Tindakan dan peruntukan ganti rugi ebay seperti ini menjadikan unsur gharar menjadi mengecil dan jatuh dalam kategori gharar yasir yang dimaafkan.
LELONG DI SWOOPO
Saya turut ditanya satu lagi web lelongan yang kian popular iaitu www.swoopo.co.uk
Setelah
meneliti terma dan syarat penyertaan dalam lelongan swoopo, saya
mendapati lelongan swoopo berbeza dengan ebay, antara terma yang cukup
berbeza dengan ebay adalah :-
3. Bid Purchasing for Online Bidding / Payment / FreeBids
Bidding
rights, so-called "bids", must be purchased and paid for by users prior
to online bidding. Bids can be purchased in packages (so-called
"BidPacks") at the currently applicable prices, which can be viewed in
"My Swoopo" under "Buy Online Bids".
Payment can be made by credit/debit card or via payment agents such as PayPal.
Should a payment not be honoured by a user, a returned payment fee will be charged. The user will be responsible for these fees. Swoopo reserves the right to block access to the user's account until payment in full of the invoice amount, including any fees due to returned payment etc., and to withhold any outstanding deliveries until payment is received in full.
Certain bids (e.g. some "FreeBids") are valid only for a limited time. Upon expiration of the time stated, the bids expire and can no longer be placed. Refunds are not available for expired bids.
Payment can be made by credit/debit card or via payment agents such as PayPal.
Should a payment not be honoured by a user, a returned payment fee will be charged. The user will be responsible for these fees. Swoopo reserves the right to block access to the user's account until payment in full of the invoice amount, including any fees due to returned payment etc., and to withhold any outstanding deliveries until payment is received in full.
Certain bids (e.g. some "FreeBids") are valid only for a limited time. Upon expiration of the time stated, the bids expire and can no longer be placed. Refunds are not available for expired bids.
4. Bidding / Use of the BidButler
Users
can bid in two ways online. Bids can be placed by clicking on the
relevant bid buttons, or can be placed automatically by a BidButler.
Once a bid is placed, it is deducted from the user's bid account.
KESIMPULAN
Jual
dan beli atau bidaan melalui web swoopo adalah HARAM kerana terdapat
unsur judi dan gharar yang cukup besar. Ini kerana setiap peserta perlu
membeli hak untuk bid yang punyai nilai tertentu, dan hanya punyai
beberapa kali peluang bid berdasarkan nilai pakackage bid yang dibeli.
Ia ternayat dengan jelas dalam ayat ini ;-
Bidding rights, so-called "bids", must be purchased and paid for by users prior to online bidding. Bids can be purchased in packages (so-called "BidPacks") at the currently applicable prices,
Dan ini
Each bid costs just 40 pence, available in "BidPacks" of 25, 50, 100, 250 and 500 [4]
Anda
dapat melihat bagaimana satu kali bid fee dan dikenakan adalah 40 pence
( RM 2.00 ), anda dikehendaki membeli bidpack dalam package di atas,
cuba kalikan dan lihat berapakah tunai yang perlu anda bayar untuk
menyertai bidding ini.
Ia jelas dan terang menjadi judi apabila disebut dalam termanya :-
Users
can bid in two ways online. Bids can be placed by clicking on the
relevant bid buttons, or can be placed automatically by a BidButler. Once a bid is placed, it is deducted from the user's bid account. [5]
Tatkala
itu, ia sama seperti judi yang mana pembayaran hak bid dijadikan
sebagai wang taruhan, dan barang yang dijual dijadikan seperti hadiah
kemenangan. Manakala semua pembida yang tewas akan kehilangan wang
bidaannya.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
16 Januari 2009
[1] Hadis ini bagaimanapun dikritik oleh sebahagian pakar yang mengatakannya dhoif, namun dibalas oleh ulama lain bahawa ia mempunyai sandaran-sandaran nas lain (shawahid) sebagai penguat.
[2] Al-Mawsu'ah Al-Fiqhiyah Al-Kuwaitiyah, hlm 220
[3] Al-Ashabh wa an-Nazair, As-Suyuti, hlm 82
[4] http://www.swoopo.co.uk/help.html
[5] http://www.swoopo.co.uk/help.html
---------------------------------------------------------------------------
Yang lebih kurang sama dengan sistem swoopo yang di katakan haram adalah di bahagian bid tu kena bel...sepatutnya tak payah beli bidding atau token...hati-hati ye korang
Wassalam
Comments
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya