Perginya Rakan Seperjuangan Akibat Kanser Perut dan Otak

Assalamualaikum....

Dapat berita ini awal pagi tadi... Perginya sahabat seperjuangan di bahagian Komesil, MAHB ke Rahmatullah dipangkuan isteri tersayang.... Beliau meninggalkan 3orang cahayamata.

Sebenarnya arwah ada mengidap kanser. Pada mulanya dia didapati mengidap kanser perut, dia start cek kesihatan dia lepas arwah adik dia meninggal dunia juga akibat kanser. Ibunya dulu juga mengidap kanser dan telah pulih... Hasil pemeriksaan arwah mendapati dia memang ada kanser stage 2.... Lepas operation dan cuti sakit dia mula bekerja tapi sayang saya dengar cerita dia tak buat kimoterapi jadi kanser tu serang balik di perut dan merebak di otak... Sekali lagi operation di perut dan kepala sehingga dia terpaksa bercuti lama... Kalau tak silap saya dia sakit masa saya tengah pregnant.. Saya jumpa dia balik lepas saya abis pantang kot... Saya pun tak ingat... Lepas tu dia kerja balik sambil check-up dan kimo tapi dia terpaksa buat lagi operation di kepala kerana kanser tu datang balik.... Kemudian dia dipindahkan ke HQ, KLIA kerana group dia dipindahkan kesana...Start dari tu kami tahu sikit-sikit je cerita dia... Bebanan kerja buat dia makin tak berdaya... Dan akhirnya dia mc lepas dia tebabit dalam kemalangan... Sepatutnya dia akan jalani lagi satu operation di kepala tapi ALLAH dah ambil dia.....

Gambar bawah ni antara mesej dan email tentang arwah.....




Kami pergi melawat arwah tadi... Alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh ALLAH... Smooth je... Berjalan dengan lancar... Solat jenazah pun ramai sangat orang....

Mari kita sedekahkan al-fatihah buat arwah Khairul Anwar binti Zaiton.... Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat ALLAH....

ameen...

Wassalam





Comments

Popular Posts