Resepi Ayam Masak Kicap dan Cekodok Pisang

Assalamualaikum...Selamat Pagi...

Resepi hari ni untuk berbuka pada hari ke 7... Hari tu ingat tak saya ada janji nak bagi resepi so hari ni saya kongsi sebab post hari ni adalah auto post ye... hehehehehe


Resepi Ayam Masak Kicap
Sumber : http://sysygawk.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 4sudu minyak
  • Ayam potong kecil-kecil (dalam 3-4 ketul besar bertukar menjadi kecil)
  • 1ulas bawang besar
  • 2sudu besar cili kering kisar
  • 1ulas bawang putih
  • 3biji cili padi
  • Kicap dalam 5sudu
  • Garam dan perasa
Cara-cara:
  1. Blend bawang besar, bawang putih, cili yang dah dikisar... Bagi sebati dengan cili kisar
  2. Masukkan minyak (jangan tunggu panas) bahan yang dah diblend dan ayam
  3. Biar sampai air bahan kisar agak kering cukup untuk buat kuah sikit.... Api sederhana besar ye jangan besar sangat nanti bau lagi bawang-bawang tu tak sedap... Biar bawang tu masak elok....
  4. Masukkan kicap dan biar seketika serta kacau rata
  5. Masukkan garam dan perasa dan cili padi..
  6. Sedia untuk dihidang



Resepi Cekodok Pisang
Sumber : http://sysygawk.blogspot.com

Bahan-bahan:
  •  Pisang yang dah terlebih masak
  • 2cawan tepung gandum
  • 1sudu kecil soda bikarbonat
  • Air secukupnya
  • 1sudu kecil garam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  1. Lenyekkan pisang sampai lumat... tak nak bagi hancur sangat pun boleh sebab saya buat tak hancur sangat pun.
  2. Masukkan garam, tepung gandum dan soda bikarbonat ke dalam pisang lenyek tadi dan gaul rata bersama air... Jangan keras sangat jangan lembik sangat... Bagi tengah-tengah je dia punya lembik tu...
  3. Goreng ke dalam minyak yang panas dan jemputkan kecil-kecil sebab dia akan kembang dalam kuali ye....
  4. Sedia untuk di ngap..

Itu je la ye... Minggu ni saya buat kuih raya... Nanti kita post resepi kuih raya lak nanti

Wassalam.....

Comments

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan komen anda diruangan saya

Popular Posts