Dah Bayar Cukai Tanah & Cukai Pintu????

Assalamualaikum....

Semalam gaji kan.... Semalam dah settle part bill air, phone, astro, bill elektrik pun settle.... Pagi ni tengok officemate nak membayar cukai tanah baru teringat yang cukai pintu untuk tengah tahun kedua tahun lepas pun tak bayar lagi....huhuhuhu.... Dan akhirnya saya membayarnya hari ni.... Cukai tanah pun saya dah bayarkan juga walaupun tamat tempoh pembayarannya lambat lagi....

Cerita hal cukai tanah kan dekat bahagian Hakmilik tanah ada macam-macam jenis... Saya punya jenis Hakmilik ialah Geran Mukim... Tertanya-tanya apakah Geran Mukim tu... Jadi cek dekat Google maksudnya tu dan dah download PDF sekali.. Takut lupa....

"Geran Mukim ialah untuk tanah diberimilik selama-lamanya dan Pajakan Mukim untuk tanah yang diberimilik bagi satu tempoh beberapa tahun."

Sebenarnya benda ni ada dalam agreement jual beli tapi dah lupa jenis milikan... Bila baca Geran Mukim tu rasa lega... Kiranya rumah sekarang ni boleh pass bagi anak cucu kan..... Kiranya selama-lama jadi milikan kita kecuali la kita jual dekat orang lain....

Jadi jangan jadi macam saya ye... Sila baca betul-betul masa proses jual beli rumah tu... Sebelum ni pass semua kat husband tapi bila tang nak membayar kita kena tahu la jenis hakmilik rumah kita tu...

Ok la tu je perkongsian hari ni....

Wassalam

Comments

Popular Posts