Apabila Semput Berleluasa

Assalamualaikum.....

Hari Sabtu lepas -19/04/2014- saya pergi ke Klinik Homeopathy Hasan sebab semput saya makin teruk dan pernah sampai tak boleh nak tarik nafas... Benda tu jadi dekat office dan saya malas nak terkejar-kejar pergi klinik ambil nap.... So minum air panas secukup rasa, tengahari hilang la semput.... Malam datang balik... Hampir setiap hari kena... Kebetulan hari Sabtu hari tu Rizqin selsema dengan batuk jadi saya pergi la kesana untuk rawatan... Rizqin tak makan ye ubat klinik sebab tiap kali makan ubat klinik dia akan muntah dengan makanan semua sekali pastu lembik.....

 Ini ubat untuk saya...
Oh ye bagitahu je awak sakit apa terus Doktor bagi ubatnya untuk semua jenis penyakit yang awak bagitahu.... Kalau darah tinggi nanti Doktor suruh awak letak tangan atas meja... Terus dia boleh tahu tekanan darah awak...Hb awak...hehehehe
 Tengok apa pantangnya.... Tu awak kena jaga la ye...

Masa daftar awak akan dapat kad ni.....
Kalau baby awak tak sihat boleh la kesini... Ubat klinik baby tak boleh makan lagi...
Ubat homeopathy boleh....

Lokasinya dalam PKNS Bangi tingkat atas sekali..... Dia tutup sebentar waktu solat Zohor dengan Asar.. Setakat ni Rizqin yang ada semput dah kurang dah dengan ubat ni... Dia pernah kena teruk sekali lepas tu takde dah..... Sekarang kalau kena pun sikit-sikit je la...

Ok tu je la setakat ni... Ubat no.1 tak habis lagi... Cepat la sembuh... Tak larat rasanya bila menanggung nafas yang tak lepas, asyik tersangkut-sangkut.....

Wassalam

Comments

Popular Posts